No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 5 Oktober 2014

Salam AidilAdha

 Team Members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua pembaca-pembaca Kebun Bahagia Bersama blog. Hari ini pasti banyak juadah-juadah yang enak, nafsu nak kena control ya makan janganlah sampai sendat perut ya. Hope everyone have a lovely day with your love ones or kind souls that god has destined their path to spend time with you on this festive season.

  Minggu ini yang kembang malam di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis crinum di atas yang rajin berbunga beberapa kali tahun ini. Minggu ini secara kebetulan banyak postings related dengan bunga putih. Yang ingin mencuci mata melihat koleksi-koleksi yang dibekalkan sumbernya dari Kebun Bahagia Bersama boleh visit page "Bunga Warna Putih" (klik sini). 

 Syukur Alhamdulillah dengan Kebun Bahagia Bersama yang masih peringkat baru lagi jika dibandingkan dengan pembekal-pembekal lain. Dalam page "Bunga Warna Putih" sudah ada lebih 20 jenis tumbuhan yang pernah kami bekalkan. Bila tukang kebun belek balik page tersebut, honestly I felt a small sense of achievement tak sangka pula list dah ada sebanyak itu. Tambahan di page tersebut adalah hasil yang dibekalkan kepada gardeners lain bukannya diambil dari luar tapi semuanya asal dari Kebun Bahagia Bersama. Bukannya dari Thailand, Cameron Highland ataupun nursery lain tapi direct dari kebun sendiri.

 Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas support, motivation dan inspiration.

 InsyaAllah will be adding more new plants for page "Bunga Warna Putih". Tukang kebunnya yang selalu lupa nak update.

8 ulasan:

Julie M berkata...

Selamat Hari raya Aidiladha juga buat kakak sekeluarga, semoga pengorbanan & amal ibadah kita diterima Allah SWT. Bunga dlm pic tu ada stok lagi ke kak? Suka sangat Julie tengok :)

Seri7ujuh berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Adha ..ikhlas dari makngah sekeluarga

Tanpa Nama berkata...

Hi Diana, Selamat Hari Raya Haji to u & seisi keluarga...

Regards,
Choi Min

Normala Saad berkata...

Selamat Hari Raya buat Diana sekeluarga.

Shasrine berkata...

Salam aidiladha Diana.

lite n easy berkata...

Hi kakD,
Salam AidilAdha utk akk sefamily dan team mmbr KBB yg lain juga ;)..

AMIIZAA berkata...

Selamat hariraya Aidiladha ❤️❤️❤️

TukangKebun berkata...

Dear Julie,

Amin thank you dear.
Bunga dalam pic tu tengah biarkan membiak besar dulu kalau dari Sungai Buloh maybe next year. Yang dekat reban tengah subur membiak tapi better dia membesar dengan bonda dia dulu.
Yang dekat Kiulu memang banyak stok cuma belum sempat nak balik kampung lagi.

Dear Mak Ngah.

Moga memory indah raya haji baru-baru ini untuk keluarga makngah seisi keluarga juga.

Dear Choi Min.

Thank you. Hope you had a wonderful time in your garden with your family.

Dear Kak Mala,

Masak apa raya haji kali ini di rumah?

Dear Shasrine,

Tahun ini beraya di mana?

Dear Atie,

Balik Johor ke raya haji tahun ni?

Dear Amiizaa,

Seronok tengok juadah home-made raya you tahun ni.