No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 9 Oktober 2014

Terung Pipit

  Jika tempat kita selalu menjadi tempat persinggahan burung dan mempunyai tanah yang tidak disembur racun, InsyaAllah banyak rezeki burung bawa sepertilah biji benih terung pipit. Terung pipit ni hidup terlampaulah subur di Kebun Bahagia Bersama ni lagi-lagilah bila hujan kerap bertandang. Kalau dalam Kebun Bahagia Bersama, terung pipit ini dah masuk dalam banyak kategori yang kami berikan; " Free Foraging Food", "Emergency Food", "Obnoxious Weed". Big boss pun pesan janganlah ditebas semua masa mengemas kebun, biarkanlah beberapa pokok kekadang terasa juga nak makan nanti bila selera mengidam masakan kampung. 
  Bunga pokok terung pipit berwarna putih mirip dengan bunga pokok ubi kentang. Pokoknya kalau subur boleh mencecah ketinggian 2 meter jika ditanam di atas tanah bukan di pasu. Boleh juga hidup dengan mudah di dalam pasu. Pokoknya jenis 'short perenniel' boleh tahan 2~3 tahun sekurang-kurangnya jika semua keperluannya mencukupi. Tips setelah pokoknya habis berbuah dan ada tanda-tanda macam bena nak serang, pangkas sahaja pokoknya yang nampak dah kehabisan tenaga murung itu. InsyaAllah naik balik pucuk baru nanti.
  Antara lauk makan malam semalam ada sambal ikan bilis campur dengan terung pipit dan petai bersama-sama jus markisa home-made. Rasa kena pula makan sambal gini dengan jus markisa semalam menjadikan terung pipit dan petai tak berasa pahit macam biasa je. Ataupun tukang kebun memang lidah dah jadi dewasa...hehehe...Makan nasi tambah 2 kali.
  Sebenarnya dari bulan lepas lagi dah Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan terung pipit dan tak sangka pula mendapat sambutan yang baik. Ada juga yang peka dan nampak tukang kebun dah masukkan dalam katalog Kebun Bahagia Bersama. Gambar di atas contoh anak pokok terung pipit. Yang dibekalkan ikut ready stok yang ada, kalau tukang kebun dapat catch up dengan demand paling kecil saiz macam gambar di ataslah harapnya. Ikut nasib masa pesanan dibuat.

~ Anak pokok terung pipit ~
1 bekas RM4.00.

Atau boleh campur untuk pakej ' 3plants mix for RM10' (klik sini).

13 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

seronoknya tengok terung pipit banyak buahnya......

Julie22 berkata...

Thanks utk info ttg terung pipit ni kak, Julie x pernah lagi makan buah terung pipit ni, pokoknya pernah tumbuh d laman rumah, tapi x sempat nak besar, tuan rumah dh tebang, xde rezekilah dgn terung pipit ni hihi...

sud@is berkata...

dah lama tak makan sambal ada terung pipit, sedap juga...harap2 ada la burung bawa benih kekebun saya....cantik buahnya segugus...

Shasrine berkata...

First time makan masa beli from pasar online kbb.. skrg every once in a while mesti teringin nak makan ni.

Lydia Miza berkata...

Salam.. LM dtg dr blog sudais

Terung pipit ada tumbuh dpn rumah LM ni ha.. Dah lebat berbuah. Boleh la buat2 sayur bila xde syok sayur kat dapur LM ni

falraisi berkata...

Diana, tolong...semalam order sampai. Kenapa akar som jadi gini... :(

http://fromfalraisitinygarden.blogspot.com/2014/10/order-dari-kebunbahagia.html?m=1

Ke kena biar dulu few days and tengok?

Seri7ujuh berkata...

sambal tempoyak ikan bilis n terung rembang /terung pipit...best! celur cicah budu pun sodap! tapi jarang2 masak kat umah pasal ayngah tak suka, pasal kecik sgt katanya. time kecik buah ni jadi peluru senapang kayu..haha...

nadia rashid berkata...

Dulu terung pipit ni sy adik beradik suka buat peluru untuk pistol mainan kami...kadang ada gak celur mkn dgn sambal belacan dan budu

lite n easy berkata...

Hi kakD,
Bru bli pokok ni ngn akk ri tu. Saje je try try tanam alhmdulillah idup die stkt ni. Nnt klu ade rzk bulehla sy blj mkn terung ni plak, hihi.. :')

Normala Saad berkata...

feveret nii..buat sambal tumis dengan udang atau masak patpet ( ala siam )

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia AMIIZAA,

Terung pipit walaupun buahnya kecil tapi pemurah banyak dengan gugusan macam anggur.

Salam Bahagia Julie.

Its an acquire taste juga untuk tengok oranglah. Manalah tahu ada rezeki nanti burung bawa benih. Terung pipit ni cepat je membesar.

Salam Bahagia Sud@is,

Sekali kala memang jadi teringin makan sambal ada terung pipit bila selera kampung bertandang. InsyaAllah moga ada benihnya burung bawa.

Salam Bahagia Shasrine,

Syukur Alhamdulillah boleh terima juga rasa buah burung pipit ni. Pelbagaikan ingredients di dapur.

Salam Bahagia Ummi Aqilah (LM),

Terima kasih menjenguk kebun kami ni.
Betul bila tak de stok sayur bolehlah petik-petik buahnya buat lauk.

Salam Bahagia falraisi,

Transplant shock bila dipindahkan.
InsyaAllah in a few days dia sihat semula, tengah pening-pening dengan environment barulah tu.

Salam Bahagia MakNgah.

Teringin pula rasa nak makan sambal tempoyak. Tak puas ayahngah makan ya sebab kecik-kecik hehehe....

Salam Bahagia Nadia,

Tukang kebun jarang celur biasanya goreng buat berlada atau sambal. Stok budu asyik lupa nak beli hehehe...

Salam Bahagia Atie,

Terung pipit ni cepat je membesar, InsyaAllah tak lama menunggu, by this year boleh dah enjoy. Umurnya pun boleh tahan lama.

Salam Bahagia Kak Mala,

Masak patpet tu macam mana? First time dengar.

figpot berkata...

Hi tumpang tanya terung pipit ni sama tak dengan Pea eggplant? Terung pipit ni ke yang biasanya digunakan dalam masakan Thai green curry? Boleh tak pos ke sarawak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Kalau pea eggplant yang botanic name juga 'Solanum tarvum',
Seperti dalam link di bawah:
http://kebunmalaykadazangirls.blogspot.my/2013/05/pea-eggplant-solanum-torvum.html

Samalah dengan terung pipit ini.

Boleh pos ke Sarawak.