No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 21 November 2014

Vitaminna dalam dakapan Dukung Anak

 Syukur Alhamdulillah dengan kesihatan yang diberikan-NYA dapatlah juga buat semaian batch baru Queen of the night dan pindahkan beberapa anak-anak pokok seperti ulam raja dan terung pada pagi Jumaat yang mulia ini sebelum ambil Ilhan dari sekolah agama. Bulan ini ramai betul yang mengidam nak makan ulam raja, so Ulam Raja is actually one of the hot item in November. Setiap minggu dipos atau self-collect anak-anak pokok ulam raja ataupun biji-biji benih. Hasil dari menikmati tuaian segar dan 100% organik dari kebun sendiri semalam antara punca dapat nikmat rezeki kesihatan dan badan cergas pada pagi ini bergerak untuk aktiviti harian. Bukan sahaja makanan tapi juga minuman dari jus roselle untuk seisi keluarga. 

 Semalam bertambah seronok dapat tuai Sayur Bok Choy jenis 'Vitaminna' yang mula menjadi kegemaran di Jepun pun jadi kegemaran di Kebun Bahagia Bersama.  Siapa sangka biji benih Vitaminna yang ditabur di raise bed (kubur angsa dan ikan koi) bercambah dengan sungguh baik bulan lepas mengharapkan hujan sahaja dalam keadaan full sun. Lepas tu yang mana rapat-rapat tumbuh sambil weeding dijarak-jarakkan berjaya tumbuh dengan tanpa banyak kerja. Yang hanya tukang kebun lakukan ialah kemas batas, semai, merumput (sekali sahaja), jarakkan anak-anak pokok (thinning), dan tuai itu sahaja (spend less than 30 minutes from seed sowing to harvest). Busy? If you can watch TV for 30 minutes means you have time to grow your own food. Dengan cuaca sekarang yang hujan kerap memang tak perlu siram walaupun terdedah in full sun (100%).

 Baja? Langsung tak bagi. Dah kalau weed tu boleh tumbuh gemok-gemok cepat membesar pasti sayur daun pun sama. Tak kuasa nak bela weed tu juga bagi baja. So here is a tip, kalaulah tanah tu weed pun tumbuh bermaharajalela ianya menunjukkan tanah pun bukanlah kekurangan zat. Jadi yang beli baja janganlah membazir bagi dekat weed. Kalau macam pertumbuhan tak baik mungkin sebab faktor lain seperti pencahayaan, pH tanah, suhu sekeliling dan lain-lain. Terlampau baja juga adalah tidak baik kepada tanah juga kerana ianya akan menukar pH tanah. Setiap tumbuhan ada keperluan purata pH tanah yang digemari. If you have very healthy weeds means you have a soil which won't be label as not fertile. 
 Gambar diambil pada waktu tengahari buta jadi nampaklah daunnya moyok sikit lepas tu 2 hari tak hujan tapi mereka masih boleh hidup bahagia dalam dakapan rumpai 'Dukung Anak'. Nampak semakkan? Di kelilingi oleh weed seperti dukung anak. Tukang kebun cuma ada masa sekali je nak merumput dalam kawasan ini dulu lepas semai biji benih Vitaminna. Tapi adalah juga hasilnya dari dibiarkan tanah ruang yang ada dipenuhi dengan weed sahaja. Rugi kalau kita tak ambil kesempatan musim hujan ni nak bercucuk tanam di Lembah Klang ni. Tukang kebun rasa bulan November tahun ini berbanding dengan tahun lepas dan tahun sebelumnya sebenarnya lebih panas dan hujan tak selumayan. Jadi takdelah nak risau rempuhan hujan lebat sangat atau tanah terlampau basah.

Bok Choy Vitaminna tuaian bulan ini besar cepat dalam sebulan macam gambar no. 1 yang kena tindan dengan tuaian lain. So happy!

~ Bok Choy Vitaminna ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

3 ulasan:

imm berkata...

seronoknye la haii tengok kebun akak ni..
tanah di tepi rumah sewa saya ni luas, tp tuannya tambak(betul ke kotoba ni haha) dengan tanah kerikil.pernah try tanam bok choy dulu tp x menjadi.terus give up huhuh

LadyBird berkata...

Mknn sht...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm,

Syukur Alhamdulillah rezeki ada di belakang rumah dan depan. Mungkin tuan tanah tambak dengan tanah kerikil nak elakkan dulu tanahnya berlumpur. Bagus juga nak tanam tanah begitu masa musim hujan sebab air di bahagian atas tidak bertakung dan lecak.

Salam Bahagia LadyBird

Syukur Alhamdulillah moga rezeki kesihatan diberikan sentiasa.
Tengok kerang kutipan keluarga LadyBird tadi mengidam pula rasa nak makan.