No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 1 Oktober 2014

Sawi Bunga dalam Semak

 Hari ini nak tuai sayur apa pula ya untuk makan malam? Memandangkan sayur sawi bunga Tsai Hsin dah mula berbunga di depan dapur yang ditanam dalam pasu kecil dah duduk dalam semak, maka sudah dituai untuk dinner malam ini tadi. Tsai-Hsin yang dipindahkan Ogos lalu (klik sini). Ini memang tumbuh kena full sun dan terik serta tak dibaja pun lepas ditanam. Cuma kalau budak-budak ni rajin main little gardener barulah kena siram. Tolong siram tapi tak tolong cabut weed maka duduklah Tsai-Hsin bersama semak yang tak dikemaskan sebab mama dia memang tak cukup tangan. These few weeks bila turun kebun asyik meneras deretan sebelah tembok kiri sampailah pusing ke bahagian ampaian.

  Ramai yang email mengadu sibuk bulan lepas dan dengan hujan yang turun sekarang ni memang kebun dah jadi belukar. Takpe tak rugi berbudi dengan tanah. InsyaAllah bila ada masa nak bersihkan kebun tu adalah juga hadiahnya. Sayur-sayur tukang kebun pun banyak duduk dalam semak je dan terabai tapi adalah juga yang dapat dituai bila buat spring cleaning. Kekadang kalau difikirkan yang dijaga dengan TLC (penuh kasih sayang) tu tak dapat sangat hasil yang ditunggu-tunggu tapi yang dibiarkan pula berikan hasil diluar jangkaan pula. So this week have been showing you the semak side of Kebun Bahagia Bersama, bersama-samalah kita gambatte cari masa spring cleaning bulan ini.

  Mula-mula masa baru pindahkan anak-anak pokok nampak juga kesan ada yang suka dah banyak nibbles dan naked. Tukang kebun pun tak kuasa nak layan atau berperang dengannya. Jadi ku biarkan sahaja buat don't know. Bila besar cantik pula daunnya. Agaknya silent treatment tak melayan buat serangga pun tak de mood nak kacau kut. No response, no fun tak best menyakat tukang kebun ni. So you see those "semak" juga testimony that these veggies has been grown organically. Tak pernah disembur apa-apa. Serangga ni kan lagi kita geram, lagi dia suka nak kacau. Lagipun sayur sawi pun jenis sayur kalau petik daun dia tumbuh daun baru balik. Misalannya kalaulah dia makan setangkai daun tu sampai botak, InsyaAllah mungkin adalah batang baru habuan kita pula nanti. Think positive, Think ahead.
 Syukur Alhamdulillah rezeki sayur untuk kami sekeluarga malam ini. Jimatlah at least RM2. Ini sayur mahal sikit ya sebab sayur organik hehehe....

  Dalam pasu tu ada sunflower teddy tengah nak kering, ingat nak cabut tadi tapi teringat nak bagi projek dekat budak-budak ni bila fully dried boleh suruh diorang tuai biji benihnya dah ikutlah mereka nak tanam macam mana. Sunflower tu sebab nak check dia punya germination rate saja-saja sumbat dalam pasu yang sama. Dah gemburkan tanah dan top-up sikit tanah kompos, tengok masih banyak cacing dalam tanah pasu itu so still healthy soil. Sebab tadi panas maybe senja nanti pindahkan anak-anak pokok lain pula dalam pasu tu.

~ Sawi Bunga Tsai-Hsin ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 (kebunkmg@gmail.com)

6 ulasan:

Seri7ujuh berkata...

sayur2 daun yg makngah semai memang bercambah...baru nak keluar daun sebenar, esoknya dah tinggal tunggul...banyak benar musuh...sampai sekarang kena gak beli sayur kat kedai...hehe..setiap kali mcm tu la...

nadia rashid berkata...

Tak dihiraukan pun subur molek saja...ingat esok nk tuai sawi vitaminna tu berebut dengan siput n belalang skang ni

Julie M berkata...

Bestnya tanam dlm semak pun still subur juga.. :)

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha MakNgah.

Banyak betul peminat ya. Nak kena semai dekat pot yang letak atas para tinggi jauh perjalanan untuk makhuk kecik tu menyusur.

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha Nadia.

Kami lepas balik Raya ni nak menuai sawi vitaminna. Hujan sekarang ni takdelah risau sangat tanaman di rumah bila balik kampung.

TukangKebun berkata...

Salam AidilAdha Julie.

Rezeki ada juga dapat tuai walaupun tiada masa nak kemaskan. Berbaloi juga cuba-cuba nasib menanam.