No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 14 Julai 2014

Listada de Gandia

 Buah pertama dari pokok terung Listada de Gandia  tak sempat tukang kebun nak rasmikan dahulu. Perasaan seronok nak menanti hari Sabtu keesokkan harinya untuk tuai dan terus masak terbantut apabila pada hari Jumaat sebelumnya buahnya yang berwarna ungu berbelang-belang putih tu lenyap dibawa lari. Sempat jugalah 3 ekor monyet yang bertandang itu ambil. Nasib baik pokoknya tidak diapa-apakan cuma diambil buahnya. Agaknya bagi mereka pun macam nampak sedap je kut sebab jarang nampak. Gambar di atas adalah buah pertama pokok Listada de Gandia ini setengah dari saiz asal yang sebelum dituai masih membesar. Saiz yang elok dituai tukang kebun tak sempat nak ambil photo dan masa musim buah terung ini asyik masalah camera habis bateri sahaja jadi tak dapatlah ambik gambar-gambarnya.
 Batch biji benih terung Listada de Gandia yang tukang kebun semai adalah yang stock terakhir musim lalu. Yang ditawarkan sekarang adalah batch yang baru. Buah terung Listada de Gandia adalah bentuk oval sederhana dengan warna buahnya ungu berbelang-belang putih. Lebih tua, lebih nampak berbelang ketara. Pokok terung Listada de Gandia ini tukang kebun tanam dalam pasu saiz sederhana sahaja dan tumbuh elok. Mula berbunga pada musim kemarau pertama tahun ini dengan bunganya berwarna putih ada tinge pinkish.
~ Terung Listada de Gandia ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

 Antara gambar tuaian yang dapat diambil minggu lepas yang mana sempat asyik bateri camera cepat habis je. Mak Aji 'Greenfingers' memang cuaca lepas bermula berpuasa ini tidak mesra mulberry sini pun sama. Mulberry ada tuaian setiap hari tapi kuantiti dan bentuk saiznya tak menarik hati, kekadang rasa malas je nak kutip rasa nak sedekah je dekat tupai atau burung. Tapi bila fikir Abby suka, mama dia pun kutip sekali-sekala.

7 ulasan:

Shas berkata...

Shas semai listada de gandia ni x nak tumbuh-tumbuh. Next time nak try lagi, still have a few seeds left.

Bila masa yg sesuai semai benihnya ya?

sud@is berkata...

Cantiknya buah terung Listada de Gandia...membesar lagi ka tu...memanjang?

Mulberi tu memang petik semasa merah, kalu saya biar dia hitam baru petik, manis

Seri7ujuh berkata...

Aii..nampak buah lemon tu terus terbayang lemonade...bestnya...dugaan...

nUrieM StOrY berkata...

-Crinum-
Segar je pokok trung. mak aiii.. meleleh lau blh pekena terung yg digoreng garing then msk sambal...
tp owg yg 'berangin' memang tk digalakkan mkn pasal ia bersifat "sejuk"..
Teringin nk mkn mullberi tp pokok kat rumah agk2 bru dlm 2kaki tggi... tak pasti bila dpt merasanye.
Pokok bunga telang pn ada dh terjmpa skuntum bunga baru2 nie. Like ocean blue...
tp ape khasiat dia ye kbb?

raiyan jazlan berkata...

zinnia cactus-
memang berbaloi2..nampak subur terung tu.

Julie M berkata...

Cantiknya color terung tu! :)

TukangKebun berkata...

Dear Shas,

Masa cuaca tak terik sangat, macam banyak hari mendung and lots of fat cloud. There are a lot of difference last week and this week even we feel kind of hot. The weather kinds of starting to cool down as the clouds starts to be big like it is about to rain. Kalau cuaca terik sangat dari awal pagi the soil will be hot. But if the weather terik only around noon and cool down quick in the afternoon the soil will be less hotter. My seeds sowing germination seems to be increasing better with many type of seeds this week even sitting on full sun. Try again after Raya so you won't worry during your trip balik kampung.

Dear Sud@is,

Buah terung tu baru separuh saiz masih nak membesar. Warna yang hitam lagi best tapi takut kena kebas awal-awal sebab kat kebun sekarang ni kekurangan makanan nak berkongsi.

Dear Seri7ujuh,

Lemon tak lumayan sekarang, tapi ada jelah beberapa ketul nak dipetik tiap minggu. Hopefully pokoknya akan mula berbunga kembali.

Dear Nuriem Story,

Tukang kebun pun suka terung goreng sambal. Tak tau pula terung dikatakan sejuk.
InsyaAllah cepat je membesar pokok mulberry.
Khasiat bunga telang boleh check dekat nota tukang kebun label 'butterfly pea'.

Dear Raiyan Jazlan,

Syukur Alhamdulillah masa musim kemarau dia dah cukup dewasa mengharunginya.

Dear Julie M,

Belang-belang tukar citarasa sekejap terung menjadi pilihan.