No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 26 Oktober 2014

More Light on Deepavali

  Pada sebelah pagi Hari Diwali, projek darling husband ialah berhajat untuk buat hard-pruning pokok belimbing besi yang sedang berbunga lebat dan merimbun tinggi mencecah wayar elektrik di sebelah depan pagar rumah. Walaupun kerap berbunga tak pernah (atau tak perasan) berbuah selama ini. Kebetulan sebelum tidur sebelum pruning ada tukang kebun telephone Tuan Tanah tiba-tiba terkeluar cerita pasal belimbing besi depan pagar rumah tu. Tuan tanah kata nak potong pun tak pe kalau asyik merimbun tapi tak berbuah boleh ganti dengan pokok lain kemudian.
  Sebab dah banyak praktis pruning pokok belimbing besi tu, memang cepat darling hubby pangkas dahannya. Sampailah dia panggil tukang kebun ke mari suruh tarik sebab dahan tu nanti sangkut dekat wayar elektrik nak tampung berat dahan-dahan yang dipangkas jatuh macam domino nanti. Bila tukang kebun dongak.....rupa-rupanya banyak buah yang dah dangling dangling lebih besar dari ibu jari. So I said STOP. Main nak cepat pangkas tapi tak perhati betul-betul dulu. Lihat gambar pertama ada satu buah cinonet dah mula develop keluar dari kelopak bunga. Bunga belimbing besi juga sangat cantik.
  Tak sangka pula musim bunganya kali ini menjadi-jadi juga ada buahnya kena well-pollinated. Masa tukang kebun perhati bila dah pangkas-pangkas memang masih ada lebah-lebah berterbangan hinggap ke bunganya yang masih meriah di pokok belimbing besi itu. Pokok belimbing besi ini bila pangkas, cepat je merimbun semula memang dalam setahun sekurang-kurangnya 2 kali kena hard-pruning. Mungkin sebab merimbun sangat kurang mendapat cahaya untuk buahnya membesar dengan baik atau tukang kebun tak perasan dapatlah habuan ke mahkluk lain. Jadi kali ini harapnya ada rezeki nak tuai belimbing besi dan banyak dah cahaya yang didapat setelah dipangkas-pangkas dahan yang besar dan tinggalkan beberapa dahan muda di pokoknya. Amboi macam tahu je takut kena potong habis Si belimbing besi ni. So on Deepavali, we learn a few things in the garden. 
 Salah satu benda yang dipelajari juga ialah betapa cepatnya buah katak puru mula dah nak belajar berbuah. Setelah projek pangkas belimbing besi tamat, kami kemas pula kawasan luar tembok depan rumah sepanjang parit. Big boss dulu ada tanam beberapa anak pokok katak puru sepanjang parit tersebut. Tuan tanah memang sukakan pokok katak puru yang renek dan kanopi-nya, selalu kata nampak cantik di matanya. Selalu pesan pergilah tanam anak-anak pokok katak puru dekat belakang sepanjang tembok tu (not tukang kebun punya priority so pending job). Tak sangka pula pokoknya yang masih kecil lagi dari pokok pisang dah mula berbunga bila tengah nak mengemas pokok pandan di sebelahnya.
  Pokok-pokok lidah jin dah padat sangat dekat depan tembok memang dah kena cabut-cabut kasi ruang jadi yang ini tukang kebun serah dekat darling hubby (berpuluh-puluh dan berpeluh-peluh jugalah nak cabut). Lidah jin luar tembok ni rajin berbunga tapi bila dah padat sangat susah jadinya nak nikmati kecantikan bunganya tu.While he do that, tukang kebun pula cabut weed macam 'hempedu bumi' dan pruning pokok-pokok yang tak besar sepanjang parit depan tembok luar rumah (nak kena hati-hati berdiri antara parit). Beratus-ratus pokok hempedu bumi jugalah nak cabut, sini hempedu bumi consider 'invasive weed', lenguh tangan hari ini mencabutnya.
  Dekat depan pokok-pokok lidah jin dan sebelah parit tu ada pokok jambu tumbuh sendiri. Terkejut tukang kebun tengok pokoknya dah berbuah nampak macam species jambu batu. Rasanya macam takde lama pokoknya tumbuh di situ cepat je matang. Padahal setiap kali kemas, kami bagi hard-pruning dekat pokok jambu batu tu jadi renek bonsai. 
  Tengahari kami bergegas ke Bandar Sunway ada jemputan menyambut Deepavali bersama-sama dengan kawan lama Tuan Tanah. Dah lama tak makan masakan India, dapatlah isi perut banyak-banyak lepas work-out di kebun. Thank you for the invitation Uncle Marimuthu. Balik singgah Sunway Pyramid beli barang dapur, rasanya nak dekat dua bulan tak jejak kaki di shopping complex besar.

