No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 19 Mei 2014

Padi Nadi asal usul keturunan Samah

 Bila orang tengok Ilhan selalu tertanya-tanya ikut siapa sebab wajah parents dia berlainan dari wajah Ilhan. Tambahan Ilhan kulit cerah sebelum bersekolah. Sampaikan semasa lepas baru sahaja tukang kebun lahirkan Ilhan sambil menunggu dihantar ke wad, jururawat boleh tanya: Kenapa anak awak kulit cerah sangat macam anak orang Cina, ikut kulit ayah dia ke, yang belum sampai lagi masih memecut di Highway from Senai, Johor ke Sungai Buloh, Selangor. Dalam hati: Amboi perli pulak jururawat ni nak kata mama Ilhan ni gelap benar sangat ke (orang dah suka outdoor memanglah jadi gelap sawo matang). Selalunya kami jawab Ilhan ikut muka nenek dia sebelah tukang kebun. Gambar big boss masa zaman remaja riang kiriman dari saudaranya. Big boss pun tak tahu yang ada gambar dia ni diambil semasa waktu muda. Yalah zaman dulu kalau nak ambil gambar kenalah pergi ke kedai gambar.
 Asal usul keluarga mama tukang kebun adalah sebenarnya dari Kampung Nuluhon Kiulu sebelum mereka berpindah ke Kampung Poturidong. Tahun ini setelah sekian lama sejak mama (big boss) kanak-kanak riang yang belum ada memory kuat, telah berpeluang untuk melawat kembali ke kampung asalnya. Di atas gambar kenangan big boss tahun ini melawat Kampung Nuluhon Kiulu bersama-sama kesemua adik beradiknya untuk pertama kali. Nampak jelas keseronokkan wajah big boss di gambar yang di posting di Facebooknya. Dulu tiada jalan raya, sekarang kalau ada 4wheel drive boleh sudah sampai. Barulah tukang kebun pun boleh bayangkan betapa jauhnya nenek dan mama yang masih kecil berjalan kaki pulang ke kampung. Pasti berjam-jam seperti berjalan di dalam hutan berliku-liku dengan banjaran yang bersambungan dengan Gunung Kinabalu. Dalam memory big boss katanya melalui beberapa air-air terjun yang cantik pastu asyik tanya bila nak sampai ni.
 Kebetulan pula tahun lepas semasa tukang kebun balik ke Sabah berdua dengan Abby kami ke Tamu Tamparuli ada kisah jejak kasih sekejap. Bila mama borak-borak dengan petani yang sudah habis menjual hasil tuaian mereka datang dari kampung asal Mama, kebetulan ada talian saudara pula. Dari  situlah baru mama tahu yang nak ke kampung asalnya sudah boleh sampai menaiki kenderaan 4wheel drive. Bila sebut nama nenek tukang kebun barulah mereka kenal. Lagipun masih ada banyak kawasan tanah adat lagi yang diwarisi oleh arwah nenek tukang kebun di kampung asalnya untuk sorting kepada anak-anaknya yang diketahui oleh penduduk sana. Tukang kebun teringin nak bawa mama ketika itu berjalan ke kampung asal tapi mama kata takpelah dulu sebab lagipun dia tak kenal lagi orang-orang di sana sebab dah berhijrah ke tempat lain semasa dia masih kecil lagi.

