No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 16 Januari 2015

Maranta arundinacea

 Untuk membantu memory tukang kebun apa yang dilaksanakan di kebun semalam have to make notes. Minggu ini panas terik dan kering sungguh di Kebun Bahagia Bersama sehingga nyamuk pun tak berani keluar jika pakai T-shirt lengan pendek pun masih selamat dari kena derma darah banyak. Memandangkan minggu ini tiba-tiba cuaca pula panas, jadi tukang kebun mencari makanan yang dikatakan menyejukkan badan sepertilah ubi bemban atau nama botaninya ialah Maranta arundinacea.
 Kali ini rumpunan ubi bemban yang tukang kebun gali ialah dari Petak B (Gambar No. 2). Petak B ini cuma mendapat cahaya matahari yang samar-samar kerana terletak di bawah kanopi pokok durian yang sedang membesar (related posting klik here). Kemudian persekitaran di sekelilingnya terlindung dengan pokok jambu dan asam jawa yang besar. Syukur Alhamdulillah hasilnya tersangatlah memuaskan. Kesimpulan dari trial kali ini ialah ubi bemban boleh hidup subur dan menghasilkan ubi di kawasan yang menerima cahaya matahari yang samar-samar (light shade). 

 Walaupun ianya tumbuh di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari, dalam 7 bulan sudah dapat hasilnya. Kalau penerimaan cahaya matahari yang banyak kemungkinan 5~6 bulan dah boleh mula menuai hasil kerana pertumbuhan lebih pantas. Untuk rasa ubi garut yang lebih manis dan tidak berserat elok mula tuai ubinya ketika masih muda dalam 6~7 bulan. Bila dah makin tua mula berserat rasa kemanisan ubinya akan mula berkurangan. Yang pada hari Rabu tukang kebun tuai dah tua sikit ubinya dah berserat. Yang semalam hari Khamis just nice timing tukang kebun tuai rasa manis isinya dan tidak berserat. Itu yang tukang kebun buat anggaran kalau ubi bemban tumbuh dalam light shade lebih kurang 7 bulan lepas tanam eloklah mula tuai. Gambar No. 3 di bawah adalah ubi bemban yang sedang membesar di Petak A yang menerima cahaya yang samar-samar. Jika anda nak fully utilised ruang berkebun yang ada lebih-lebih lagi kawasan kurang mendapat cahaya matahari, tukang kebun recommend ubi bemban. Syukur Alhamdulillah Trial kali ini success tak error. Kalau tak cuba-cuba kita tak tahu hasilnya kan.
  Please take note juga ubi bemban yang tukang kebun tuai semalam ditanam ketika musim kemarau tahun lepas dan bulan June adalah kalau dalam kalendar Kebun Bahagia Bersama, the driest hottest month of the year. Tak sangka begitu mudah ubi bemban ini hidup bersilih ganti musim panas dan musim hujan. Kalau ada masa pun bila musim panas kering, cuma seminggu sekali dua je tukang kebun menyiram dekat kawasan ini. Ubi bemban ini sangat sesuai untuk yang baru belajar nak berkebun. For novice gardener, please do not attempt first plant potato if you're not ready to fail. Mulalah dulu dengan yang mudah macam ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi atau ubi bemban yang memang sesuai dengan cuaca di Tanah Rendah Malaysia for the busy gardeners. 

 Balik Sabah baru-baru ini tukang kebun langsung tak nampak mana-mana petani ada menjual ubi bemban. Nasib tak fikir panjang masa pertama kali tukang kebun terserempak ubi bemban terus dapatkannya pada tahun 2013 di Tamu Donggongon. Semalam tanam beberapa ubi bemban di Petak 6.

~ Ubi bemban (Maranta arundinacea) ~
1 pot for RM7.00 .

