No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 28 Oktober 2014

Rezeki Awal Muharram

   Pada Awal Muharram, dapatlah rezeki membasahkan tekak dengan minuman berkhasiat seperti buah kelapa muda di Kebun Bahagia Bersama. Rayyan dan Abby pun dah berani masuk belakang berjalan-jalan (lately turkey tak kacau mereka).
  Nampaknya tupai pun peroleh rezeki buah betik. Banyak juga tengok buah betik yang dah ranum pada pokok-pokok betik di belakang. Kebelakangan ini sibuk jadi tak berapa mendongak ke atas melihat pokok betik. Tak pe rezeki mereka, InsyaAllah Awal Muharram ni lahirlah banyak anak-anak pokok betik baru hasil dari perkongsian buah-buah betik menyambut Awal Muharram. Pokok-pokok betik di Kebun Bahagia Bersama pun kebanyakkan semua tumbuh sendiri.
  Telur ayam pun semenjak ni tak perlu beli adalah juga dapat sekurang-kurangnya 1 biji sehari. Gali stok kunyit yang dah lama tersimpan di dalam tanah dari Petak A. Hujan banyak ni takut reput pula. Hujan lebat dan angin kencang sekarang mengakibatkan banyak buah markisa tergolek-golek.
  Pelbagai jenis pokok citrus juga rezeki diterima. Pokok limau nipis bergugusan buahnya. Kekadang satu tangkai ada buah lebih dari 7 biji. Bila setangkai banyak buahnya jadi saiznya lebih kecil dari tangkai yang ada kurang dari 3 biji.
  Nangka pun dalam setangkai banyak buahnya. Jadi untuk dapatkan buah yang besar dituai beberapa dari setangkai supaya dapat pembesaran buah yang lebih besar.
  Ubi kayu juga dituai untuk sarapan pagi Ahad. Anak-anak suka ubi kayu goreng tak berapa pandai makan ubi rebus. Sebab yang dituai di tempat partial sun jadi saiz ubi kayunya kecil berbanding dengan full sun.
  Buah-buah ciku juga makin membesar tapi tukang kebun rasa kena tunggu lagi nak dekat 2 minggu baru peak season. Tukang kebun baru perasan akan buah yang diberi oleh jambu bol di belakang. Ianya seakan menghasilkan 2 jenis buah. Yang tukang kebun perhatikan ranum kepada merah buahnya lebih kecil dan tidak berbiji langsung. Manakala yang berbiji buahnya besar warna kulit makin cerah ke arah keputihan dan cuma 1~2 berjalur merah apabila ranum dan kadangkala tidak. Adakah ianya cuma sangkaan tukang kebun semata-mata macam 2 jenis jambu bol pula pokok tu produce. Sangat unik sekali pokok jambu bol 2 in 1. Tukang kebun feel like hitting my head on the tree trunk patutlah ditunggu-tunggu yang buah besar tu tak tukar merah rupanya bila masak memang gitu. Next time I know better. Subhanallah. 
  Untuk menyambut Awal Muharram kami tanam anak pokok durian baka dari kampung big boss yang atuk tukang kebun yang tanam. Sungguhnya tahun ini pokok-pokok durian yang dah berusia lebih 50 tahun tu buahnya sungguh banyak sampai anak-anak, cucu cicit arwah atuk tak larat nak perabihkan makan. Atuk tukang kebun meninggal pada usia muda sebelum tukang kebun lahir lagi. Pokok buah-buahan yang arwah atuk tanam banyak tuannya sendiri tak sempat merasa tapi sehingga kini walaupun agak terbiar tak terbaja masih menghasilkan buah. Sebab tak dapat nak kirim buah durian maka big boss pass biji durian sahaja. Syukur Alhamdulillah semua biji-biji durian tersebut bercambah.
 Gambar diambil dari facebook Big Boss. Aisey bilalah anak pokok durian tukang kebun berbuah nanti ya. Tapi big boss ada kirim tempoyak jadi dapatlah juga merasa masa tuan tanah balik untuk meeting. Sedapnya setiap kali makan bertambah-tambahlah trip tambah nasi ada side dish tempoyak. Nasib baiklah dengan working out di kebun tu memang tak perlu control makan hehehe....
 Semoga masuk tahun baru ini, bersama-samalah kita rajin berbudi pada tanah. InsyaAllah tak rugi, bukan cuma rezeki makanan sihat tetapi nak dapatkan rezeki kesihatan juga ada di situ. Keep yourself fit. You work out, you eat good healthy food. Not only that you spend less on groceries but less paying medical fees. Health is an investment especially when you're young you have to also move your body a lot or else you'll be spending your hard-earn money all for medical problems later for not living in a healthy way in the start.