8 ulasan:

sud@is berkata...

pokok namnam sedap makan cicah garam, berair lioq...

Normala Saad berkata...

Kak suka tengok buah nam2 ni sebab bentuknya yang unik. Tang rasa dia tu tolak tepi la...kak tak makan buah2 masam ni.
Teruja tengok buah belimbing Diana. Kak ni masih menunggu buah sulung belimbing madu kak..dah hampir 7 tahun tapi tak buah2 pun...

nadia rashid berkata...

Alamak sayang nya buah dah ada kne pangkas pula....sy pun suka dengan katak purut.tapi kawasan plak takde....

Sean L berkata...

Best to have two genetically different plant for starfruit to increase fruit set. Belilah sepohon lagi, MAHA dah nak dtg dah. Nanti Diana makan buah belimbing sampai muak, hehehe.

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Cantiknya bunga belimbing! Banyaknya kerja kat kebun, Mak Aji baca pun berasa penatnya! Nasib baiklah Diana suami isteri muda2 lagi, larat buat semua tu! Kami berdua ni yang kawasan tak sebesar mana pun terpaksa dapatkan bantuan, kalau tidak ada aja org komplen sakit pingganglah apalah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sud@is,

Kami kalau buah nam nam campur masak dalam asam pedas ikan pari memang selera betul makan.

Salam Bahagia Kak Mala,

Belimbing besi dekat rumah Kak Mala dah pernah berbunga ke? Kat sini rajin berbunga dalam setahun tu adalah lebih 3 kali juga. Cuma dahannya merimbun payah sikit nak jenguk dengan berseliratnya pokok lain memanjat.

Salam Bahagia Nadia.

Itulah sayang tak perasan ada buah banyak sebenarnya. Mungkin cuaca sekarang pun sesuai kut. Tak pelah mana tahu ada saki baki yang berikan rezeki. Kalau bukan kali ini, ada peluang musim lain kami lebih alert. Pokok katak puru ni tak besar sangat Nadia. Letak je kat luar pagar rumah.

Salam Bahagia Sean.

I just remembered that my front neighbour actually also have a starfruit tree right in front of our 2nd front gate near the creeper ficus. Jadi ada peluanglah juga cos the bees don't have to travel that far between these trees. When ours are flowering, neighbour punya also berbunga.

Salam Bahagia Mak Aji,

Bunga belimbing memang cantik, macam bunga alamanda kecik hehehe....Berkebun ni bolehlah kami rasa stay fit. Bolehlah buat orang ingat bila keluar berdua macam baru je kahwin kihkihkih....kalau tukang kebun rajin malam-malam dapatlah upah urut.Syukur Alhamdulillah dikurniakan nikmat rezeki kesihatan.

Julie M berkata...

Assalamualaikum kak Diana, cantiknya bunga belimbing tu. Memang seronok kalo ada tanah yg luas, macam2 boleh ditanam. hehe seronoknye la handsome boy tu naik kuda...

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Warna bunga belimbing cantik tambahan pula bila berbunga penuh satu pokok. Tapi kawasan luas ni tak habis kerja Julie, sudut sini baru settle sana dah macam hutan.