  Sebagai catatan pada hari Selasa baru-baru ini tukang kebun tanam bibit-bibit Nanas Sarawak yang diperolehi dari Pekan Nabalu pada tahun baru 2015 (related posting klik sini) di Petak B dan Petak 6. Ada beberapa lagi stok ubi kayu di Petak B yang hanya tunggu nak dituai bila ada mood nak makan. Daun-daun kering dari pokok durian dan jambu air dibiarkan sahaja untuk proses reput jadi baja (malas pun ada juga).

Ada limited stock Rizom Halia Merah/Halia Bara in stock minggu ini available.
  Dah pukul 2 petang lebih sedang tukang kebun berehat-rehat di bawah pokok asam jawa terlihat si Turkey khusyuk duk patuk-patuk buat lubang di buah nangka yang ingatkan dah busuk isinya tak elok. Sekali tengok cantik sungguh ulas isi nangka yang si turkey keluarkan sampai si itik kejar turkey keliling pokok nangka nak minta kongsikan. Apalagi tukang kebun pun ambil kesempatan dan terus tuai buahnya dari membazir ada nak dekat separuh masih cantik isinya untuk pencuci mulut seperti gambar di bawah untuk semalam. Hasil tuaian nangka bahagian yang elok pun adalah cukup molek bilangannya untuk makan seisi keluarga. Kalau yang besar memang tak termakan kami selalunya. Kira adillah sebahagian untuk kami, sebahagian untuk PETS di belakang. Tengoklah kebun belakang balik dah jadi hutan tak sempat lagi nak buat projek potong rumput pertama for 2015 area belakang lagi. Area depan rumah baru selesai tukang kebun potong rumput Sabtu lepas.
 Bila difikir-fikir minggu ini blissful betul dengan pelbagai bentuk makanan dan minuman yang boleh dibuat dari hasil tuaian setiap hari. Ubi bemban dituai semalam pun dijadikan ubi digulai bersama daging lembu. Lebih manis rasanya ubi bemban yang muda dari ubi kentang import.
 Sarapan semalam siap ada 2 pilihan, cekodok pisang atau lepat canistel.
  Slot untuk Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama masih dibuka lagi untuk yang berminat (info selanjutnya klik sini).

10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak ingatkan ubi bemban tu tadi carrot putih. Banyak betul kakak dpt infor baru di sini.

Nangka tu kalau tak kerana itik dan turkey patuk agaknya Dee pun tak perasan ye dah masak ranum - sedapnya, nampak juicy betul:)

AMIIZAA@Mieja berkata...

TK ubi bemban tu sama ke dengan pokok bemban? tgk pokok mcm sama tapi tak pernah pon tau ada ubinya.....

SriKota Garden berkata...

Saya tak tau pun ubi bemban ingat pokok bunga, esok nak cuba gali. Harap- harap ada ubinya.

Unknown berkata...

kaknoor pun tak tau ubi bemban tu macamana,tapi rasa nya pernah dengar jugak pokok bemban dulu2,TK mmg banyak info tahniah dari kaknoor hehe..

@na berkata...

tak penah tahu ubi bemban blh dimakan...
best nyerr nangka tu...nmpk begitu manis bersari...hehehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Selalu lupa nak check nangka yang dah nak masak. Bila lupa habuan PETS punya. Kongsi rezeki.
Kebetulan malam ada tetamu datang langkah kanan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amiizaa.

Pokok bemban dan ubi bemban lain Kak. Pokok bemban tinggi merumpun.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikgu.

Kekadang ada pokok jenis daun calathea nampak macam pokok ubi bemban. Ubi dia kekadang tumbuh jauh betul dalam tanah nak kena gali dalam takut tercicir tak perasan ubinya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakNoor.

Oh pokok bemban dan ubi bemban lain tumbuhan. Pokok bemban banyak dikaitkan dengan cerita mistik. Yang itu kami tak arif hehehe. ..tau ubi bemban yang boleh dimakan je.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ana.

Ubi bemban yang masih muda manis Ana boleh ganti kentang. Nanti cubalah tanam mudah je tumbuh.