No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 9 September 2014

Selingan Salak

 Pada Sabtu lepas selain daripada pokok gajus dan pokok lemon (klik sini), kami juga memindahkan beberapa anak-anak pokok salak memandangkan hujan semakin kerap bertandang. Anak-anak pokok salak yang dipindahkan kali ini adalah sama batch (batch kedua) dengan yang tukang kebun offer pada awal tahun ini (klik sini). Ini bermakna usianya masuk bulan Oktober depan dah setahun dari bijinya disemai jadi lebih kurang 10 bulan lebihlah umurnya. Dalam gambar polibeg di bawah ada lebih kurang rasanya 4 ke 5 anak pokok yang kami pindahkan ke penjuru dalam gambar atas Sabtu lepas.

  Pada awal tahun ini ada tukang kebun cuba pindahkan beberapa anak pokok sama batch (batch kedua) di bawah sekadar mencuba-cuba jika sesuai tak dipindahkan dengan musim awal tahun ini tanpa dihiraukan dengan rentak perubahan cuaca di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan kemarau tahun ini luar biasa jadi projek tersebut tak menjadi sebab memang tidak ku siram. Tetapi anak-anak pokok salak (batch pertama) yang tukang kebun pindahkan tahun lepas semua hidup sihat walfiat tanpa penjagaan. Kebarangkalian sebab selepas batch pertama dipindahkan, akarnya dah sempat tumbuh jauh ke dalam tanah. Jadi bila tukang kebun check balik nota lama, batch semaian pertama tukang kebun yang anak-anaknya tukang kebun pindahkan pada September lepas  (klik sini) masih membesar berdekatan border di belakang Kebun Bahagia Bersama (gambar di atas).

 Syukur Alhamdulillah seperti gambar pertama di atas, pokok-pokok salak (batch pertama) tukang kebun di penjuru ini yang berusia setahun setengah semua dah nampaklah ada pembesarannya walaupun diabaikan. Jarang-jaranglah kami buat 'spring cleaning', nampak tak segala weed yang meninggi merimbun tu. Anak panah pink tu nampaklah sikit kawannya yang lebih kurang sama saiz dah besarnya. Walaupun mereka ini tak dipedulikan, boleh sahaja hidup di bawah canopi pokok-pokok lain macam si cempedak. Penjuru ini memang kurang dapat cahaya secara langsung sebab pokok-pokok sini semua yang dah saiz besar matang. Jadi untuk naikkan productivity kebun kami, tukang kebun teringin cuba-cuba tanam salak pada ruang jarak yang ada di antara pokok-pokok besar. Syok sendiri pula rasa tengok pokok salak batch semaian pertama tukang kebun dah besar begitu. Mulalah angan-angan sebelum tukang kebun masuk 40tahun dah dapat kutip hasil kut...hehehe...Masih ada stok pokok salak sama dengan batch kedua sebelum ini (klik sini) tapi dah dipindah-pindahkan jadi satu bekas ada satu pokok. Cuma nak kena self-collect, ambil sendiri sebab pokoknya dah besar jadi tak dapatlah tukang kebun nak pos.

~ Pokok Salak (D.O.B October 2013) ~

1 bekas RM15.00 

 Masa minggu sambutan kemerdekaan tu dah kemas sebenarnya bahagian baris penjuru sebelah kiri KBB dari tengah sampai belakang adalah keluasan paling kurang 4 pintu rumah terrace house kami buat spring cleaning. Tukang kebun potong rumput sambil weeding. Manakala dearest hubby hard-pruning 3 pokok besar jambu dan merumput di bahagian yang mesin rumput tak dapat lalu. Cuma bila dah sampai nak end of that penjuru dah kami rasa tak larat dah. Lagipun banyak pelepah dan kelapa merata-rata jadi susah nak memotong rumput. Nak kena kemaskan manually kutip-kutip segala barulah dapat memotong. Jadi kerjanya sambunglah ke minggu lepas.

