No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Nangka Golek tak Busuk

  Nangka Madu Thai di belakang kebun sekarang tengah banyak buahnya membesar. Hujung minggu lepas nampak macam ada dahannya nak patah berat kut buah banyak. Hari Isnin nampak dah jatuh dahannya dan tergolek-goleklah buah-buah nangka yang muda. Buah-buah nangka muda ni boleh buat sayur buat masak lemak atau kari pun boleh. Seminggu ini tiap hari makan isi nangka muda untuk sayur.
 Kebetulan hari Isnin lepas juga baru teringatkan sunroot yang dah hujung kitaran hidupnya. Sunroot (Helianthus tuberosus) ini adik beradik 'Sunflower' (Helianthus annuus) sama keluarga botani 'Helianthus" kecuali sunroot menghasilkan ubi atau 'tuber' itu sebab belakang nama scientific 'tuberosus'. Bunga sunroot juga sama je bentuk dengan sunflower jadi double happiness tanam sunroot dapat tengok bunga dan ada hasil untuk isi perut. Kalau tengok batang pokoknya di gambar bawah memang macam pokok bunga matahari punya batang. Tanamnya tak pakai ruang sangat macam saiz bunga matahari je.
 Sebab sekarang ini musim hujan baik gali cepat-cepat nanti teruja keluar pucuk-pucuk baru pula ubi tu. Memang dah keluar pucuk sikit pun. Jadi yang dah keluar pucuk tukang kebun semai nanti bila besar boleh pindahkan kemudian. Kebetulan bila tukang kebun check stock di tapak semaian ada 2 pot sunroot dah tinggi 15cm, tukang kebun pindahkan ke petak A yang baru dikemas Sabtu lepas.
 Nangka muda dan Sunroot antara tuaian Isnin lepas dibuatnya gabungan tersebut sebagai bahan Kari ayam. Cuaca minggu ini pun si ayam rajin bertelur jadi dapatlah telur gred AA+ dari kebun sendiri. Ayam telur ni bila kuat bertelur mulalah kuat makan habislah asyik mencari tempat nak kais-kais cari cacing (oh my plants).
 Kacang panjang di petak 1 pula cepat tumbuh dah mula memanjat meninggi tapi dekat bawahnya banyaklah rumput juga dah mula meninggi termasuklah ginseng jawa nak ikut kacang panjang agaknya. Sambil merumput dikumpulkan sekali cabutan anak-anak pokok Ginseng Jawa dapatlah buat lauk sayur pada Rabu lepas. Sedap masak goreng belacan makan dengan nasi panas. Selera sungguh. 
  Ginseng jawa ini ada pelbagai khasiat, make your own natural pharmacy remedy at home. For women, membantu masalah keputihan. For breast feeding mothers, kasi banyak susu. For children, boost appetite. For men, membantu masalah batin. For high blood pressure, kasi turun. Jadi yang low blood pressure kena hati-hati ya nanti makin turun pula. Kalau yang nak naikkan berat badan elok makan ni sebab naikkan selera makan. Kalau yang kena diet, bahaya sikitlah sebab nanti rasa nak menguyah je hehehe....tukang kebun jenis kalau penat sangat buat kerja jadi tak berapa selera nak makan, membuatkan diri gastrik, bila makan daun ginseng jawa a few hours later memang rasa cepat lapar mula nak menyelongkar almari dapur.
~Ginseng Jawa (Akar Som) ~
Anak pokok 1pot RM4.
atau 1 pek RM3.00 anggaran 250 biji benih.

 Syukur Alhamdulillah we had lots of fun foraging food at our backyard this week. Gardeners lain pula rezeki apa menanti di kebun hujung minggu ini?

10 ulasan:

nadia rashid berkata...

Sunrbot tak pernah dengar..apa rasa ubi nya....murah betul rezeki dengan pelbagai hasil...telur tu best nya mcm telur itik besar nya

Bangchik and Kakdah berkata...

Nangka muda tergolek masih boleh guna untuk masak lemak.....

@na berkata...

best nyer dpt mkn telur fresh dari laman sendiri...heaven!

cucubulat berkata...

sedapnya nangka muda celur cicah budu,,nyam nyam.berair mulut dah terliur.
diana order sy tu post selepas deepavali yer.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nadia.

Selain dari sunroot dikenali juga sebagai "Earth Apple". Campur dalam Sup tulang lembu dari korban hari tu sedap.

Salam Bahagia Bangchik dan Kakdah.

Nampak tergolek-golek dapatlah digunakan untuk stok lauk minggu lepas.

Salam Bahagia @na,

Syukur Alhamdulillah memang seronok kutip telor dalam kebun sendiri walaupun ada 3 ekor ayam betina sahaja.

Salam Bahagia cucubulat.

Nangka muda celur cicah budu tak pernah pula rasa nanti nak cuba juga. InsyaAllah minggu depan baru pos.

SriKota Garden berkata...

Sejuk tangan Diana, seronok tengok kawan-kawan mengutip hasil.

Tanpa Nama berkata...

salam diana,
baru semalam eila dapat bersihkan petak yang eila tanam sunroot beli dari diana.sayang pokok ni sbb sejarah die nak idup kat tempat eila berliku2..bila selamat dpt dari diana, eila x terus tanam, konon nk biasakan dgn cuaca, esoknye, tinggal btg je..pucuk da togel.boleh terima lg, pindah dlm pasu, siput mkn sampai tunggul tak bersisa..akarnye pun die korek..kuis2..jumpa siput sembunyi dlm tanah..
sisa akar yg ade pulak mereput.sedih la sgt..sudahnye eila biarkan, siram tidak, jaga pun tidak.. mungkin masih ada sisa akar yg elok akhirnye bangkit kembali..tu yg jaga betul2.. skrg tgh mabuk daun sbb musim ujan.. blm nk bunga lagi...

eila...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikgu SriKota Garden,

Suam-suam je tangan ni.
Kebun cikgu lagi pelbagai ada.

Salam Bahagia Eila.

Samalah yang dalam gambar tu masa kitaran hidup pertama tak berapa naik pokoknya sebab kemarau dan terlindung dengan pokok cotton. Bila buat tak tau merimbun pula bila naik kitaran hidup seterusnya keluar pucuk-pucuk dari ubi yang dibiarkan tak tergali. Sunroot ni walau sikit bahagian ubinya tertinggal pasti hidup balik. Gaknya siput tu hairan ada benda baru nak rasa makan.Adalah juga rezeki sekeluarga Eila nak makan sunroot nanti.

NOOR berkata...

Saya suka sgt tgk sayur segar ygbaru lepas dipungut teringat2 kecik2 dulu. Hilang stress!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor,

Memang hilang stress bila dapat petik-petik sayur di kebun.