No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 18 Februari 2015

Kebun Getah atau Rumah untuk disewa di Sook Sabah

  Hari ini nak selitkan iklan dari Big Boss untuk sesiapa yang mencari rumah sewa di daerah kecil Sook yang tidak juah daripada Keningau, Sabah. Rumah sewa seperti gambar di atas yang selesai dibina pada tahun 2007 atas tanah milik Big Boss keluasan lebih dari 10 ekar (tak ingat exact berapa luas tapi rasanya memang lebih dari 10 ekar). Rumah sewa ini yang diperbuat dari batu tidak jauh dari Pekan Sook dengan hanya berjalan kaki lebih kurang 20 minit boleh sampai. Dengan kereta 5~10minit boleh sampai. Sangat ada privacy dan sesiapa rajin boleh berkebun sayur di keliling rumah. Dengar khabarnya cikgu-cikgu yang mengajar di daerah kecil ini susah nak dapatkan rumah sewa. Syarat nak kena jaga rumah baik-baik sebab asalnya rumah ini untuk tempat persinggahan bila kami anak-beranak turun ke kawasan ini.

 Yang rajin overtime mencari rezeki, bolehlah juga menyewa kebun getah Big Boss bersebelahan rumah ini. Masa kali terakhir tukang kebun melawat tanah Sook Big Boss ni masih baby baby lagi pokok getahnya jadi takdelah nampak dalam gambar. Ilhan pun baru nak masuk 6 bulan umurnya. Sekarang ni pokok-pokok getahnya sudah matang boleh untuk ditoreh. Keluasan kebun getah ni tukang kebun tak berapa pasti kena re-confirm semula jika ada yang berminat. Seingat-ingatnya ada aliran sungai kecil dalam kebun Big Boss ni dan berdekatan juga dengan Sungai besar. Tapi rasanya sungai besar di situ macam tak boleh mandi habis tercemar lumpur akibat pembalakan yang dijalankan di kawasan hutan berhampiran.

 Rumah untuk disewa di Pekan Sook ini diperbuat daripada batu bata ada 1 bilik, 1 tandas dan dapur. Lantai di dalam rumah pada kawasan bilik sudah ditutupi dengan jubin tiles. Contoh gambar bilik macam gambar No.2 ini. Sorry ada 2 keping gambar ini je kenangan pergi ke Sook tahun 2007 dahulu. Itupun pinjam kereta Uncle Michael nak ke sini dengan break kereta tak berapa makan. Ilhan dan Rayyan bila dah besar wahai anak-anak cuti-cuti sekolah nak pocket money pergilah rajin-rajin toreh getah di kebun Nenak ya. Sesiapa yang berminat samaada nak sewa rumah atau menyewa Kebun Getah bolehlah hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

  Semalam tergesa-gesa dapatlah juga masukkan dalam bakul tuaian seperti kapas, kacang panjang renek, limau kapas, pucuk mulberry dan edamame Otokuyo. Edamame Otokuyo ini cuma testing testing sumbat benihnya direct-sowing ke dalam tanam bersebelahan sebelum balik ke Sabah hujung tahun lalu bersama dengan Giant Jersey Asparagus Crown di Petak 5 (related posting klik sini). Tukang kebun tak tanam banyak sebab testing lagipun dah nak bercuti-cuti Malaysia about 2 weeks jadi ikut nasib cuaca pada masa itu. Seronok juga bila balik dari bercuti ada pokok-pokok edamame dah tumbuh di petak 5 tanpa kehadiran tukang kebunnya dah lebih 20cm pun tinggi. So kiranya jenis Otokuyou ini yang hidup tanpa belaian, dari direct-sowing sehingga dah mula dituai muda untuk direbus ambil masa 3 bulan untuk batch pertama buahnya untuk musim kali ini. Yang lain tengah bergayutan membesar di pokoknya. Ruginya tak tanam banyak-banyak ketika itu dah tukang kebunnya ambil cuti lama.

 Jenis Edamame Otokuyou dah habis stok. Tapi ada lagi jenis-jenis edamame lain boleh lihat di laman ini (klik sini) sementara stok masih ada.

 Sekarang bulan ini di Kebun Awin di Petak Hijau sedang projek menanam Edamame Bimihosan. Tukang kebun ada kasi homework dekat Awin untuk projek Edamame...How its going Awin? Bolehlah ajak Awin pecah kesunyian untuk posting blog February lama tak nampak bayang hehehe.....bergurau je Awin.

Selamat Tahun Baru Cina.

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bestnya duduk rumah yg kelilingnya luas dgn tanah macam ini. Kalau nak bina pergola pun banyak tempat. Nak tanam apa pun tak ada masalah macam ni Diana. Kalau kakak dpt kawasan macam ini agaknya lebih banyak masa berada di luar rumah dari dalam rumah.

Kapas pun ada hasil. Salute betullah kakak dgn Dee ni tau.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Betul kalau laman luas memang duduk di luar lebih banyak berbanding dengan duduk dalam rumah.
Tengah seronok kumpul kapas nak buat set bantal untuk baby, kapas organic selamat untuk baby rasa puas hati.

Unknown berkata...

Mahu sewa

Unknown berkata...

Boleh mnta nbr hp ka