No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 19 Julai 2014

Musim Manggis Julai tidak diJangka

 Sekarang ini di tempat-tempat tertentu di Semenanjung Malaysia adalah musim buah manggis. Manggis dah mula dijual di pasar-pasar. Biasanya musim manggis setiap tahun di Kebun Bahagia Bersama adalah bulan November. Tetapi kali ini ada juga pokok manggis yang berjaya menghasilkan buah bulan ini. Di penghujung kemarau lepas, pokok-pokok manggis tiba-tiba teruja nak berbunga jadi musim buah pada bulan Julai bukanlah sesuatu yang dijangkakan setiap tahun. Syukur Alhamdulillah ada buah yang berjaya dapat dinikmati mulai minggu ini. Rezeki buah manggis pada bulan Ramadhan jadi taklah terliur tengok yang dijual di pasar. 
 Yang dinobatkan sebagai Ratu di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah pokok Manggis Japanese Bonsai di gambar bawah. Pokok manggis ini memang rajin berbuah setiap tahun dan umurnya pun dah belasan tahun. Ini antara koleksi baka pokok manggis Japanese Bonsai big boss punya. Pokoknya memang bukan jenis besar, setiap tahun sikit-sikit je pokoknya meninggi. Pokoknya bushy rendah dan compact memang sesuai juga untuk mereka yang tidak mempunyai banyak ruang seperti terrace house. Setelah berbelasan tahun tumbuh, baru sahaja mencapai ketinggian 5 kaki. Kalau ikutkan musim buahnya yang betul, berbuah lebat puas makan. Sehari sebelum puasa bermula, tukang kebun ada kasi upah baja compost dekat dia. 

Musim buah apa di kebun kawan-kawan sekarang?

12 ulasan:

Marriatyi Morsin berkata...

Saya tak pasti musim buah apa sekarang di Johor. Tapi ayah saya ada WhatsApp buah rambutan dan pulasan menanti anak cucu raya nanti. Tak sabar nak balik kampung.

Saya suka 'mengintai' buah-buahan di pokok. Terutama manggis kerana rona daun dan buah seakan sama. Gelap. Sedap manggis cuma jangan sampai jatuh ke tanah semasa petik. Hmmmm sedapnya..

GINSENG JAWA

Seri7ujuh berkata...

musim durian, buah dah besar tapi tak tau bila nak gugur. Pokok buah lain tak pasti sebab dusun jauh2 belaka dari rumah...harap jiran je tolong tengokkan.

Normala Saad berkata...

Kat tempat kak semua buah dah keluar. Tak termakan lah pula di bulan puasa ni...

Shas berkata...

Comelnya pokok manggis japanese bonsai tu.. rendang je.

nUrieM nUr berkata...

-crinum-
first time dpt tau ada pkok mggis dlm kategori bonsai. Mane blh dptkn pkok jnis mcm ni kbb?
Kat rumah ada tnm mggis tp kcik lg...
teringt zmn blajar dlu, balik kelas snggah blakang rumah sewa intai buah manggis yg jtuh..
urmm... kecur pulak teringat keenakan mggis...

gina marna berkata...

kat rumah sendiri musim buah ciku :). kat rumah mak musim buah durian, manggis, rambutan, petai...aihh berair mulut bila taip ni..haha.

TukangKebun berkata...

Dear Marriatyi Morsin,

Mesti meriah beraya dengan adanya rambutan dan pulasan. Kami pun rambutan gading nampaknya mula nak masak minggu ini jika ada rezeki boleh petik sebelum balik kampung.

Dear Seri7ujuh,

Wah mesti dekat sana bulan Syawal meriah dengan durian. Syoknya dapat menjamu tetamu dengan buah durian.

Dear Kak Mala,

Betul macam-macam buah sekarang dijual di pasar, cuma bulan puasa ni tak dapat makan puas-puasnya perut pun dah makin mengecil tak boleh masuk banyak.

Dear Shas,

Memang rendang saiznya. Masa dulu rasa macam aras pinggang je. Ini dah beranak pinak baru sama tinggi.

Dear Nuriem,

Entahlah ini koleksi lama, mungkin terjumpa dekat salah satu nursery di Sungai Buloh oleh mama tukang kebun dahulu. Boleh tahan juga pokoknya sebab masih terdapat banyak pokok-pokok manggis bonsai merata di Kebun Bahagia Bersama sebab saiznya mudah nak jaga.

Dear Gina,

Wah seronok balik raya musim buah nanti ni. Petai kat sini baru nak berbunga. Memang musimnya berbunga masa bulan Julai dekat tempat kami.

shahrul nizam abdullah berkata...

manggis ni tanam dalam pasu ke atas tanah je

TukangKebun berkata...

Dear Shahrul Nizam.

Yang dalam gambar tumbuh di atas tanah.

marissaislam berkata...

Diana ada ke anak pokok manggis bonsai..? Nak tanam juga..

marissaislam berkata...

Assalam.. ada ke anak pokok manggis bonsai ni..? Nak tanam juga..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MarissaIslam.

Jenis manggis bonsai ini kami belum mula bekalkan.