No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 15 Oktober 2014

View on top the Canistel

  Pesanan-pesanan untuk Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama minggu lepas, semuanya kami dah selamat pos Isnin lepas. Terima kasih banyak-banyak dan tabung tersebut sebahagiannya digunakan untuk keperluan makanan ikan dalam kolam bulan ini. Minggu ini kami masih buka Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama dan maklumat lanjut lawatilah laman sebelum ini (klik sini). Tapi untuk penghantaran on the next 20th October slot dah fully reserved, kemungkinan next ikut giliran lepas 27th October 2014.
 Soalan yang kerap mengenai pokok canistel ialah: Berapakah ketinggian pokok canistel?

  Pokok Canistel ini besarnya sederhana sahaja takdelah macam pokok durian. Monkey yang selalu panjat pokok canistel nak tuai buahnya pun ialah tukang kebun sendiri. Ketinggian pokoknya masih dalam had lingkungan dearest hubby comfortable nak biarkan tukang kebun panjat sendiri. Saiz pokoknya sama sahaja macam saudaranya iaitu pokok ciku. Pokok ciku di sebelahnya pun sedang berbuah tengah membesar tak lama lagi musim ciku pula jika ada rezeki. Kalau kebun anda ciku hidup subur, InsyaAllah canistel juga sesuai kerana keperluan mereka sama.

  Seperti buah Ciku, kadangkala  buah Canistel juga kena perap sampai buahnya masak lembut. Sebab tu tak elok pakai galah untuk ambil buahnya nanti jatuh buahnya lebam. Elok petik manual pakai tangan, jadi yang tak tercapai tu terpaksalah tukang kebun panjat petik.
 Minggu lepas dah alang-alang memanjat, tukang kebun ambil kesempatan ambil gambar dari atas pokok canistel pula asyik dari bawah je. Tengok tu belum lagi habis semua buahnya masak dah keluar banyak bud bunga pokok canistel. Syukur Alhamdulillah moga rezeki berterusan.
  Masih banyak lagi buahnya yang hijau belum masak. Kalau sekali imbas kalau tak biasa akan ingat macam buah mangga. Pokok canistel yang Big Boss tanam di Kebun Bahagia Bersama ini lebih muda dari tukang kebun kecil Ilhan yang darjah 1. Biasanya purata canistel mula berbuah dalam lingkungan 4 tahun lebih.
 ~ anak pokok canistel ~
1 pot RM15.00 .
D.O.B : September 2014.

7 ulasan:

sud@is berkata...

Kat kampung rumah mak ayah dulu ada pokok ciku, pokok canistel kenal tengok disini.

@na berkata...

berani nya diana manjat...seram tengok nya...tinggi tu!

Nasa Mulia berkata...

chop untuk saya buah canistel tu...

AMIIZAA@Mieja berkata...

TK Putrajaya dekat area mana? saya ingatkan awak kat sabah...heheheh rupanya kita dekat aja :):)

berkenan dengan anak canistel, pos boleh ke?

falraisi berkata...

Rasa buah dia camane yea?

Norliza Osman berkata...

Buah canistel tu pertama kali saya dengar dan lihat.tak perna rasa lg...manis ke rasanya?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sud@is,

Dekat Sabah sekarang mula popular buah canistel.

Salam Bahagia @na,

Kena hati-hati juga sebab dahan pokoknya masih muda tak boleh pijak kuat kena balance nanti patah.Pokok ni banyak dahan boleh lagilah. Kalau kelapa, kuini, petai, jering kat belakang tu memang nak kena work up lagi.

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Nanti hantar confirmation and details dekat (kebunkmg@gmail.com) jika berminat ya.

Salam Bahagia AMIZAA,

Kami dok area Sungai Buloh. Big boss (mama) orang Sabah kami menetap di Semenanjung Malaysia sejak lahir.
Anak pokok canistel boleh dipos.

Salam Bahagia Falraisi,

Isi dia jenis kekeringan tak berapa juicy, ada umpama kata macam ubi kayu rebus flavor pisang.

Salam Bahagia Norliza Osman,

Lebih manis dari avocado dan lebih lemak.