No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 12 Februari 2015

Tips Bagi BerBunga Bawang Berlian

   Bawang berlian yang bentuknya seakan bawang merah amat sukar didapati di Semenanjung Malaysia tak pernah lagi tukang kebun terserempak dengan bawang berlian bila ke pasar tempatan. Tetapi di Borneo ianya adalah sesuatu yang bukan janggal dilihat bagi mereka yang rajin turun to the local pasar like tamu dan bukan asyik shopping groceries di pasaraya (supermarket). Bawang berlian juga menghasilkan bunga putih yang sangat comel dan hari ini tukang kebun ambil sedikit masa untuk bagi tips bagi gardeners yang teringin nak tengok dengan mata sendiri bunga bawang berlian ini.
 Tak susah sebenarnya seperti pokok-pokok bawang jenis yang lain, bila bawangnya dalam keadaan stress ianya akan teruja nak berbunga. Biasanya bagi tukang kebun, bawang-bawang berlian yang telah dituai dibiarkan di dalam dapur makin lama makin kering dengan semula jadinya. Bila dah nampak macam hampir kering, baru ditanam semula. Biasanya tukang kebun tanam semula selepas 3 minggu duduk tersadai di dapur jika tangan tak cukup ada priority lain urgent. InsyaAllah jika ada rezeki nanti mulalah keluar bunganya bagi bawang yang bersaiz matang setelah ditanam beberapa minggu kemudian. Ada sumber yang mengatakan bawang yang dah boleh menghasilkan bunga adalah paling elok mujarab atau orang putih kata 'potent' untuk dibuat penawar atau lebih banyak khasiat. Tak susah nak tanam bawangnya cuma timbus dengan tanah nampak ada hujung-hujung bawangnya di atas dah selesai. Pokok bawang berlian ni pun tak perlu siram selalu antara salah satu sebab tukang kebun rajin tanam. Kalau bawang berlian dah jadi kering pun don't worry masih boleh direbus bawangnya untuk diminum air rebusan buat ubat.
 Ada bunga biasanya kembang waktu pagi tengahari dah layu kan. Bunga bawang berlian ini unik sikit sanggup tunggu tuannya balik dari kerja senja untuk berbunga. Ya bunga bawang berlian kembang di sebelah petang bila nak hampir senja bukan pada awal pagi feels like welcoming you back home sweet home.

 Untuk info manfaat dan khasiat bawang berlian ini boleh juga refer ke posting sebelum ini (klik sini). 

 Hari ini tukang kebun nak kongsi manfaat power of bawang berlian for the ladies. Cuma orang mengandung atau nak dapat anak tak sesuai boleh mengakibatkan keguguran. Tapi yang baru keguguran anak atau lepas bersalin bagus sebab bawang berlian tolong cucikan rahim. Salah satu herba yang bagus untuk orang berpantang. Jadi yang nak ada stok tersendiri bawang berlian di rumah pastikan tanam 8 bulan sebelum bersalin. Sebab pokok berbawang ni ambil lebih masa untuk matang. Ia juga dapat mencegah atau mengurangkan masalah keputihan wanita. Wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur atau gangguan nifas mungkin dapat dibantu oleh bawang berlian. Ada sumber yang mengatakan ada pesakit barah buah dada cuba ikhtiar mengamalkan air rebusan bawang berlian dan mendapati benjolan makin menyusut (yang ini tukang kebun tak pasti berapa sahihnya atau keselamatannya tapi boleh faham perasan ramai pesakit breast cancer akan berusaha berikhtiar, ikhtiar itu penting).

 Salah satu cara amalan bagi yang berusaha nak mengurangkan penyakit ialah ambil 5~6 bawang berlian hiris halus-halus (dah cuci bersih-bersih), rebus dengan 2 gelas air sampai airnya tinggal setengah sahaja untuk diminum.

~ Bawang Berlian 1 pot RM7.00 (kebunkmg@gmail.com).

 Minggu ini macam tema bunga warna putih pula lebih kerap.
  Bulan ini ramai nak stok bawang berlian untuk berubat dari Kebun Bahagia Bersama. Kesian stok tukang kebun sobsobsob termenung sekejap sebelum gali keluar. Jangan pupus sudah. Dah dikatakan buat berubat sukar juga nak tolak permintaan. Nasiblah dapat makan fig dari pokok Sean bela ni yang provide dah beberapa biji sejak fruiting season dia kasi tenang hati. 


  Ada segilinter asyik tanya kenapalah dengan sijil-sijil yang ada tapi tukang kebun ni tak kerja? Tak kerja ke tukang kebun sitting house ni. Teguran bila dah lama tak jumpa, kenapalah tukang kebun ni makin gelap. Well everyday duduk berjemur buat kerja dekat luar banyak. Still tak consider itu kerja? Macam mana tu ya...after I became a tukang kebun, I think I provide better fresh organic food on the table everyday right? Siapalah nak provide food kita kalau bukan mereka yang digelar tukang kebun ni kan. Tukang kebun pun jadi confius definasi bekerja ni...salah satu sebab kita kerja to earn money to put food on the table right. Tukang kebun ni tak masuk dalam kategori pekerjaan kut. My 7 years old innocent child lagi cerdik nak isi borang biodata di sekolah, Pekerjaan bapa : pekerja kilang, Pekerjaan ibu: tukang kebun. Bak kata husband ada kawannya di sekolah dulu pekerjaan bapanya nelayan. Tapi sebabkan bapanya kerja nelayan maka sekolah kasi bantuan macam-macam. Memang bapa kawannya seorang nelayan kawannya tak tipu pun, tapi nelayan yang dah ada 7 bot besar berenjin.....hehehe....definasi jenis pekerjaan itu berbeza-beza ikut individual kan.

