No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 12 September 2014

Cara buat Zinnia rimbun bunga (New stock series this week)

  Bulan Ogos dan bulan September ini memang tukang kebun mengalami 'Zinnia Fever'. Sebabnya cuaca memang agak sesuai untuk menyemai biji benih zinnia tanpa banyak kerja untuk tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama. Kalaulah cuaca kebun gardeners lain sama rentak dengan Kebun Bahagia Bersama walaupun dikatakan beginner ambillah peluang musim ini spread your wings (hands) in the garden cuba pula tambah pengalaman. Kalau konsep edible garden pun, pokok zinnia adalah pokok yang bagus untuk companion planting terutamanya keluarga 'Solanacea' (terung/tomato/capsicum/cili). Semai sahaja biji benih (dalam 1~2cm), bagi kena cahaya, tunggu rezeki hujan tumbuhlah anak-anak pokoknya dalam cuaca bulan September ini.
  Cuma cuaca yang kadangkala tak menentu boleh mengakibatkan pokok bunga zinnia tiba-tiba keluar kudup bunga cepat sebelum capai 4~6 minggu lebih. Bila dia keluar kudup bunga sebelum usia matang eloklah potong kudup bunganya dahulu jangan kasi berbunga. Kerana ini akan menganggu pertumbuhan pokok tersebut nanti pokoknya tak cukup tenaga nak membesar jadi terbantut. Kalau dibiarkan berbunga mungkin hanya 1~3 bunga sahaja menjadi tatapan sebelum pokok tersebut habis riwayat. 
  Sebagai contoh gambar di atas ada yang kudup bunganya tukang kebun dah buang sebab belum lagi ketika itu capai 20cm dah memandai nak berbunga. Sekarang dah meninggi pokoknya dan dah ada tangkai baru keluar di celahnya. Pokok zinnia memang cepat berbunga tapi bagilah dirinya matang sekurang-kurangnya 6 minggu lebih sebelum dibiarkan berbunga. Dalam bahasa bunga English kalau pokok belum matang dah nak berbunga dipanggil proses "Bolting". Manakala "Pinching flower bud" pula juga boleh dikatakan teknik nak bagi sesebuah pokok annual macam zinnia merimbun supaya boleh keluarkan banyak bunga. Gardeners yang berpengalaman biasanya akan latih pokok annual zinnia dengan bersabar selalu "pinching flower bud" sampai mereka puas hati yang saiz pokok zinnia tersebut dah sampai tahap potentialnya yang sebenar dah merimbun akan banyak mengeluarkan bunga serentak. 
 So how do you pinch the flower buds? Mudah je kalau kudup gambar di atas tu dah boleh potong dah. Bila dia tak berbunga, adalah tenaga untuk menghasilkan tangkai-tangkai bunga yang lain. Cubit je perlahan keluarkan bunganya. Kalau tak yakin pakailah gunting.
  Kudup bunga zinnia yang dicubit or "Pinching". Biasanya untuk zinnia masa yang elok untuk proses pinching ini terutamanya bila pokoknya mengeluarkan kudup bunga yang pertama. Kalau pokok zinnia baru je ada setangkai mula keluarkan bunga eloklah "pinching" kudup bunganya yang pertama untuk membuatkan pokoknya teruja nak mula merimbun. Kalau dibiarkan sahaja antara sebab nanti jadi pokok Zinnia nan sebatang sahaja melurus tinggi.
  Kudup bunga di atas adalah kudup bunga pertama sebenarnya dari pokok zinnia di gambar bawah. Sekarang di sisi tangkai utama pokok tersebut sudah kelihatan ada tangkai-tangkai baru sudah mula meninggi. Ini pun tukang kebun tengah dilemma (tak sabar nak tengok bunga) nak "pinching" atau picit keluar ke tidak kudup bunga yang sedang terbentuk di tangkai paling tinggi tu. Lagipun pokok ini pun baru masuk sebulan. Sabar, sabar, sabar....
  Minggu ini di merata-rata tempat yang ada pokok-pokok rain lily di dalam Kebun Bahagia Bersama sedang meriah kembang. Minggu ini musim pink rain lily kembang di Kebun Bahagia Bersama.

 Minggu ini ada stock baru beberapa jenis-jenis biji benih Zinnia yang boleh dipilih mana hati berkenan, sebagai contoh:

~ Zinnia Cactus Mixed

~ Zinnia Orange King

~ Zinnia Pink Luminosa

~ Zinnia Yellow Canary Bird

~ Zinnia White Polar Bear

6 ulasan:

suka suka berkata...

assalam Diana.. K Mar nak zinnia dan rain lily .. include dalam order yang tertangguh tu ya!

Normala Saad berkata...

Diana, memang betul zinnia tu kita kena getus2 dulu pucuknya. Lepas tu baru dia akan jadi rimbun dengan bunga yang banyak. Dulu2 sayang konon nak buang bud yang sulung..

Julie M berkata...

Terima kasih atas petua kakak tu, barulah Julie tahu cara nak buat zinnia berbunga lebah, Julie pun baru gak cuba2 tanam zinnia ni. thank you so much utk info yg sangat berguna utk beginner mcm Julie ni hehe....

Vees .j berkata...

Seronok dpt baca petua ni..zinnia yg layu haritu cm dh x bleh diselamatkn.yg baru msh pendek dh kluar kudup bnga.rasanya kna buanglh bud sulung tu..

Tanpa Nama berkata...

HI. Diana..
I want zinnia cactus mixd 1 pak pls...Thks.
Choi Min

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

InsyaAllah Diana cuba pos dalam minggu ini.

Salam Bahagia Kak Mala.

Terima kasih kongsi pengalaman Kak Mala. Memang masa dulu-dulu sayang nak buang bud yang awal-awal. Masa duduk dekat down under tak perlu buat gitu sebab dia ikut cuaca baru nak berbunga. Sini sekejap hujan sekejap panas buat bunganya terkeluar awal sebelum merimbun pokoknya.

Salam Bahagia Julie,

Sama-sama kongsi pengalaman yang ada Julie. Nak kena sabar bagi merimbun.

Salam Bahagia Vees J,

Kalau pendek eloklah buang bunganya dulu.

Salam Bahagia Choi Min,

Reserved for you already.