No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 Jun 2014

Musim Buah June 2014

 Dah lama tak buat record musim buah untuk future reference. Memandangkan minggu ini tukang kebun dapat special request untuk buka semula Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dari si comel yang baru nak belajar makan solid food maka terpaksalah merajinkan diri hujung minggu ini. Susah nak tolak request dari si comel cepat je tukang kebun cair-cair menerima pesanan (semenjak ni mood tak rajin sebab tak cukup masa). Kebetulan pula, buah kuning telor juga banyak buahnya sudah menguning dan musim kali ini sangat lebat. Agaknya gian nak buat production banyak sejak kemarau sehinggakan kali ini terlampau sarat buahnya sampai ada dahan yang patah tidak dapat menampung buah-buah tersebut. Dalam gambar kurang jelas tetapi di sebalik daun-daun tersebut ada banyak buah berselindung.
 Pokok ciku di sebelahnya pun tidak mahu mengalah juga nampak macam buahnya juga telah membesar. Pokok ciku dan kuning telor adalah sama keluarga dalam 'Sapotaceae'. Mereka berdua ini memang musim buahnya banyak kali sepanjang tahun. Habis nanti buahnya sudah masak, nanti berbungalah balik kitarannya. Kawasan sekitar ini dalam Kebun Bahagia Bersama memang untuk tumbuhan dalam keluarga 'Sapotaceae' adalah amat bersesuaian dari jenis komposisi tanah dan cahaya. Begitu juga dengan keperluan airnya sepanjang tahun stock air hujan dalam tanah yang dihirupnya adalah kadar bagi tumbuhan ini mencukupi. Jenis-jenis tumbuhan ini memang hidup bahagia tanpa penjagaan dari tukang kebun. Basically almost maintenance free di Kebun Bahagia Bersama. Setelah tukang kebun sedari perkara ini, maka mulalah dalam kepalanya sudah merancang nak kumpul tumbuhan-tumbuhan tropika dalam keluarga 'Sapotaceae' bila berpeluang nanti. Another step for us to get more intimate with the kebun surroundings and increase productivity.
 Limau kasturi yang berbunga pada musim kemarau lalu (klik sini untuk posting lalu), kini sudah membesar buahnya dah boleh dipakai kerap di dapur stock yang berterusan bulan ini. Cuba bayangkan walaupun buah limau kasturi saiznya adalah kecil nak tunggu besar pun ambil masa sekurang-kurangnya 2 bulan lebih penantiannya buahnya untuk dituai.
 Bulan Julai yang akan datang pula, InsyaAllah kalau ada rezeki kami dapatlah mula rasa buah cempedak yang tengah sarat berbuah juga. Sebenarnya siap ada batang yang kecil meleret di tanah tak dapat menampung buah yang banyak. Tukang kebun pun tengah garu-garu kepala nak biarkan je atas tanah ke nak ikat.
 Pagi semalam tanpa dirancang (patutnya tak buat kerja di kebun) tukang kebun mata tak tahan tengok petak A yang dari tahun lepas tidak diberikan bantuan merumput. Tujuan hanya seketika lalu sebab nak kasi makan pet kat belakang tu dengan baju tido lagi. Entah kenapa tiba-tiba badan tukang kebun dah berada dalam semak petak A, tangan ragut-ragut rumput dan pelik pulak mosquito free di awal pagi semalam bila banyak spot yang boleh derma darah. Sebab baru teringat ada batang-batang sayur raja yang daunnya dah selamat buat lauk samalam boleh cucuk-cucuk kat tepi pagar di petak A ni. Minggu ini dah 2 kali menu sayur raja. 

 Petak A ni dulu ada beberapa pokok-pokok kunyit dan halia masa kemarau lalu dah tak nampak bayang. Sekarang ni baru nak naik pucuk-pucuk yang baru dari rizom yang tidak dituai bila air hujan sekali sekala membasahi bumi KBB. Jadi tukang kebun ambil kesempatan yang mana dah keluar pucuk tukang kebun tanam balik di petak A dan petak 6 (antara barisan pokok-pokok sayur manis). Kemudian di petak B pula ada serumpun serai dah tinggal suku dari asal tukang kebun tuai semua dan ambil beberapa batang tanam di petak 7. Gambar atas sebahagian tuaian halia dan kunyit yang cukup untuk stok dapur bulan ini. Kunyit dan halia sebenarnya lebih tahan lama disimpan jika dibiarkan duduk dalam tanah walaupun daunnya dah lama hilang. Cuma nak kena hati-hati bila musim hujan air banyak ada kemungkinan akan reput jika tanah salirannya tidak baik lembap sangat beberapa hari. Bila dah mula peak wet season eloklah dikeluarkan kalau takut reput.
 Memandangkan ada fresh home-grown halia dan serai semalam jadi semangat nak gunakannya untuk rencah stim ikan siakap. Di bawah ikan tukang kebun letak daun serai acheh yang merimbun di depan pagar. Bawang putih sahaja bukan hasil tuaian sendiri. Menu yang simple untuk seisi keluarga.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama 16/06/2014 Shipment~

>1 kotak prepaid Small Size Pos Laju yang muatan hampir 2 kilogram (RM13) + KBB Goods (RM7) = RM20 (limited untuk beberapa pesanan sahaja, siapa confim order dulu dapat).

>Tukang kebun tutup pesanan pada pukul 9 pagi Ahad (15/06/2014)(Confirmation received).

>Tuaian utama ialah Buah Kuning Telor (Canistel).
Buah kuning telor ni selalunya 3~4 biji yang saiz besar pun dah lebih 1kilogram.

>Limau Kasturi.

>Ciku belum pasti lagi ada yang ready atau tengok quality dahulu.

> Daun-daun Serai Acheh.
Kalau kotak ada ruang ada kemungkinan tukang kebun cabut satu pokok sumbat dalam kotak, manalah tahu boleh tanam dalam pasu dulu bila sampai.

> Daun Assam Gelugor tak pasti tengok quality.

 Biasanya hari Ahad hari tuaian barulah sebenarnya boleh nak agak apa sebenarnya tukang kebun boleh packing.

4 ulasan:

nasa mulia berkata...

macam teringin, tapi takut plak tersadai kt pejabat pos laju sbb x sempat nak ambil mcm hari itu.....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam diana,
Hehe..terasa nak merajinkan diri bg puri buah2.tadi da buat avocado campur EBM.alhamdulillah, habis jugak sesudu besar walaupun memula buat muka pelik.tunggu buah mentega plak.. iyek2 akan menyusul bayarannya..ai..ai..chief! Hehehhe-eila

Haslinda Hussin berkata...

assalamualaikum Diana..akak nak tanya Diana ada jual x rizom serai acheh tu dan lagi satu daun pandan yang x berupa daun pandan tu...akak x ingat la namanya...kalau ada akak nak beli...tq :)

TukangKebun berkata...

Dear Nasa Mulia.

Biasanya kalau takut tersadai di pejabat pos elok hantar ke office jika di rumah tiada orang.

Salam Bahagia Eila,

Good Luck experiment dengan buah mentega ya. Nanti kongsi cara nak nikmatinya ikut selera.

Waalaikumsalam Kak Haslinda,
Serai Acheh ada kami bekalkan.
Daun serani ke yang buat pengganti daun pandan?