No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 10 Mac 2015

Anak pokok tarap

 Buah tarap adalah buah nadir negara kita tetapi lebih terkenal di kawasan Borneo berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Bila buahnya ranum pun macam cempedak atau nangka ada baunya tersendiri. Tapi takdelah bergetah sangat isinya, bila masak elok mudah dikeluarkan seulas-ulas. Kanak=kanak pun mudah nak keluarkan sendiri ulas isi buahnya. Sehari sebelum balik ke Sungai Buloh, Big Boss ada beli buah tarap di Tuaran berebut=rebut kami sekeluarga makan isi manis tarap malam itu di Kampung Poturidong Lama. Abby yang pertama kali makan buah tarap pun turut serta berebut-rebut makan isi buah tarap. Biji-bijinya Big Boss dah suruh tukang kebun tanam di Sungai Buloh. Syukur Alhamdulillah tukang kebun berjaya cambahkan biji-bijinya dengan baik.

~ Anak pokok buah Tarap (D.O.B January 2015) ~
1 bekas RM15.00 .
 Cuti sekolah bulan Disember lepas, Ilhan duduk bersama Neneknya (Big Boss) di Kingfisher Sabah yang baru sahaja pindah ke sana. Semasa duduk dengan nenek, Ilhan banyak menolong neneknya berkebun di tanah yang sangat berketul-ketul keras seperti gambar di bawah. Salah satu projek menyemai biji benih yang nenek beri kepada Ilhan yang baru nak masuk darjah 2 ialah menyemai biji benih kundur. Masa tukang kebun ke sana biji-biji benih kundur bercambah dengan baik cuma nenek Ilhan membebel-bebel Ilhan nak kerja cepat rupa-rupanya satu tempat banyak sungguh direct-sowing biji benih disemai (nak express masuk rumah). Kantoi bila biji-biji benih tersebut bercambah dah merimbun satu-satu tempat anak-anak pokok. Hujung bulan lepas, inilah hasil tangan pokok-pokok kundur yang Ilhan tanam di kebun mini Nenek Ilhan di KingFisher.
 Siap dah ada buah yang besar bergayutan. Boleh tahan juga tangan si Ilhan berkebun ni. Tukang kebun perhatikan di background gambar biji-biji benih jagung pulut juga naik cantik di kebun Big Bos.
 Mingggu lepas semasa tukang kebun mengemaskan Petak 4, ada menyemai biji-biji benih kacang tanah bersebelahan sangkar No. 4. Minggu ini sudah kelihatan biji-biji benihnya sudah bercambah. Moga sempatlah dapat hasil untuk dibuat kuah kacang masa musim Raya Aidilfitri nanti. Gardeners yang nak buat kuah kacang dari hasil kebun sendiri eloklah tanam biji-biji benih kacang tanah bulan ini. Cuaca minggu ini pun sangat baik di kawasan Lembah Klang untuk menyemai benih kacang tanah direct-sowing di batas terus tak perlu nak proses pindah-memindah. Tukang kebun kalau tanam kacang tanah biasanya tanam terus di batas selepas dah gembur-gemburkan tanahnya. 
 Hujung minggu ini pun cuti sekolah dah bermula, bolehlah buat projek berkebun kacang tanah dengan anak-anak, biji-biji benihnya pun saiz besar mudah budak-budak nak handle. Kacang-kacang tanah yang tukang kebun tanam bulan January lalu di Petak 3 pun sudah menghasilkan bunga hujung bulan lepas. Bunga kacang tanah pun mirip dengan bunga pinto peanut.
 Semoga bulan depan dapatlah juga kami makan kacang tanah segar rebus. Tukang kebun selalu masalah bila tanam kacang-kacang tanah ialah selalu tak cukup masa nak tolong dia dari free of weeds yang nak membesar bersama-sama juga.

Ada 2 jenis kacang tanah dalam stok tukang kebun sekarang sama batch dengan yang tukang kebun semai di Petak 4.

~ Kacang Tanah Pulut (Info Klik Sini)~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Kacang Tanah Taragang (Info Klik Sini) ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

10 ulasan:

Unknown berkata...

wah ada tarap lah, anak2 kaknoor suka snagat tarap ni tapi kaknoor suka yg muda utk buat sayur sbb kalau dah masak tu agak wngi tu sikit2 tu ok lah

imm berkata...

x kenal buah tarap..nampak gambar macam cempedak je huhu

@na berkata...

pertama kali dgr buah tarap ni,cantik isinya putih melepak...
ni seronok masuk kebun KBB macam2 jenis pokok ada..

Normala Saad berkata...

kalau lah kak ada tanah sebidang mau nak beli semua pokok nadir kat kebun Diana..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor,

Tukang kebun belum lagi cuba yang muda buat sayur. Macam nangka muda ke Kak Noor.
Isi Tarap ini digoreng macam cempedak goreng pun tak berhenti-henti makan.

Salam Bahagia Imm,

Hehehe...macam cempedak isi putih ya Imm.

Salam Bahagia @na,

Itulah yang tukang kebun tanam sendiri pun masih menanti-nanti nak berbuah. Tapi buah ni laku betul di Sabah. Harga boleh tahan kalau di luar musim.

Salam Bahagia Kak Mala.

Mungkin boleh cuba-cuba tanam depan padang tapi kena letak pagar supaya che kam tak makan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, klu ada rezeki, mcm2 pokok sy nk tnm.senang klu nk mkn, tggu kait kat pokok.pastu tjamin kbersihan n kesihatan.seronok tgk posting Dr Kak Diana..mcm2 info PSL pokok.siap ada bgtau cara2 nk mkn hasil tnmn..air asam soda yg buat air liur kecur.Pastu tarap grg celup tepung.kudup lili buat stir fry.Pastu nam2 asam boi...INI klu blm posa xtaula..meleleh air liur..hihi
-nyza SG petani
*adoi..lupa pula nk letak nama komen kat double centinial TD

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nyza,

Sekejap je lagi nak datang posa kan. Cepat betul rasa bila banyak activity di luar.
InsyaAllah bila bulan posa tahun ini banyak hasil di kebun Nyza sampai tak perlu ke bazaar Ramadhan.

azira_73@yahoo.com berkata...

Bestnya kalau dpt bkebun mcm Diana.. Hai Nyza Sg Petani..jom la kita berkebun

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Azira.

Apa khabar?
Lama tak dengar berita. Moga semua sihat belaka.
Rupanya Kak Azira yang perkenalkan Nyza dekat Kebun Bahagia Bersama ya.
Marilah kita sama-sama hijaukan bumi ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ada lagi ke anak pokok tarap ni? Dah lama saya mencari kat Semenanjung tapi tak jumpa.

- rsuzanna-