 Jadi surirumah di luar sana janganlah anda rasa rendah diri, apabila anda petik hasil berbudi di tanah di kebun anda, you're putting food on the table. You're also a working mother.

12 ulasan:

Kakzakie berkata...

Good idea. Mana tahu dek anak letak pekerjaan sebagai tukang kebun dpt bantuan haha... hebat tak hebat org berduit dpt bantuan. Sebab mana ada borang tanya ibu-bapa kelulusan apa?
Kalau tanya income most probably kecundang juga nak dpt bantuan hihi..

Kakak terpikat dgn pokok bawang berlian tu. Jujur ini pun kakak tak pernah jumpa.

AMIIZAA berkata...

salams diana

kalau akak diberi peluang mcm diana akak juga akan memilih bidang tukang kebun, lagi tenang dan yg penting dapat menanam mcm2 pokok :)

aizamia3 berkata...

eemm.. balik nanti nak cuba tanya pada dak Adik, kat sekolah ada tak cikgu tanya pekerjaan ibu dan abah.. ;) hehehe..

Normala Saad berkata...

Diana..kak salute Diana yang mahu bekerja sebagai full time tukang kebun..kalau boleh sekarang nak tukar tempat dengan Diana..Siang malam kak impikan ..jadi full time housewife...dengan masa yang sentiasa mencukupi..bangun pagi buat sarapan..tengok kebun2ku, bunga2ku dengan tenang..masak2...makan2...jalan2...tanpa tekanan dan rushing...mmmm..berangan ja kan...

Nooriah Abdullah berkata...

pokok bawang berlian ni dulu kak noor ada tanam tapi sbb tak tau apa khasiatnya di buang je, aduh sayang lah kalau kenal diana lebih awal mesti tak terbuang pokok tu..

imm hassan berkata...

owwhhhh bawan berlian ke nama dia? haritu pergi melawat sepupu yang baru bersalin, adalah pokok ni kat rumah dia..bila ditanya pokok apa, dia sendiri pun x tahu namanya. kawan pejabat bagi untuk rebus minum masa pantang, dia terima je lah..hii gitu ceritanya..

(tiba2 excited nak telefon sepupu bgtau yang kita dah tahu nama pokoknya hahaha)

gina marna berkata...

U did what u are good at.
Hehe speaking dop starang...sy jeles dgn tkg kebun yg tgn sejuk..hrp tgn sy pun menjadi :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Zakie,

Hehehe Diana tak suruh pun anak sulong tu letak pekerjaan ibu sebagai 'Tukang Kebun' dia yang tulis sendiri. Sebab selalu tengok bila mama menulis posting pakai title ' Tukang Kebun ' so naturally dia assume mama dia memang berjawatan Head Gardener hehehe...pemikiran budak yang masih mentah tak de rasa segan silu kalau parents bukan jawatan tinggi. Masih tidak pandai menilai diterima dengan syukur yang seadanya.

Betul tu BRIM pun tak lepas.

Tapi kami kagum juga sekolah kebangsaan dan agama tak perlu kami keluarkan belanja beli buku teks semua diberinya pinjaman walaupun tidak diminta. Cuma tinggal beli buku latihan dan peralatan menulis.

Masa anak pertama masuk Tadika Kemas di kampung ni pun bagus cikgunya pandai buat budget sehinggakan semua anak murid boleh dapat kasut sekolah, beg sekolah dan pelbagai lagi membantu mengurangkan beban ibubapa yang kurang berkemampuan.

Salam Bahagia Kak Amiizaa,

Betul tu kak tenang kepala ni berkebun cuma kena tahan panas terik masa musim kemarau ni hehehe...pastu tak de boss asyik nak kejar kita kihkihkih...bila dah jawatan tinggi pun masih ada atas dari kita nak tunjuk result bagi jawapan juga.

Kekadang lucu juga bila ada sedara mara yang lama tak jumpa tanya pergi travelling ke baru-baru ini dok 'tan' pula.

Salam Bahagia Aizamia3,

Jarang juga dah bertanya pekerjaan ibubapa ni sebab kekadang tengok di sijil kelahiran. Cuma bila musim update tengok ada pertukaran atau tidak hehehe...

Salam Bahagia Kak Mala,

Kalau ada anak-anak kecik ni pun kelamkabut lagi Kak Mala masih banyak kerja-kerja part-time nak kena dibuat sebelum mereka pandai berdikari. Lagi-lagi bila masih full time driver diorang ni nak kena hantar ambik dari sekolah dan aktivity luaran.
Lepas tu nak kena jadi cikgu sambilan lagi mengajar supaya tak ketinggalan di sekolah kalau masa malam dan cuti sekolah.
Hehehe...belum lagi full time gardener ni Kak Mala, masih part-time mencari-cari masa je nak selit berkebun ni.
Masa rasa tak cukup lagi ni Kak Mala asyik rushing tengok jam je hehehe...

Salam Bahagia Kak Noor,

Don't worry boleh cuba tanam semula :) .

Salam Bahagia Imm,

Buat sup dengan ayam ke bebola daging pun boleh buat makan bersama daripada minum air rebusan sahaja.

Salam Bahagia Gina,

Tengah kemarau sini abis kering-kontang dekat luar tu tak terdaya nak siram semua dear. Masa pun agak limited sekarang.

Akira Akish berkata...

Ade jual anak pokok fiq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Akira Akish,

Anak pokok fig kami tak bekalkan.

Tanpa Nama berkata...

Assalam...sis diana ada stok bawang berlian/ bawang dayak x? Nk beli dlm kuantiti byk...wassap 0142611159 tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Sudah kami pos laju pesanannya semalam dan email tracking no.

Terima kasih banyak-banyak di atas pesanan.