No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 13 November 2014

Binjai

  Antara stok anak-anak pokok buah nadir yang Kebun Bahagia Bersama ada sekarang ialah binjai. Stok anak-anak pokok binjai yang ada sekarang ketinggiannya sekurang-kurangnya 2 kaki jadi tak dapat dipos hanya kena self-collect. Baka binjai ini adalah yang biasa ditanam di Sabah.

~ Anak pokok binjai ~
1 pokok RM10.00 .

Minggu ini yang rajin nak drive ke Sungai Buloh boleh Self-Collect pada hari Sabtu ini antara pukul 5:30PM ~ 6:00PM (kebunkmg@gmail.com).

  Beberapa bulan lalu di Sabah musim buah bambangan dan binjai. Kebetulan pula Tuan Tanah ada balik jadi dapatlah pelbagai ole-ole dari Big Boss seperti sambal binjai, jeruk bambangan, beras kampung. Sambal binjai dah lama tukang kebun habiskan. Jeruk bambangan tinggal stok sikit lagi , adik Tukang Kebun tiap hari balik sekolah makan jeruk bambangan dan telur.
  Antara tuaian pada hari Ahad lepas, musim hujan ni pucuk asparagus pun rajin keluar dari tanah. Untuk penghantaran Isnin lalu banyak pula tempahan bawang dayak dari Sabah dan Sarawak jadi tukang kebun gali keluar 2 rumpunan stok bawang dayak dari Petak F. Terserempak pula sebiji telur itik dalam kebun (itik telur pun tinggal seekor). Rasa semangat pula nak dapatkan anak-anak itik telur lagi untuk bekalan telur tahun depan dari kebun sendiri (nak kena pujuk hubby tanya tauke kambing dekat rumah ni atau jenguk Pasar Pagi Ahad di Paya Jaras). Anak-anak itik telur pun dalam seminggu ni nampak ketara pertumbuhannya (makan punyalah banyak kalahkan kacukan anak ayam gajah).
  Markisa di pergola depan rumah nampaknya mula berbunga lagi sekali. Markisa di sebelah belakang kebun pula masih ada rezeki tuaian yang dapat dikutip setiap minggu. Markisa yang ini tukang kebun simpan untuk Big Boss (mama), adik khabar Tuan Tanah (papa) ada singgah sekejap semalam di rumah minggu ini. Dapatlah juga big boss campur dalam jus minumannya yang dibuat setiap pagi. Dearest hubby pula tak sengaja sambil weeding tercabut sekali pokok sengkuang yang tumbuh sendiri. Dapatlah makan sengkuang manis isinya.
 Ahad yang 2 minggu lalu (klik sini) sambil mengemas di belakang, ingatkan telur itik di sebalik rumpunan kaduk. Rupa-rupanya Ahad lepas, Tukang kebun Ilhan kata ayam belanda betina duduk atas telur tu mama. Hah??!! 
  Opppsss tukang kebun tak sangkalah pula Ayam Belanda Betina yang baru join in Kebun Bahagia Bersama dah mula bertelur. Tajam lagi mata Si Ilhan dari mama dia, bentuk pun actually berbeza bila diperhatikan betul telur ayam belanda ni salah satu sudutnya lebih tajam dari telur itik dan seperti berbintik-bintik bak kata Ilhan. Lalu lekas-lekaslah kami pindahkan ke Sangkar Petak 4 yang asalnya dikemas Sabtu lalu konon bakal untuk anak-anak itik dan ayam kampung. Takkanlah nak mengeram bertelur kena cuaca panas dan hujan tak berteduh.
  Dah nak senja kelam kabutlah nak umpan tangkap Si Ayam Belanda Jantan dan Betina nak kurungkan sama-sama dalam Sangkar Petak 4. Seperti biasalah the 2 boys (hubby and male turkey) circle each other macam nak bersabung pula (selalu bergaduh sesama dekat kebun). Turkey jantan ni selalu mengekor tukang kebun like a puppy, ingat nak take cover belakang tukang kebun konon. Apalagi teruslah tukang kebun dakap dan letak dalam Petak 4. Si Jantan ni tak pernah bagi nickname so sentiasa panggil Turkey je. Memandangkan dah ada betina, yang betina tukang kebun panggil Kiki. Yang Kiki pula masa hubby nak tangkap kebetulan lari straight ahead ke arah tukang kebun. Teruslah tukang kebun peluk masuk sangkar 4 (Yes it was quite a sight seeing me just standing there and hug them close so they won't wriggle to let loose). 
   Dalam dilemma ni, patutkah tukang kebun terus harvest telur untuk makan memandangkan Kiki ada telur tiap hari tapi tak duduk mengeram. Tukang kebun pula tengah musykil adakah si Turkey mengawan Kiki tak pernah nampak pun. Ada juga yang telurnya dah pecah mungkin sebab tak elok. Macammana nak ajar Kiki ini supaya belajar mengeram. Angsa dulu tak pandai mengeram dah pandai mengeram. Siapa pula nak jadi role model Kiki to become a mother ni. Surrogate mother pula takde pada ketika ini. 
 Ahad lepas tiada gardening activity sangat sebab leka menuai dah panas terik. Tapi ada jugalah accomplishment hubby sebelah petang siap varnish 1 bench dari lemau 1 hari macam tak buat apa.

