No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 19 Oktober 2014

Star of David

  Jenis bendi ini diberikan nama "Star of David" (David = Nabi Daud diperturunkan melaluiNYA kitab Zabur) kerana kononnya bila dibelah cross-section nampak seperti "Star of David". Walaupun diberikan nama bendi jenis ini "Star of David", origin bendi ini bukannya berasal dari Israel cuma gambaran bentuknya sahaja yang memberikan namanya mula-mula.

    Your Lord knows whoever is in the heavens and the earth. We exalted some of the prophets over the others; and to David We gave the Book of Psalms. (Qur'an, sura 17 (Al-Isra), ayah 55). 
   Bentuk buah bendi 'Star of David' adalah pendek gemuk dan gebu dari jenis-jenis yang lain seperti jenis yang biasa digunakan dalam masakan Middle-East. Lepas tukang kebun sendiri rasa buah bendi ini barulah faham kenapa orang Middle-East prefer bendi jenis ini sesuai untuk masakan mereka. To be honest, selama ini tukang kebun tanam pelbagai variety bendi, ikut taste bud tukang kebun, kalau tukang kebun paling suka rasa 'Star of David'. Rasa lendirnya tu ada manis-manis sikit. Yang lain di dalam rumah ini pula minat jenis bendi lain. Biasalah lain lidah lain rasanya kan, itu yang menarik mencuba-cuba menanam pengalaman pelbagai makan jenis bendi-bendi yang ada di dunia ini. Buah bendi "Star of David" ini lambat keras berbanding dengan bendi jenis lain.
  Pokok bendi "Star of David" boleh tumbuh hingga ketinggian 2 meter lebih. Sambil berbuah sambil dia meninggi. Kekadang baru 40cm ketinggian dah berbuah tapi akan makin meninggi sambil berbuah. Salah satu pengalaman baru sambil menanam "Star of David" masa pokoknya baru sahaja ketinggian 40cm, hampas seed pods dan biji-biji benih reject tukang kebun ada buang keliling pokoknya. Elok saja biji benih reject cypress vine dan kacang panjang naik sendiri tumbuh bersama-sama "Star of David". Paling tukang kebun gemar tengok pokok bunga pink cypress vine yang menjadi hiasan kepada "Star of David". Kalau nak jimatkan ruang have some fun in the kebun bolehlah semai biji benih cypress vine sebelah pokok bendi bila agak-agak pokok bendi dah lebih 40cm height. Tak perlu dah nak buat trellis biarkan cypress vine memanjat dan meninggi bersama-sama pokok bendi. 
 For this variety "Star of David" bunganya seperti gambar di atas. Minggu ini masuk biji benih segar Bendi "Star of David". Biji benih pink cypress vine yang dibekalkan dari bulan lepas juga fresh dari dituai yang melilit pokok bendi "Star of David".

~ Biji Benih Bendi "Star of David" ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.

Biji-biji benih bendi lain yang ada dalam stok bulan ini.


~ Bendi Clemson Spineless (klik sini)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Mammoth Spineless (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

~ Bendi Merah (klik sini)~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

15 ulasan:

suka suka berkata...

K Mar 1 pek

Tanpa Nama berkata...

Yang ni kot orang panggil bendi arab .. Fahizah

Sean L berkata...

Mesti cantik kalau dihiris-hiris dan masak.

sud@is berkata...

cantiknya bendi gemuk gebu

Tiny gardener berkata...

Diana, Star of David ni sama tak dgn yg dipanggil bendi Arab tu? Book 1 pax.

@na berkata...

mula2 ingatkan star of david nama lain bg pink cypress vine tu...hehehe

MUNA berkata...

Nak satu pek 'star of david' dan 1 pek 'mammoth spineless'. Sebelum ni rasa nak stop pesan benih sbb benih lama ada lagi, tapi 'star of david' ni sungguh 'menggiurkan'. Benih sunchoke ada offer tak?

Normala Saad berkata...

Cypress vine putih & merah yang beli kat Diana aritu sekarang dah merata-rata tumbuh. habis dipanjatnya pokok disekeliling. Tak terkawal..

TukangKebun berkata...

Dear Kak Mar,

Ada simpankan benihnya.

Dear Fahizah,

Tak pastilah samaada ini variety yang sama dengan dipanggil "Bendi Arab". Agak teragak-agak juga dan tak dapat nak disahkan sebab tukang kebun tak pernah lagi tanam "Bendi Arab" untuk perbandingan keseluruhan organ pokok tersebut. Sebab kat tanah Arab pun pelbagai variety bendi juga ditanam sama juga di Turkey dan India ada banyak jenis bendi kampung mereka. Tapi yang ini memang jenis true heirloom yang internationally dah cop namanya sebagai "Star of David". Kalau google pun kisah pelbagai bendi ni banyak ceritanya kata USA pun banyak immigrant bawa pelbagai jenis bendi. Macam di area South state masa zaman slave trade diperkenalkan okra di sana.

Dear Sean L,

Buat bintang-bintang hiasan.

Dear Sud@is.

Gebu pada mulanya rasa janggal tengok sebab biasa tengok okra panjang-panjang macam lady finger hehehe....

Dear Tiny Gardener,

I'm not certain regarding "bendi Arab" as I haven't grown them. A brief short history where I got mine is from a good seed-saver organization in Australia for these seeds more than 2 years ago. Kept it in my seed box and keep forgetting I have them until I finally sowed the seeds this year. As you can see in the pic that Star of David is very ribbed which makes it look like a star when you make a cross-section of the fruit. So we're not offering 'Bendi Arab' but open-pollinated true heirloom "Star of David" seeds. If we have made people confuse we apologise for it. We try our best to make notes some of the plants details if we're able for future references. For example in the last photo you can see how ribbed the small forming fruit next to the flower for this type of variety.

Dear @na,

Bunga tu masuk forum tema star macam ngam juga hehehe.....

Dear Kak Muna,

Ada saya simpankan dan hantar invoice.

Dear Kak Mala.

Cypress vine ini memang mudah tumbuh sesuai untuk yang baru belajar berkebun tambahan bunganya yang comel berbentuk bintang tu. Sejak kemarau lama, cypress vine kat sini dah jadi terkawal dah hehehe....

Ratu berkata...

bendi arab saya pernah dengan..rupanya sebegini la..nak 2 pek tukang kebun..

TukangKebun berkata...

Dear Ratu,

Tinggal 1 pek sahaja lagi.

Jen berkata...

benih star of david masih ada?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jen.

Benih star of david out of stock.

NAZRI DERIS NAZRI DERIS berkata...

saya berminat dengan Biji Benih Bendi "Star of David" / bendi arab. jika ada stok e-mel saya nazrideris@gmail.com

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nazri Deris,

Biji benih jenis ini out of stock.