No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Anak pokok cili burung

   Minggu lepas rezeki kongsi dari burung ialah 'Terung Pipit' (klik sini). Minggu ini pula jika rezekinya selalu dikongsikan bersama burung banyaklah pokok 'Cili Burung' tumbuh merata-rata di kebun. Gambar di bawah beberapa buah cili kesan dimakan oleh burung satu gambaran yang tidak asing di Kebun Bahagia Bersama setiap hari. Tapi tidak mengapa sebab memang pokok cili burung menghasilkan buah yang lumayan tak perlu berebut. Pokok cili burung memang antara pokok jenis yang paling mudah untuk hidup di tanah rendah Malaysia ini. Untuk yang baru berjinak menanam cili elok ambil pengalaman tanam pokok cili burung.
  Asalnya dulu tiada pun pokok-pokok cili burung tumbuh merata-rata di Kebun Bahagia Bersama seperti sekarang. Tapi atas usaha Big Boss sekarang tak putus-putus bekalan cili burung di Kebun Bahagia Bersama dan banyak muncul pokok-pokoknya di pelbagai sudut kebun. Masa adik-adik rajin kutip dulu kalau rajin kutip tiap minggu jika dijual di kedai bolehlah dapat mereka beli Top up handphone. Ketika musim kemarau lalu pun tak pupus pokok-pokok cili burung di KBB walaupun tidak disiram langsung ada juga yang tumbuh begitu subur sekali tak putus-putus juga berbuah. Variety cili burung sangat sebati dan sesuai dengan cuaca negara kita ni. 
  Masa musim panas kemarau, pokok jenis cili burung tak perlu full sun boleh cope dengan light shade dan partial shade jadi boleh hidup subur seperti yang tukang kebun perhatikan sepanjang tahun ini. Masa musim hujan lebat pula full sun lebih bahagia tumbuh subur. Begitulah kalau nak susun tanaman seperti cili burung untuk memastikan bekalan tak putus sepanjang tahun. Pokok cili burung ini boleh hidup lama jenis 'short perennial' dalam 2~3 tahun.
  Semasa Hari Malaysia lalu tukang kebun ada pangkas pokok cili burung yang tinggi lebih 2 meter tumbuh sendiri duduk depan pokok mahkota dewa (klik sini). Tak sampai 2 minggu keluar semula pucuk-pucuk baru di tunggul pokoknya. Gambar di bawah pula adalah pokok yang sama diambil pada 12hbOktober 2014. 
 Masa ambil gambar di atas pun, baru tukang kebun perasan yang pokok mahkota dewa di belakangnya yang bahagian dahan bawah yang tukang kebun pangkas nak kasi kemas juga ada tumbuh pucuk-pucuk baru. Yang was-was nak trim pokok mahkota dewa yang dah matang tak perlu was-was boleh saja dipangkas dapat lagi banyak ranting baru. Anak pokok mahkota dewa juga bulan ini ada stock RM8.00 sebekas (klik sini).
  For novice gardener kami masukkan lagi 1 pilihan untuk "3plants mix for RM10" page (klik sini). Menjadikan masuk minggu ini ada 15 pilihan untuk "3plants mix for RM10". Cuma bulan ini dalam senarai tersebut stok yang tiada ialah 'Arachis Pintoi' dan 'Serai' (raya banyak pakai). Yang lain selagi stok masih ada masa pesanan dibuat.

Atau 1 bekas cili burung RM4.00 .
  Yang biasa memotong rumput atau merumput di Kebun Bahagia Bersama biasanya dah kena 'eye-training' cam anak-anak pokok cili burung yang tumbuh sendiri untuk dibiarkan tumbuh bahagia di Kebun Bahagia Bersama. Minggu banyak hujan ni mulalah banyak anak-anak pokok cili burung naik dalam kebun. Pokok bunga kertas yang digondolkan pada Hari Malaysia lalu juga dah naik pucuk-pucuk baru. Minggu ini banyak tukang kebun kongsi mengenai "pruning" sebab memang sekarang musim 'Spring Cleaning' di Kebun Bahagia Bersama. Kalau pokok cili burung naik bena biasanya tukang kebun tak fikir panjang, potong je tangkai yang kena bena tu, nanti keluarlah pucuk baru dari nak berperang tiap hari. Kadangkala tumbuhan-tumbuhan memerlukan baju baru juga, jadi dengan 'pruning' dapatlah mereka berwajah baru.

10 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

TK, gambar no 5 yg ada buah tu pokok apa?

Normala Saad berkata...

Kak bayangkan kalaulah nanti bunga kertas tu berbunga penuh didahan yang melengkung begitu mesti cantik punya...

Ibu Qistina berkata...

nak 2 pokok cili burung diana. tq

nadia rashid berkata...

Segar nya daun cili...mcm mnr jaga nya yer

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AMIIZAA,

Pool buah mahkota dewa.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Suka tengok masa berbunga sambil kucing meniti di atas batang bunga kertas intai tukang kebun buat kerja.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ibu Qistina.

Okay. Nak combine shipment dengan Pasar Online ke?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nadia.

Pokok cili burung dekat rumah tak dijaga pun dia hidup sendiri pilih masa dan lokasi yang paling sesuai dengannya. Hairan tengok musim panas duduk bawah pokok durian walau kurang cahaya lebat buahnya tak putus putus.

boe berkata...

As salam... sy nk beli pokok cili burung 4 pokok..t.k..
Zamri 0162928607

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Zamri,

Tiada stok anak pokok cili burung sekarang di tempat kami.