No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 7 September 2014

Louisiana Canna

  Antara bunga kuning yang berbunga sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama ialah bunga Louisiana Canna atau juga dikenali dengan Canna glauca. Canna glauca adalah jenis bunga canna yang suka berendam dalam air. Jadi mudah nak bela dia ni tak perlu siram, tanam dalam bekas bertakung. Air pun tak perlu banyak cuma paras 15cm dah memadai. Kalau tiada nampak air pun dah surut tapi selagi tanahnya basah ianya boleh hidup. Canna glauca jenis berizom, jadi selagi rizomnya tak kering dia mampu keluarkan pucuk baru nanti. Jadi bagi mereka yang malas nak siram dan kerap outstation lama sesuailah berkawan dengan Louisiana canna.
  Kudup/bud bunga Louisiana canna sebelum kembang pun nampak comel juga buat hati si tukang kebun tersenyum-senyum menanti kembangnya. Daun jenis Louisiana canna ini berbentuk panjang dan tirus berbeza dengan jenis canna yang biasa dilihat tumbuh atas tanah. Louisiana canna kadangkala tangkai bunganya lebih tinggi dari tukang kebun.
  Bulan lepas tukang kebun buat 'spring cleaning' di salah satu pasu Louisiana canna sebab dah penuh sangat pokoknya (gambar bawah). Louisiana canna rizomnya cepat membiak menghasilkan pokok-pokok baru. Tak susah nak tanam Louisiana canna seperti gambar di bawah yang pasunya pun saiz rendah sahaja. Tukang kebun perhatikan Louisiana canna sesuai digandingkan dengan ShiroHanaSakuraTade
  Ada sumber melaporkan yang akar muda Louisiana canna boleh dimakan dan rasanya manis apabila dimasak. Yang akar tua pun boleh dimakan tetapi dah banyak seratlah setelah dimasak. Rupa-rupanya banyak juga jenis tumbuhan air yang boleh dimakan.
  Hujung bulan lepas tukang kebun kehabisan stock jadi pesanan-pesanan terpaksa kirim secara bare-rooted rizom. Jika dah selamat ditanam, sepatutnya dah tumbuh seperti gambar di bawah yang sama batch tukang kebun gali. Sekarang stock saiz yang ada minggu ini amat mudah dan sesuai untuk ditanam bagi yang berminat. Sabah dan Sarawak juga tukang kebun boleh pos secara moist bare-rooted.

More info on Louisiana canna / Canna glauca lawat posting sebelum ini (klik sini).

~ Yellow Louisiana Canna (Canna glauca) ~
1 pot/moist bare-rooted rizom for RM15.00 .

or

5 seeds for RM3.00.

 Biji benihnya keras jadi elok direndam dalam air 24jam sebelum ditanam. Masa percambahannya adalah variable mungkin dalam beberapa hari tetapi kadangkala berminggu-minggu.

7 ulasan:

Ibu Fahim berkata...

MENARIKLAH BLOG NI...SAYA SUKA LIHAT BUNGA-BUNGAAN DAN HIDUPAN HIJAU NI...
TERUSKAN.ALHAMDULULLAH...

sud@is berkata...

Ada color oren jugakan, Louisiana canna ni..oren campur merah, ke tu jenis lain.....

MUNA berkata...

nak booking bijinya ya. Menariklah pulak.
Kalau tak salah rupa bunga ni macam canna indica/bunga tasbih yang warna merah tu kan? cuma yang indica ni hidup atas darat.

Julie M berkata...

Cantik & unik la bunganya kak, 1st time tengok pokok bunga ni, selalu tgk pokok canna biasa je yg ini unik skit :-)

TukangKebun berkata...

Terima kasih sudi singgah lawat kebun kami Ibu Fahim.

Warna oren canna glauca tukang kebun kurang pastilah Sudais. Tapi warna putih dan pink kalau tak silap ada. Yang ini jenis 'true' bukan hybrid.

Boleh Kak Muna nanti kami simpankan. Mirip dengan canna indica tapi canna glauca gemar banyak air.

Yang ni jarang-jarang nampakkan Julie. Sekarang canna pelbagai hybrid. Tapi yang ni memang benih asal baka kampung.

adli fakhrullah berkata...

Ader stok tak yang nie..?

TukangKebun berkata...

Yang ini ada stock Adli Fakhrullah.