Awet muda tak big boss? Badan slim macam anak dara, tukang kebun pun lebih berisi. Orang selalu ingat big boss kakak tukang kebun dan cucu-cucunya ialah anak-anaknya. Pastu ingatkan bini muda, tuan tanah (papa). Tidak pernah pun big boss makan jamu,supplement atau ke gym. Big boss surirumah sepenuh masa, gardener sambilan. Tiada rahsia bagaimana big boss maintain awet muda, cuma banyak makan sayur dan buah serta berkebun. Kalau ikutkan birth certificate hujung tahun ni masuk 60 tahun. Ada kemungkinan mungkin big boss sebenarnya muda beberapa tahun sebab registar lambat dan atuk tukang kebun buta huruf.
 31hb Mei akan datang ini, buat pertama kali keturunan Samah akan mengadakan Hari Keluarga. Tukang kebun teringin juga nak berkenal dengan saudara mara di sana yang mana tukang kebun tak beberapa kenali. Tetapi kerana ada beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan, budget tiket pun tak sampai target tidak dapatlah kami pulang ke kampung kali ini. Walaupun dearest hubby sudah beri keizinan, tak syok kalau bukan satu keluarga yang balik. Ini salasilah sebelah nenek tukang kebun "Kangob".
 Yang ini pula salasilah sebelah atuk tukang kebun "Rumpud". Sepasang mata tukang kebun ni memang ikut mata arwah atuk. Hari ni posting untuk supaya anak-anak kenal asal usul mereka supaya mereka tidak lupa diri. Keturunan tukang kebun memang "Paddy Farmers" sebelah big boss. Rasa-rasanya tukang kebun ada warisi tangan menjadi tanam padi ke tidak?

 February lepas, adik tukang kebun Dany ada pulang ke Sabah. Alangkah seronoknya tukang kebun bila Dany balik dibawa kirimannya 2 jenis padi bukit dari adik big boss, my dearest Aunty Janet. Hanya seorang sahaja dari adik beradik big boss yang masih menanam padi untuk lebih kepada stok makanan sendiri. Selalu juga bila tuan tanah balik Sungai Buloh sekejap atas urusan kerja, dibawanya kiriman beras ditanam oleh Aunty Janet untuk kami. Tak sangka pula bila Dany balik awal tahun lalu, Aunty Janet ingat benih yang tukang kebun teringin sangat ditunggu-tunggu dari tahun lepas dikirimnya. Ada 2 jenis dikirim pesanannya, satu ambil masa 4 bulan dan satu lagi ambil masa 5 bulan nak tuai. Tukang kebun bangga dengan Aunty Janet, anak-anaknya semua kelulusan University, walaupun beliau seorang gigih membesarkan anak dengan memotong getah dan menanam padi. Ingat tak gambar yang tukang kebun tunjuk bendang padi huma Aunty Janat dahulu? (klik sini).

 Tetapi disebabkan bulan February dah mula musim kemarau, terpaksalah tukang kebun perap biji benih padi tersebut sehingga beberapa kali Dany tanya dah tanam ke belum (nak hantar progress reportlah tu). Tukang kebun kata belum lagi nak tunggu musim hujan banyak dulu. Itupun tukang kebun hampir terlupa jika bukan Dany yang ingatkan bila dah masuk beberapa minggu musim hujan pun. Akhirnya minggu lepas tukang kebun semai biji-biji benih padi pemberian Aunty Janet. Tak sampai 3 hari dah bercambah mengikut mood mother nature.
Photo taken on 14/05/2014.
Photo taken today 19/05/2014.
  Cepat sungguh pertumbuhannya memang padi adik beradik rumput. Sekarang tukang kebun dalam dilema dalam kepala tengah fikir kat mana paling sesuai nak transplant anak-anak padi ni. Lepas tu baki biji-biji benih yang lain tukang kebun nak direct-sow di mana agaknya. Salah satu objektif cara menanam tukang kebun ialah tanam ikut musim jadi pokok-pokok bila dah stage "toddler" membesar sendiri dan nasib mereka akan lebih berserah ke mother nature. Tukang kebun nak mimic bagaimana nenek moyang tukang kebun menanam tanpa rely on pesticide tetapi mengikut rentak mother nature sepanjang tahun di tanah tempat mereka bercucuk tanam berzaman-zaman. Dalam pengalaman tukang kebun walaupun masih "novice", 'sowing time' adalah salah satu faktor kritikal untuk tumbuhan membesar dengan kurang setback. Tukang kebun rasa beginner's luck je kali ini sowing time betul percambahan biji-biji benih padi batch atas tumbuh dengan cepat.


