No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 8 Januari 2015

Mary Washington at KingFisher

  Petang hari Natal 2014 tidak lama setelah sampai rumah baru Big Boss di Kingfisher, Kota Kinabalu yang belum lagi sebulan pindah rumah, tukang kebun tanamkan 3 crown asparagus Mary Washington. Baru sampai pun dah tukar ke uniform tukang kebun. Rumah teres corner lot yang baru sahaja siap, waduh keras betul tanahnya dahlah penuh dengan serpihan batu-bata, tiles dan lain-lain dari bahan buangan buat rumah yang ditinggalkan oleh pemaju kawasan perumahan tersebut. Apalagi peluang keemasan untuk experiment tukang kebun buat permerhatian potensi tanam asparagus crown di tanah keras tersebut. Our own little experiment, if you never try you will never know the outcome.
  Asparagus crown Mary Washington yang nak ditanam pun dah kesemuanya mula keluarkan pucuk-pucuk dah boleh tuai dahulu terus sebelum ditanam. Memang kalau tanam dengan 'Crown' hasil tuaian yang dapat adalah super super express.  Sebagai contoh lihatlah perbezaan tanah di KingFisher yang sangat keras penuh dengan ketulan batu seperti di atas berbanding dengan tanah KBB di Sungai Buloh. Rasa nak gali 1 lubang besar untuk 1 crown asparagus sambil gembur-gembur tanah dan buang batu-batu keluarkan ada 1 baldi penuh. Rasa macam nak prepare 1 lubang pun macam ambil 30 minit. Yalah masa nak menggali pun dah lama dengan tanah yang keras berbatu besar. Memang banyak batu sampai di tepi pagar berderet batu-bata atau hasil buangan bahan buat rumah terkumpul di tepi pagar.
 Syukur Alhamdulillah tak rugi mencuba, by New Year kesemuanya Mary Washington crown dah mengeluarkan pucuk di KingFisher dengan percubaan pertama jenis tanah keras berbatu ini. Ya Mary Washington boleh mampu muncul dengan tanah sebegini. Big Boss sekarang tak nak tanam dalam pasu semuanya atas tanah sebab kadangkala akan ditinggal-tinggalkan tiada siapa yang nak siram jika duduk dalam bekas. Lagipun kebun Big Boss pun hujung minggu di Poturidong bila Tuan Tanah tak kerja balik kampung. Kadang-kadang balik ke rumah Sungai Buloh juga. Big Boss sekarang tengah sibuk menanam sebab dah ada ruang lebih banyak berbanding rumah dulu di Telipok semua kena tanam dalam pasu. To tukang kebun amazemant, Big Boss kali ini pergi shopping fruit plants mesti tanya grafting or from seeds. Big Boss nak yang from seeds sebab pokoknya lebih kuat, tak manja dan akar lebih kuat nak menjalar ke dalam tanah berbanding dengan grafting. Banyak betul stock anak-anak pokok benih Big Boss dalam bekas siap offer dekat tukang kebun. Aik tukang kebun kata kat Sungai Buloh pun dah adalah Mak, inikan benih asal dari KBB, sana pun tak cukup tangan nak alih-alihkan. Mungkin in the future yang duduk area Kota Kinabalu bolehlah dapatkan di cawangan Kebun Bahagia Bersama KingFisher (besarnya cita-cita tukang kebun ya). We done it, not impossible to grow asparagus in hard soil.
  Bila balik Kebun Bahagia Bersama utama, marilah kita lihat progress Asparagus Jersey Giant yang ditanam sebelum kami balik kampung (related posting klik sini). Di Petak C kesemuanya dah keluarkan pucuk.
  Di Petak 5 pula tinggal 1 sahaja belum muncul. Siap yang ada 1 crown tu dah keluarkan 4 pucuk Jersey Giant asparagus. Yang ini next pucuk baru keluar dah boleh nak mula tuai. Tukang kebun KBB punya style atau kaedah nak maintain kesihatan pokok asparagus ialah bila dah ada 3~4 pucuk tumbuh meninggi baru mula tuai the next asparagus shoots. Sebab penting juga nak kasi pokoknya ada batang-batang yang akan menyerap tenaga untuk ianya menghasilkan lebih banyak pucuk-pucuk baru di masa hadapan. Jadi janganlah tamak ya. Sebab pucuk yang keluar jadi pokok yang tinggi merimbun daun pun akan nanti mati semula jadi kitarannya. Pastikan ada batang pokok yang menjadi pengganti untuk menyerap tenaga memberikan tuaian akan datang lagi, kira balancing the asparagus force life-lah. Untuk tukang kebun, cara detik-detik pertumbuhan asparagus di kawasan 4 musim amat berbeza dengan di kawasan tanah rendah khatulistiwa. Disebabkan itu, yang duduk di kawasan tanah rendah ini untuk musim menuai asparagus adalah lebih lama berbanding dengan negara 4 musim jika kita tak tamak.
  Semalam tukang kebun sibuk mengemas Petak E sebab dah tenggelam semua tak nampak apa yang ada dalam kawasan ini. Alang-alang tukang kebun tanam sebaris lagi Asparagus Mary Washington Crown di Petak E kasi habiskan stok yang ada (yang lambat buat confirmation minta maaf dah habis semua tukang kebun tanam; malas nak pening kepala sebab bukan baju boleh simpan lama-lama).
 Syukur Alhamdulillah bila balik semula musim buah mulberry di Petak E dan Petak B juga sedang mula nak proses ranum buahnya.
 Limau kasturi pun sampai dah masak di atas pokok. Bolehlah buat sambal belacan untuk membuka selera makan, banyak sangat benda nak diselesaikan minggu ini. Tak sampai 2 minggu pergi pun, kebun dah jadi hutan.
 Syukur Alhamdulillah limau kapas pun tak berhenti-henti memberikan bekalan dapur. Musim cuaca tak menentu ni sekejap hujan banyak lepas tu kering kontang eloklah banyak minum air limau. Buah terung pipit pun banyak boleh dituai buat masak simple berlada dengan tempe dan ikan bilis for yesterday.
 Ohhhh tak sempat lagi nak pusing-pusing kebun tengok apa yang ada tapi masih banyak benda boleh dituai cuma tak tertuai kesuntukkan masa. Jadi Tahun Baru 2015 ini untuk first offer Pasar Online Kebun Bahagia Bersama penghantaran pada minggu depan (12th January 2015) dibuka untuk buah canistel (kuning telor) dan campur lain-lain bergantung kepada fresh harvest from the kebun. Main harvest adalah buah canistel (kuning telor). 1 pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah RM20 (sudah termasuk kos penghantaran RM13 untuk dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja).

~ Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama ~
1 pek RM20 (total berat hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia).

Self-Collect Day :

~ 10hb Januari 2015 (Sabtu) dari pukul 5:30PM ~ 6:00PM di Sungai Buloh.

~ 14hb Januari 2015 (Rabu) dari pukul 9:00PM ~ 9:30PM di Sungai Buloh.

6 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Seronoknya balik Sabah. Bestnya dpt tengok pokok2 asparagus tu dah mula mengeluarkan hasil. Tanah di kawasan rumah Julie ni pun fuh..keras bukan main. nak menyangkul pun kena buat sepenuh tenaga.InshaAllah kalo ada rezeki nak juga Julie tanam asparagus ni..:)

carlz berkata...

Dh try berkali2 tanam asparagus asyik gagal saja. Nti sy order satu tp bukan masa sekarang. Sy akan conform kn nanti.

Tanpa Nama berkata...

saya pun baru ambil asparagus petang tadi yang rajin sungguh tumbuh dimusim hujan ni.sedap enak makan hasil tanam sendiri.lagi sedap kalau goreng sendiri.


jafmy

Awin berkata...

Saya nak order pasar online canistel. 1 set

Unknown berkata...

Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Memang seronok balik Sabah especially fresh food sana memang heaven.
Kalau tanam dari crown memang cepat dapat hasil.
Itulah dekat Kingfisher tanah punyalah keras banyak hasil buangan buat rumah.
Tapi so far ada jugalah cacing-cacing jumpa bila gali tanah selagi kita tak pakai racun.

Salam Bahagia Carlz.

Kegagalan menambahkan pengalaman dan banyak dapat belajar dari situ. So try again. InsyaAllah.

Salam Bahagia Jafmy.

Ya asparagus ini rajin keluarkan tunas baru di kala musim hujan. Sangat enak bila segar dari kebun sendiri.

Salam Bahagia Awin.

Hope you have already received the goodies.
Thank You dear.

Salam Bahagia Ros Azadir.

Terima kasih sudi singgah sini.
InsyaAllah akan kami blogwalking ke sana.