No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 29 Julai 2014

Ishidatami

 Hari Raya ke-2 ini pasti yang beragama Islam masih sibuk merayakan Hari Raya Aidilfitri. Ada yang sibuk seharian ini menyambut dan melayan tetamu di rumah. Ada yang sibuk berjalan dari satu rumah ke satu rumah beraya. Yang banyak naik turun kenderaan pergi beraya yang tidak memandu ada peluang nak intai cuci mata di Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun dah siapkan posting ini untuk kalian. Juga bagi mereka yang sedang berehat sambil perut kenyang boleh juga cuci mata, lepas ini jangan lupa pula menolong di dapur ya berilah peluang tukang masak berehat pula ya. Sebelum itu, Kebun Bahagia Bersama team members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkanlah sekiranya ada kesilapan atau terkasar bahasa menyinggung perasaan yang tidak disengajakan dari kami.

 Sudah pastinya semalam tiada Monday blues kecuali mereka yang bertugas menjaga keamanan negara dan memastikan perkhidmatan tidak tergendela di pelbagai sektor. Walaupun terpaksa bertugas, kami menghargai sumbangan mereka yang tidak dapat beraya pada Hari Raya Pertama dan Kedua dan anda sentiasa diingatan. Bagi yang Monday blues, tukang kebun kongsikan gambar Blue Ishitadami Morning Glory supaya hari Selasa ini sudah tiada Monday blues. 
 Bunga Seri Pagi Ishitadami (Ipomoea nil) adalah jenis bunga seri pagi yang berasal dari Jepun. Warna birunya sangat vibrant dan nampak glossy dalam rona warna 'Royal Blue'. Kelopak bunganya memang berbentuk seperti tercarik-carik atau 'split-petal criss-cross' dan mempunyai jaluran random seakan berwana mauve. Boleh nampak perbezaan warna biru Ishidatami dengan Si Youjiro di sebelahnya (gambar atas). Ishidatami antara koleksi peribadi bunga seri pagi tukang kebun tahun ini. Not offering at the moment.

4 ulasan:

Shas berkata...

Salam aidilfitri Diana. Maaf zahir dan batin.

Seri7ujuh berkata...

Salam Aidil Fitri kpd team KBB. Masa mula tengok ingatkan ipomea ni kena attack dgn ulat sampai trcarik2..rupanya mmg mcm tu ye...kepelbagaian.

hijau berkata...

Selamat hari raya juga buat Dianaaaaa maaf zahir dan batin. Hahhaha eh lupa plak raya pertama isnin ya? Hahha kalu kerja malas tul nak g kerja. Tapi raya punya pasal lupa jatuh hari isnin. Hahha

TukangKebun berkata...

Salam Aidilfitri Shas,

Samalah di sini memohon maaf jika terkasar bahasa dan kesilapan yang ada.

Salam Aidilfitri Seri7ujuh,

Antara sebab tukang kebun tak bosan-bosan tanam ipomoea sebab banyak warna dan bentuk.

Salam Aidilfitri Hijau,

Mohan maaf salah dan silap ya.
Kalau jatuh raya hari Sabtu nanti kurang pula hari cuti raya hehehehe...