No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 15 Julai 2014

Hanya sekali siram bercambah

 Jumaat lepas masa tukang kebun siram petak F, terkejut tukang kebun dibuatnya oleh kemunculan anak-anak kacang buncis Blue Lake di tepi dinding bersebelahan pokok mulberry. Tukang kebun baru semai biji benihnya masa hari yang sama tukang kebun tanam anak-anak pokok nenas belum lagi masuk seminggu (posting tersebut klik sini). Baru sekali tukang kebun siram kawasan ini pada minggu lepas sebelum hari Jumaat, berupaya bercambah juga dengan hanya sekali siraman dengan cuaca yang masih jarang-jarang ada hujan dan panas. Sebelum hari jumaat dan antara hari tukang kebun semai tiada pun kedatangan hujan banyak. Yang lebih tukang kebun terkejut ialah hampir semua biji benih kacang buncis Blue Lake tersebut bercambah sebab bila kira-kira ada 10 anak pokok dan rasanya bilangan tersebutlah tukang kebun semai nak testing keadaan cuaca sekarang. Tangan dah gatal-gatal dah ni.
  Sebenarnya walaupun biji benih kacang buncis/panjang/soy adalah besar, tak perlu sebenarnya rendam biji benih dalam air semalaman. Kalau terlampau lama dalam air, biji tersebut akan mudah lembik dan reput nanti. Biji-biji benih seperti kekacang tersebut tidak mempunyai kulit yang keras dan kalis air sangat seperti tumbuhan yang lain. Jadi tidak memerlukan banyak air untuk bercambah. Untuk mengelakkan terlampau banyak air sebelum biji benih bercambah, memadai sahaja siram selang sehari sehingga biji benihnya bangun bercambah. Itulah pesanan tukang kebun berkali-kali untuk jenis-jenis biji benih kekacang yang telah dinyatakan seperti di atas. Rasanya minggu ini kalau ada sesiapa tangan yang dah gatal nak menyemai lepas lama kemarau melanda, sesuai dah mula nak berkebun semula dengan semaian testing dulu dengan jenis kekacang.
 Bekalan Biji Benih Kacang Buncis Blue Lake mulai minggu ini adalah stok baru sama batch dengan yang tukang kebun semai dinyatakan dalam posting ini. Tukang kebun gunakan kaedah direct-sowing, memang semai terus di situ untuk dia tumbuh tanpa proses pemindahan. Pokok kacang buncis elok semai terus sahaja di tapak dia nak tumbuh, jika hujan 2~3 kali seminggu di tempat anda lagi senang nak jaga, tak perlu nak fikir dah bab menyiram.

Info Kacang Buncis Blue Lake terdahulu (klik sini).

~Biji Benih Kacang Buncis Blue Lake ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

12 ulasan:

Shasrine berkata...

Shas pun baru-baru ni ada semai benih kacang panjang merah yabg tukang kebun beri the other day dan juga benih kacang panjang renek. Alhamdulillah, dua-dua jenis pun dah bercambah.

sud@is berkata...

Tentu tanah TK sangat subur...dan yang penting tanganTK sangt sejukkk

Seri7ujuh berkata...

Terasa gatal2 gak tangan nih...tapi kena kemaskan kebun dulu, pasal dah jadi belukar...dijajah rumput israel n ulan...hehe..

Tanpa Nama berkata...

tips taken... 1 packet for me pls.
Tqvm.
Choi Min

suka suka berkata...

1 pek ya..

Sean L berkata...

Waaah, mcm cerita magic beanstalk. Terus memecut naik...

Unknown berkata...

zinnia cactus
saya tak pernah lagi tanam kacang spesis ni..lain kali saya nak cuba

Ibu Qistina berkata...

saya nak jugak satu pack. :)

Julie22 berkata...

Nak 2pkt kak :)dlu pernah tanam tapi x menjadi, over siram kot, benih membusuk, this time nak tanya kakak ni amcm nak tanam seeds ni :)

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah benih kacang-kacang tersebut sudah bercambah Shas, InsyaAllah moga sebelum syawal habis akan memberikan hasil.

Kalau dekat negeri 4 musim pula, mereka kata tangan nak kena panas untuk semai, kalau tangan sejuk nanti benih-benih tak nak bangun bercambah Sud@is.

Memang kacang buncis cepat je memecut naik Sean.

Bolehlah cuba lain kali jenis kacang buncis ini Raiyan Jazlan.

Dah diberi tips cara menanam kacang buncis dalam posting ini Julie.

Tukang kebun ada simpankan untuk Choi Min, Kak Mar, Ibu Qistina dan Julie.

Unknown berkata...

-Crinum-
Geram nk menyemai jugak.. tp kena hold dlu.. pasal 1st batch, sngkuang, kcg tadong n radish yg dh brcmbh pun tk tau nk parking kat mane lg pasal was2 takut bl alih msuk tnh jd kojol... so dh tau tips white powder Kbb blh la apply then after that alihkn list kt ats..

TukangKebun berkata...

Mereka tu nak kena hati-hati pindah NurieM takut RIP kes merajuk nanti.