11 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, syukur alhamdulillah, meriahnya kebun kakak dgn buah2an yg segar2, tengok anak2 tu minum buah kelapa segar dari kebun memang seronoklah. mengutip hasil dr kebun ni memang best & sukanya Julie tgk buah lemon tu segugus2. :)

sud@is berkata...

Dah lama saya tanam limau kasturi tp gagal berbuah, dah mencantas ...dah membaja...apa salah tak tau..

Normala Saad berkata...

Diana...seronoknya kak tengok hasil tuaian kebun. Rasa macam nak pergi mengutip sama buah2an dan sayuran tu...Telor ayam tu wahh..besar betul ya!Bila la kak boleh ada tanah untuk berladang....

@na berkata...

puasss tgk rayyan teguk air nyok tu...segar!!!

lite n easy berkata...

Amboi bahagianye rase dapat menjamu mata dgn hasil tuaian KBB ni…. :)
Err kak D, nape resepi tempoyak akk ada campur air limau ye?

Nasa Mulia berkata...

Puas hati sangat bila dapat minum air kelapa cara direct tonggeng buah macam tu..

suka suka berkata...

Terasa kat tekak ni air kelapa tu..

LadyBird berkata...

Seronoknye bl ada tanah dan kebun.. huhuhu..

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam dan Salam Bahagia Julie.

Syukur Alhamdulillah Awal Muharram ni ada rezeki anak-anak nak teguk air kelapa muda dari kebun sendiri. Bila hari tak panas sangat lebah lebih ada tenaga banyak bunga-bunga citrus jadi well-pollinated rezeki pun lebih lumayan dari musim kemarau.

Salam Bahagia Sud@is,

Tahun ni banyak pokok-pokok limau kasturi yang membesar dari biji benih dah jadi matang berbunga pertama kali masa musim kemarau teruja walaupun tak ambil tahu sangat.

Salam Bahagia Kak Mala,

Syukur Alhamdulillah ayam telur gebu tu saiz telurnya memang puas hati. Itu kalau nampak dia dok mengais-kais buat tutup sebelah mata ja. Kalau ada rezeki ingat hujung minggu ini nak beli anak-anak ayam.

Salam Bahagia @na,

Rayyan pun seronok minum terus dari kelapa.

Salam Bahagia Atie.

Rasa lebih kick sambal tempoyak bubuh air limau. Nanti Atie cubalah lepas tu bezakan. Kalau bubuh air limau pun lebih tahan lama dalam peti ais sedap sikit tak cepat kering.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Memang puas hati setiap kali penat berkerja kait kelapa muda sebelum masuk rumah berehat sambil minum air kelapa muda.

Salam Bahagia Kak Mar,

Best minum gitu terus tak perlu air batu macam di pasar.

Salam Bahagia LadyBird,

Syukur Alhamdulillah bolehlah teruskan berbudi pada tanah.

hijau berkata...

Salam Diana... Bagus org tua tua n org muda yg berwawasan mcm arwah atuk diana tu kan... Dia x sempat rasa x pa, janji ank cucu dpt rasa buah yg dia tanam... Slagi tu dpt pahala. Insyaalah

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hijau,

Apa khabar? Harap sihat sejahtera.
Orang dulu bila buka tanah buat kebun bukan ingat untuk diri sendiri sahaja harapannya berkekalan lama hingga ke cucu cicit. Biar apa yang ditanam tu hidup lebih lama dari tuannya berzaman-zaman. Sekarang kalau boleh esok dah berbuah.
Ya untuk tanam pokok yang berikan makanan selagi ianya memberikan makanan kepada makhluk Allah, tuannya dah meninggal pun masih peroleh pahala. Salah satu cara nak dapat pahala mudah.