No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 21 Februari 2015

Akuarium dan Muzium Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS

  Bulan March akan datang ini ada cuti pendek semester sekolah untuk mereka yang berpeluang nak cuti-cuti ke Sabah ataupun penduduk duduk di sekitar kawasan Kota Kinabalu yang tak dapat bergerak jauh or on a low budget bolehlah tukang kebun recommend bawa educational trip untuk anak-anak ke Akuarium dan Muzium Institut Penyelidikan Marin Borneo di bawah University Malaysia Sabah. Tempatnya tidaklah besar tapi banyak benda yang boleh dipelajari. Kalau ada masa terluang 1 jam lebih pun sempat nak ziarah di tempat ini yang tutup pada pukul 4 petang. Kaunter tiket dan pintu masuk tutup pukul 4 tepat. Jika sampai 3:45 petang pun masih sempat nak berlegar-legar di dalam asalkan pintu masuk tak tutup lagi. Kami pun berada di dalam sampai nak dekat pukul 5 petang. Tiket dewasa RM5. Bagus juga dapat menyumbang sedikit untuk penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan di bawah faculty ini.

   Tuan Tanah yang introduce tempat ini suruh bawa cucu-cucuNya berjalan-jalan ke sini, nanti lepas office hours ambik dekat faculty dia. Rasanya antara tactic Tuan Tanah nak pancing balik minat tukang kebun dalam dunia research. Memang rasa tertarik juga sebab antara old dream teringin kecimpung dalam dunia marine biology. Tuan Tanah balik minggu ini bila kata ada rasa interest terus minta buat CV boleh recommend. Hohoho kontrak yang terikat sekarang pun tak terlangsai lagi, salah diri sendiri juga.
 Bila tempat exhibition pertama banyak display batu-batu karang yang pelbagai species. Tak sangka pula ada banyak jenis batu karang dan kedalaman yang berbeza juga menjadi habitat jenis yang berlainan. Satu pengetahuan yang baru, pengetahuan juga sikit-sikit input lama-lama menggunung juga ilmu itu.
 Dapat juga dilihat penyu yang comel dan pelbagai jenis tapak sulaiman.
  Ingatkan mula-mula tiada orang di dalam Mini Muzium ini, rupanya boleh tahan ramai juga orang. Walaupun tempatnya mini tak delah macam Aquaria di Kuala Lumpur tetapi banyak boleh belajar di sini. Tempat ini juga rasa macam ada healing spirit untuk membawa anak-anak yang dah lama duduk dalam hospital pulihkan semangat mereka bawa ke sini dari hospital berdekatan. Tempatnya tak luas jadi takdelah memenatkan, bolehlah bawa ambil angin kejap untuk pesakit ke tempat begini. Sesuai juga bagi mereka yang dah berumur uzur.
 Lupa pula dah nama jenis udang ini yang juga mencuit perasaan tengoknya.
 Untungnya udang ini kebunnya sangatlah indah dipenuhi pelbagai jenis hidupan yang juga berwarna-warni ibarat flora di atas darat menceriakan.
 Dalam gambar bawah ni..... Siapa boleh nampak di manakah udang tadi menyorok?  Test mata sekejap.
 Sebenarnya asyik juga tengok hidupan laut macam tumbuhan dalam under the sea garden ini pelbagai warna. Mereka yang tak dapat nak snorkeling atau diving masa Cuti-Cuti di Sabah ini bolehlah tengok secara live di Akuarium dan Muzium Institute Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah.
 Jadi suka pula ambik gambar hidupan laut ni macam ambil gambar flora di atas darat.
Zoom in closer....
 Antara poster presentation yang menarik perhatian tukang kebun. Evolutionary history/biology adalah antara bidang yang tukang kebun gemari atau kalau nak cantik dalam CV minta kerja kira salah satu bidang tukang kebun specialized lah kononnya. Macam binatang seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba yang adalah mamalia sebenarnya pada zaman dulu adalah asalnya dari binatang darat jenis 'canine'. Baru-baru ini juga timbul minat dalam bidang 'Echolocation' di mana binatang-binatang mamalia dalam laut ni boleh berkomunikasi menggunakan gelombang untuk berkomunikasi walaupun jarak antara mereka beratus-ratus kilometer tak perlu nak pakai internet macam kita.
  One of the star dalam mini aquarium dan muzium ini yang menarik perhatian permata-permata hati ialah ikan-ikan kerapu. Ikan-ikan kerapu ini bukanlah jenis ikan rare tapi sebab yang kami terpegun ialah ikan-ikan kerapu di sini sangat manja.
  Macam kucing pula rasa sebab ikan-ikan kerapu ini mengekor sahaja ke mana sudut kami pergi. Adik lelaki tukang kebun yang ikut sekali pun kata ini mesti manja sebab kena diving hand-feed kasi makan selalu. Betul manja betul ikan-ikan kerapu ini, tak susah nak posing ambil gambar tak lari ada je mengekor berdiri berdekatan. Hidupan laut di sini memang boleh rasa they are very well love and taken care of. Menghiburkan hati semua orang. Patutlah ikan-ikan ni dah saiz besar, tuannya pun mesti tak selera nak tangkap dah manja macam kucing.
 Macam itulah gaya si kerapu ni mengekor pelawat-pelawat di sini kalau boleh nak duduk dekat yang mungkin. Please do not climb like the kids from Kebun Bahagia Bersama. Seronok juga main dengan ikan kerapu ni ikut je kita keliling tank ni.
  Poster system akuaponik yang juga ada untuk tatapan kalian. Dah mula kemarau ni bolehlah mula projek akuaponik semula.
 Sekarang sedang musim bunga meriah Blue Twiilight di Kebun Bahagia Bersama yang nampak seperti sekumpulan hidupan laut berenang bersama-sama di dalam laut if tukang kebun let her imagination run wild.

Info Blue Twilight (klik sini).

~ Blue Twilight ~
1 pot RM7.00 .

  Mulai hari ini akan bermula memakai setem Terumbu Karang untuk penghantaran pesanan-pesanan biji benih melalui sampul biasa selagi setemnya masih ada ikut tema posting hari ini.

5 ulasan:

Sean L berkata...

Nice corals and marine aquarium. Did you manage to visit their jetty? I heard the facilities there are good, but didn't have a chance to visit.

Unknown berkata...

cantiklah semua hidupan laut tu,teruja lama dah tak tengok aquarium besar2 macam ni, comel sang kerapu tu...

Nasa Mulia berkata...

Muzium ini dalam kampus UMS ker Diana?

Sham berkata...

Salam pkenalan...singgah sini n terus folow...

Wow nice place...kalau lepas ke sabah ni mmg kena g sini ni...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sean,

Although the place is small, its interesting very educational.
Yes did passed their jetty several times as we were playing on the beach nearby. The facilities is good where they kept their research boats. The jetty is also used by commercial cruise too. Will make a posting related to this one someday.

Salam Bahagia Kak Noor,

Memang comel-comel melayan kemanjaan si kerapu-kerapu ni. Mengekor bergerak ikut kami keliling aquarium.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Yes dear dalam UMS.

Salam Bahagia Sham.

Terima kasih sudi singgah sini.
Tak perlu nak rendam basah kuyup tengok batu karang cantik-cantik. Boleh sahaja tengok di aquarium situ :) .