 Jadi Sabtu lepas sambil kami pindahkan anak-anak pokok salak di penjuru tersebut, sambil kami sambung buat "spring cleaning" di situ. Kelapa-kelapa tua semua kumpul buat sorting yang dah tak elok buang dekat tempat pembakaran green waste boleh jadi bahan tanah bakar. Yang elok dikumpulkan ke satu tempat stock santan. Yang dah keluar pucuk jadi stok makanan si binatang perliharaan, itik-itik tu kalau belah kelapa ada umbutnya yang besar tu gembira sungguh. Tak menyempat-nyempat nak belah, tunggu bising di sebelah. Yang diterkamnya umbut tu berebut, isinya tak laku sangat pun kecuali kalau kebuluran. Jadi takdelah membazir sebenarnya kelapa tua di KBB semua stage ada gunanya.

 Minggu lepas Sabtu dan Ahad sambil berkebun, sambil minum air kelapa muda segar dari kebun sendiri. Tak de pakai straw, teguk je terus dari buahnya. Berapa biji kelapa muda membasahi tekak tukang kebun minggu lepas. Lupa nak beli sarung tangan kerja baru untuk dearest hubby dah teruk sangat tak de spare dah. Nanti bila ke kedai kita cari stock sarung tangan baru ya honey.

7 ulasan:

nasa mulia berkata...

In Sha Allah cepat boleh dapat mkn salak nanti, ingat yg bapak saya tanam dulu 2 tahun lebih dah belajar berbuah...

sud@is berkata...

Sedapnya air kelapa muda tu, pokok salak tu jenis pokok ke TK...

Farah berkata...

Maksud Diana yang "umbut" dalam kelapa tua "tombong" kot, kalau orang Johor panggil tombongla...bukan itik je berebut, saya adik-beradik dulu kecik2 pun berebut jugak...hahaa

@na berkata...

teringat masa kat kampung blh minum air kelapa, terus teguk mana ni jgk diana...sarung tgn tu mcm ok lg tu

nadia rashid berkata...

Kat sini kelapa muda rm5 satu...hari tu sy beli untuk buat jelly..tapi nasib tak berapa baik...hanya dapat air isi takde langsung...muda sgt agak nya...umbut nyior kami panggil..dulu kecik2 memang berebut terpaksa la atuk belah kecik2... Sy suka umbut yg kecik..kalau dah besar sgt tak manis...salak pun suka..tapi ada org kata masa pregnant tak boleh makan...entah betul ke tak..tak tahu lah...kalau lah dapat beli tanah untuk bercucuk tanam mcm2 pokok mcm TK kan best!!!!

Seri7ujuh berkata...

mak sedara makngah tanam salak bawah pokok durian n pokok getah. elok je salak tu, berbuah lebat. Tombong kelapa yang kecik2 memang best...isi kelapa bonda cincang2 dulu baru senang ayam itik makan

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Wow 2 tahun lebih dah mula belajar berbuah ini bagi motivasi tukang kebun nak rajin kemas kat kawasan dia ni hehehe...Thanks for sharing the info dear.

Salam Bahagia Sud@is,

Pokok salak tu macam bentuk pokok kelapa sawit atau kurma rendah je. Cuma tak berapa clear dalam gambar sebab kawasan semak sangat.

Salam Bahagia Farah,

Oh orang Johor panggil tombong ya. Betul masa kecik-kecik dulu doklah ngendeng kat tepi bila ada orang kopek kelapa tua. Manalah tahu ada nasib ada tombong di dalam hehehe...


Salam Bahagia @na,

Itulah masa dulu-dulu berkumpul keluarga duduk bawah pokok kelapa sambil minum air kelapa seronok. Sekarang ni makin technology canggih jarang dah berkumpul, lagi canggih lagi tak cukup masa.

Salam Bahagia Nadia.

Uisshhh mahalnya harga 1 biji buah kelapa muda. Ahhh orang Terengganu panggil umbut nyior. Betul yang lagi kecik lagi manis. Mother in law kata kalau orang pregnant loya-loya elok makan buah salak pengganti buah epal hijau.

Salam Bahagia Makngah.

OK kan pokok-pokok salak memang suka tempat teduh elok tanam bawah pokok-pokok tinggi. Kalau arwah nenek dulu dipotong-potongnya kiub kecik ubi kayu lepas tu jemur untuk stok makanan ayam dia. Kedai jauh, kenderaan takde zaman dulu. Jadi kenalah buat makanan ayam sendiri. Isi kelapa ni Diana tak rajin nak potong untuk diorang. Biar jelah mereka patuk-patuk.