No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 6 Jun 2014

Sakura Sepanjang Tahun

 Hari ini tukang kebun buat ranking bunga yang juga digelarkan sakura (cherry blossom) yang paling rajin berbunga sepanjang tahun yang sudah pernah diperkenalkan sebelum ini di Kebun Bahagia Bersama.

1st place: Ri Ri Ying
 Si Ri Ri Ying memang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun menceriakan persekitarannya sesuai dengan maksud namanya bunga sakura yang berbunga sepanjang tahun. Tidak mengira musim kemarau dan hujan bersilih ganti, tidak putus-putus berbunga setiap hari. Pokoknya sangat sukakan cahaya matahari dan si lebah juga sentiasa sibuk hinggap bunga yang mekar. Anak pokok Ri Ri Ying yang tukang kebun pindahkan pada hari buruh tahun ini pun sudah memberikan bunga setiap hari dan makin meninggi pokoknya (klik sini).
Posting info Ri Ri Ying (klik sini).

2nd place: ShiroHanaSakuraTade
 Pokok air yang berbunga kecil berwarna putih mirip sakura berasal dari Jepun ini sangat sesuai tumbuh di tanahair kita. Pokoknya juga tidak putus-putus berbunga tidak kira musim kemarau atau hujan. Bunganya menjadi penarik kepada pelbagai serangga baik di kebun bagai membantu stabilkan balance eco-system di dalam kebun. Gandingan menarik pokok kiambang dengan pokok ShiroHanaSakuraTade duduk dalam satu pasu. Kiambang terapung-apung. Manakala bekas yang mengandungi ShiroHanaSakuraTade duduk dalam bekas yang sama keluar tumbuh di celah-celah kiambang mempelbagaikan hiasan yang menyejukkan di kebun.
Posting info ShiroHanaSakuraTade (klik sini).

3rd place: Ceri Terengganu
 Bunganya muncul beberapa kali dalam setahun menandakan musim buahnya juga kerap banyak kali dalam setahun. Warna bunganya yang merah menyala dan terjuntai banyak pasti memikat hati. Apatah lagi menghasilkan buah ceri yang berikan banyak khasiat untuk badan kita.
Posting Info Ceri Terengganu (klik sini).

4th Place (but not last) : Ceri Barbados
 Buahnya kaya dengan vitamin C dalam ranking top five. Pokok ceri barbados menghasilkan bunga yang berwarna merah jambu. Dalam setahun menghasilkan buah beberapa kali.
Info Ceri Barbados under construction bila tukang kebunnya ada masa.

Antara tumbuhan ini, yang mana satu paling digemari?

Kesemua jenis tumbuhan di atas ada limited stock sahaja sekarang.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana, I want 1 pot of barbados cherry pls..TQ. Anywy, ceri Terengganu & barbados look alike rite ?

Choi Min

Julie22 berkata...

Ri Ri Ying lah yg paling cantik kak, pokok Ri Ri Ying yg Julie beli dgn kakak hari tu pun x pernah putus2 berbunga, suka sangat Julie tengok...Ceri Barbados tu reserve utk Julie sepokok ye...thank you so much kak.....

Nasa Mulia berkata...

Erm bestnya kalau saya pun ada halaman untuk bertanam2...celik2 mata nampak benda hijau..

nadia rashid berkata...

Yang first tu memang cantik bangat!

suka suka berkata...

Book ceri barbados

suka suka berkata...

Book ceri barbados

MUNA berkata...

Akak nak satu ceri terengganu. BTW I vote for the first.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Choi Min,

I don't think Ceri Terengganu and Barbados look alike. The tree leaves, flowers ect looks different. In term of taste Ceri Terengganu is sweet while Ceri Barbados is sourish. You can easily distinguished the fruits when they are mixed together.

Salam Bahagia Julie.
Syukur Alhamdulillah yang dihantar ke Julie pun tidak putus berbunga. Kami simpankan ceri barbados untuk Julie.

Salam Bahagia Nasa Mulia,
Sekecil halaman mana pun boleh letak sepasu dua untuk menceriakan sudut yang lapang.

Salam Bahagia Nadia,
Merah Menyala-nyala.

Salam Bahagia Kak Mar.
Reserved for Kak Mar.

Salam Bahagia Kak Muna,
Reserved Ceri Terenggnu untuk Kak Muna. Ramai juga minat Ri Ri Ying :).

RED POWDER PUFF berkata...

bunga RI RI YING tu paling cun. patutlah dia top 1.
harga berapa tu ya

TukangKebun berkata...

Harganya Ri Ri Ying sama dengan yang Queen of the Night (RM10) baru pindah ke taman Red Powder Puff.

Tanpa Nama berkata...

Nak satulah ri ri ying tu diana..o.k utk ceri tu brape harga ye

Tanpa Nama berkata...

Akk jugak nak satu lah ri ri ying tu
Harga si ceri tu brape ye

TukangKebun berkata...

Salam Kak Zaiton,

Boleh ada stock Ri Ri Ying, Yang ceri Terengganu (RM10). Ceri barbados kami dah habis stock untuk bulan ini.