5 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams TK
banyaknya hasil air tangan....
geram tgk...:)
dak oyen tu geram nak tium tium dia:)

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, wah meriah hasil kebun kakak tu ye, syukur Alhamdulillah...bestnye dapat kutip telur2 ayam ni, Julie suka kutip telur itik time tolong emak ternak itik telur dulu, begitu rupanya telur ayam belanda ye, berbintik2 1st time Julie tengok. Menarik, teringat pula dgn ayam2 belanda jiran Julie tu, hari2 tuannya lepaskan ayam2 tu. Jeruk bambangan memang sedap kan kak, bulan lepas emak Julie pun postkan ke Julie tapi husband pula x pandai makan hehe...binjai ni buah apa ye kak? buah belunu kan?

Sean L berkata...

Telur turkey best... rich like duck's eggs. Hahaha, Turkey jantan you memang terasa challenged kot oleh lelaki, asyik nak gaduh je. Takpe, nanti saya datang main tendang kaki dgn turkey tu, hahaha

Normala Saad berkata...

Adoi Diana..lagi2 membakar jiwa kak tengok hasil2 begini.Mmm...bilalah agaknya dapat boleh beli tanah sebidang ya?

TukangKebun berkata...

Dear Sis Amiizaa,

Syukur Alhamdulillah.
Budak Oren tu Si Kiki yang lebih besar pun dia pergi kacau macam pemburu burung besar.

Dear Julie M,

Waalaikumsalam.

InsyaAllah kalau Pos Laju sampai ke rumah Julie esok. Bolehlah merasa juga hasil dari Kebun Bahagia Bersama.
Ya telur ayam belanda ni bintik-bintik dan lebih tajam dari telur itik dan ayam. Tukang kebun geram sungguh tengok ayam belanda jiran Julie, cantik sungguh rasa nak peluk-peluk hehehe...nasib jauh kalau tak mesti tukang kebun merisik tanya ada nak jual atau tidak.
Binjai rasanya setengah tempat kat sabah panggil belunu. Ada yang panggil buah bundu.
Bambangan ni serat-serat kalau orang tak biasa memang payah. Tapi penggemar masam memang akan jatuh cinta dengan bambangan.

Dear Sean,

Kali ini rasanya tak dapat merasa. Next time will try to collect some fresh turkey eggs.
Memang turkey jantan tu asyik nak challenge orang je. Asyik bergaduh dengan ayam mutiara. Sampai angsa pun bengang dengan dia kekadang kacau mereka tengah breakfast.

Dear Kak Mala,

InsyaAllah suatu hari nanti. Bila tanah luas ni tak terkejar pula nak mengemas. Baru kemas situ kemas tempat lain dah balik hutan.