No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 29 Mei 2014

My French Breakfast

Radish my french breakbast


Sebelum keluar nak ke perpustakaan <biasalah masih status student jadi macam student lain kena study masa study week konon-kononnya>, tidak disangka pula radish popular untuk musim panas di negara Eropah jenis “French Breakfast” akarnya dah gemuk boleh tuai dah. Bagi yang tergesa-gesa pergi kerja tak sempat nak prepare breakfast bolehlah tarik tuai radish “French Breakfast” yang akarnya dah gemuk keluar dari pasu, cuci dan munch munch elok buat bersih perut pagi-pagi. Bolehlah skip buat jus. Big boss selalu tukang kebun tengok dalam bahan jus minuman paginya dia campur radish. Yang tak sempat nak cuci nak kejar masa public transport masukkan dalam plastik/bekas/ziplock nanti cuci kat perhentian atau stesyen boleh munch munch sambil tunggu. Macam dalam cartoon klasik Tiny Toon tengok characters munch crunchy lobak. Daunnya boleh simpan bila balik untuk cook dinner. Kalau orang tanya makan sarapan apa hari ni? French Breakfast.

 Radish French Breakfast adalah jenis radish yang saiznya kecil berbentuk cylinder, jadi tak perlu masak pun tak pe boleh makan begitu sahaja. Selalunya untuk radish western tukang kebun suka tuai bila waktu muda-muda tak kiralah saiznya. Makin tua nanti makin ada rasa pedas-pedas tak kira saiz. Untuk Western Radish size does not matter tapi ikut citarasa deria rasa kitalah. Tukang kebun sebenarnya terkejut juga tengok hasil radish French Breakfast batch ini. Sebenarnya tukang kebun rasa macam baru sahaja semai biji benihnya dalam bulan ini tak sampai 4 minggu lagi (anggaran 3 weeks?) dah mula ada yang ready untuk dituai minggu ini. Batch ini tukang kebun tanam dalam pasu (soil depth less than 20cm) dan watering rezeki hujan. Penerimaan cahaya batch kali ini ialah dari pagi sampai pukul 2~3 petang rasanya menghadap position tingkap dry kitchen di Kebun Bahagia Bersama.

Yang kelakar batch kali ini tukang kebun perasan entahlah kenapa pertumbuhan akar radish French Breakfast ini tumbuh memanjang sebelah luar bukan dalam tanah. Mula-mula ingatkan nak timbus dengan tanah akarnya bila ada masa. Tetapi ternyata tiada masa sampaikan radish dah dikerumuni “weeds” macam di gambar bawah. Jadi bolehlah buat perbandingan yang radish jenis ini pertumbuhannya cepat dari weeds jadi elok semai terus, tak perlu dipindah-pindahkan. Kalau ada yang rapat sangat antara pokok-pokok, boleh beri ruang dengan tarik perlahan pokok-pokok sayur radish yang dekat itu (proses thinnings). Daun pokok sayur radish itu pun boleh dibuat sayur. 

 Gambar ini Radish French Breakfast tu memang belum dituai atau belum ditarik keluar, tumbuh dalam posisi begitu secara semulajadi akarnya. Di background ada sebiji lagi akarnya kelihatan baru sahaja sedang nak membesar. Mula-mulanya masa ada period hujan lebat beberapa hari tukang kebun khuatir juga nampak macam akarnya yang masih kurus nak mengecut lembik sebab terlampau banyak air. Rupa-rupanya radish menyelamatkan diri sendiri dengan pertumbuhan akar di belah atas banyak di luar tanah untuk mengelakkan reput dalam tanah jika airnya banyak terkumpul untuk masa yang lama. Yes, radish “French Breakfast” is an “intelligent being”, pandai menyesuaikan diri.

 Biji benih radish “French Breakfast” yang dibekalkan dari bulan April ~ June 2014 adalah sama batch dengan yang tukang kebun semai untuk batch ini. Percambahannya di Kebun Bahagia Bersama lebih 90%. Sepanjang pertumbuhannya dari hari semaian benih hingga hari tuaian, tukang kebun hanya luangkan masa tak lebih 15 minit. Masa semai biji benihnya pun sebenarnya selitan semasa tengah tunggu ayam yang sedang digoreng dalam minyak di kuali panas. Dengan cuaca pada bulan Mei tahun ini, Radish Breakfast pandai-pandai menjaga dirinya sendiri.

Radish French Breakfast

~ Radish French Breakfast ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1pek (RM1.00).

3 ulasan:

Poji Aslah berkata...

Yang ni pun akak nak. TQ.

Sean L berkata...

Comelnya French breakfast nih. Baru ingat dulu ada beli tapi tak tanam lagi, hehehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Aslah,

Ada kami simpankan dan hantar email with details.

Hi Sean,

Cepat-cepatlah semai bila ada masa.
French Breakfast ni cepat pedas berbanding dengan cherry belle, jadi better tuai cepat.