No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 6 Februari 2015

Hajirai Sugata

 Badan rasa seram sejuk pun boleh terlupa sebentar kerana daya tarikan Hippeastrum Hajirai Sugata memanggil-manggil di luar sana yang sedang kembang indah. Hajirai Sugata ditanam pada hari yang sama bersebelahan dengan Devil Smile yang juga musim kembangnya hampir sama. Cuma alangkah bahagianya bila lihat bawang Hajirai Sugata bukan menghasilkan hanya 1 tangkai musim bunganya kali ini tapi 2 tangkai bunga yang menonjolkan diri.
  Hajirai Sugata adalah jenis Hippeastrum yang biasanya pada 1 tangkai bunganya akan menghasilkan 4 kudupan bunga. Bayangkanlah kalau 2 tangkai yang keluar, maka jumlah 8 bunga akan mekar satu persatu.
  Saiz bunga Hajirai Sugata juga adalah besar dengan anggaran diameter bunganya 15cm. Warna bunganya adalah putih dengan ada blushing rose pink.
 Centre heart bunganya berwarna hijau apple dan stamen berwarna putih suci.
  Bahagia menatap si Hajirai Sugata ni. Tak sangka timing bunganya mekar sama dengan bunga balsam white multi-layer purple splash di belakangnya juga sedang mekar bahagia. Nampak gadingan menarik pula hippeastrum dengan balsam tumbuh bersama-sama.
  Sekarang pun musim peak balsam white multi-layer purple splash di Kebun Bahagia Bersama begitu pemurah tak putus-putus berbunga.

~ White Multi-Layer Purple Splash Balsam (Impatiens balsamina) ~
Anggaran 20 biji benih RM3.00 .
 Hujung minggu ini Gardeners lain dah plan nak buat apa turun di kebun?

11 ulasan:

Unknown berkata...

cantik hajirai sugata tu, best nya bila kaknoor selalu kesini dpt kenal nama2 bunga yg diana letakkan disini, sbb kaknoor mmg tak tau langsung nama2 bunga ni...

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams diana
cantiknya.....tk berkelip tgk:)

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa dlm minggu ni kakak tak terjumpa blog Dee tau. Kakak punya blog ni buka dashboard tak keluar list itu yg jadi masalah, so cuma komen mana yg drop komen di blog kakak aje

Masuk sini baru nampak banyak N3 baru yg kakak belum baca..

Best dah baca satu-satu bagi cuci mata. Ada yg buat kakak tempting kalau rebus tu sedapnya..

Sorrylah terpanjang sikit - rangkum komen jadi satu hihi...

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Diana,
Harini xsabar Dah nak order benih dr akak.buleh x email listing available benih.kalau ikutkan sy dh ada senarai tp takut akak pening..so dr listing tu blhla pilih yg kena priority yg nk tnm dlu.yg penting kcg tnh dr Sabah nak juga.batik ka, taradong ka pun buleh.sbb nk trus tnm kt lmn dpur yg Dah dibersihkan takut lmbt2..nt tuai rumput n lalang je.Kak email saya
eznyza@gmail.com.terima kasih
Nyza sg petani

Bunda_nora berkata...

Salam...
Cantik yg putih tu...macam lily...selain roses bunda suka lily..

Satu tangkai 4 bunga...dah cukup meriah...mesti cantik kan..

suka suka berkata...

kecantikannya memang meruntun hati... sangat-sangat jatuh hati..

gina marna berkata...

subhanallah cantiknye..namanye pun cntik :). i is jeles...hihi jeles yg positif gtu.

Normala Saad berkata...

Memang cantik sangat lili ni...putihnya begitu menawan...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakNoor,

Tengah di awan-awangan seronok tengok amaryllis berbunga-bunga satu persatu di kebun ni.

Salam Bahagia Kak Amiizaa,

Lupa demam seketika hehehe....

Salam Bahagia KakZakie,

Minta maaf Kakzakie kebelakangan ni tukang kebun sibuk benor di kebun tak sempat nak blogwalking ziarah -menziarah walaupun teramat rindu.
Tiap hari menguyah kerepek ubi kayu selagi ada.

Salam Bahagia Nyza,

Sudah email latest catalogue kepada Nyza.
Tanamlah yang simple dimple dulu dah alang-alang bapak dah tolong kemaskan.

Salam Bahagia Bunda,

Samalah kita suka pokok lily.

Salam Bahagia Kak Mar,

Cair-cair bila tengok ni hehehe...

Salam Bahagia Gina,

Syok tengoknya tiap-tiap hari dari jauh boleh nampak hehehe....

Salam Bahagia Kak Mala.

Suka ada blushing blushing pink.

Yin Hasni berkata...

Hajirai sugata ni benihnya ada stok tak? Mmg tgh cr yg warna putih.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Yin Hasni,

Hajirai Sugata tiada stock sekarang.