15 ulasan:

Normala Saad berkata...

Wah Diana, seronoknya baca salasilah keluarga Diana.

Julie22 berkata...

Hihi kak, anak2 Julie pun org sini ingat ada keturunan cina je, pedahal tiada langsung pun keturunan kitorg cina, gen sabahan kuat sangat dr gen melayu kak hihi....

@na berkata...

seronok nyer baca entri ni...ada nilai "sejarah" yg sgt berharga

nadia rashid berkata...

teringat silibus sejarah ms sekolah rendah..buat salasilah keluarga mcm ni..bakat semulajadi bercucuk tanam..:D

Suzie berkata...

Bagus ada salasilah ni ......saya ada sepupu pun tak kenal sebab saya masih kecil diaorang dah merantau jauh..saya pun x ingat

sud@is berkata...

Macam carta organisasi kat ofis pula...buat rujukan generasi akan datang

Tanpa Nama berkata...

Nice posting ! Only been to KK once ( for mountain climbing expedition). I like KK alot...the people, environment etc are very different from here.
Choi Min.

Ibu Qistina berkata...

bagusnya diana buat entry mcm ni,sekurang2 nya menjadi rujukan masa akan datang buat anak2 tak la mereka lupa asal usul dan susur galur nenek moyang mereka. saya tumpang seronok baca. :)

TukangKebun berkata...

Dear Kak Mala,

Terima kasih sudi membaca serba sedikit sejarah keluarga sebelah bonda kami.

Salam Julie,

Gen mata sepet dari sana, sini juga kuat hehehe...

Salam Ana,

Kalau tak ditulis alkisah asal usulnya nanti takut generasi akan datang tak faham dari mana asal nenek moyang mereka. Sebab generasi sekarang dah ramai yang berhijrah ke pelbagai tempat.

Salam Nadia,

Ya dulu ada silibus buat salahsilah keluarga masa tu kanak-kanak rasa tough juga nak membuatnya.

Salam Suzie,

Betul tu saya sepupu sebelah ibu ramai saya tak kenal kalau jumpa pun. Sebab kami tak duduk sana dan cuma setahun sekali sahaja balik. Kalau sepupu saya pertama kali jumpa saya selalu kata muka saya macam orang sana tapi sayang tidak pandai bertutur bahasa dusun-kadazan.

Salam Choi Min,

Hopefully one day you will have a chance to visit Sabah again. Yes the environment and people there is so much different from here.

Salam Ibu Qistina,

Semoga dapatlah jadi rujukan anak-anak di masa datang. Sekarang ni sepupu tengah dalam proses nak siapkan salasilah sambung ke generasi yang muda-muda pula.

carlz berkata...

Jadi ko kenallah si Jenny Rumpud ni? dia org Kiulu...

TukangKebun berkata...

Carlz Jafran,

Kenal. Kenal juga?

suka suka berkata...

Slim betul ya mama Diana...

TukangKebun berkata...

Katanya dah makin berusia nak kena jaga makan Kak Mar. Mama kami makan sekarang mostly sayur atau ikan-ikan.

Mama Pongkey berkata...

Betullah Ilhan rupa seperti neneknya :-) Memang elok ada salasilah keluarga ni, lagipun nanti di sekolah menengah ada projek salasilah keluarga kan... Dulu saya terpaksa interview dan korek salasilah di kampung.

Maaf dah lama tak blogwalking. Garden pun dah lebih jungle dari garden. Adui.

Awal tahun dulu saya ada buat pesanan, lepas tu terpula pula nak confirm :-( Masa tu asyik travelling, kepala saya pun pusing.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mama Pongkey.

Bila nak sampai travelling ke sini hehehe...
Orang selalu ingat bukan nenek Ilhan tapi mak Ilhan kalau jalan sama-sama hehehe...
Sini pun baru part ni clear yang tempat lain dah naik jungle.
Kekadang tak tahu mana nak buat dulu.