No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 14 Mac 2015

Double Centennial

 Tak sangka si Double Centennial jenis bunga daylily yang berwarna merah dan kelopak berlapis dua ini kembang dahulu semalam. Rizomnya awal bulan January selepas tukang kebun balik dari Sabah baru ditanam terus ke tanah.
  Bila nampak tangkai bunga dah menunjukkan diri sedikit demi sedikit dari celah daun berdebar-debar hati tukang kebun.
 Pada mulanya tak pasti jenis yang mana satu. Minggu ini pula hujan bagaikan ribut kerap sebelah petang banyak pokok-pokok macam terpenyek rebah ke bumi. Walaupun daylily pun rendah nampak macam terhempap pokoknya ditimpa hujan. Sampai beberapa bud bunga pun terpatah dari tangkainya. Nasib baik ada rezeki juga sampai nampak bunganya mekar di depan mata. Kalau siapa yang mengidam sangat, boleh juga petik kudup bunga yang belum kembang di bawah untuk digoreng buat sayur.
 Bahagia si hati tukang kebun tengok daylily ini mekar tersengih-sengih satu orang dalam kebun.
  Rizom yang tukang kebun tanam ini yang paling kecil, InsyaAllah gardeners lain yang sudah tumbuh double centennial hujung lepas juga dapat melihatnya mekar. Kebun Gardeners mana yang daylily Double Centennialnya sudah mekar?

 Stok daylily yang dah tumbuh dalam bekas hanya ada jenis Fanciful Finery, Mask Ball dan Siloam David KorchKiff 1 pot each untuk gardeners yang berminat menambah koleksi.

7 ulasan:

imm hassan berkata...

masyaAllah cantiknya bunga ni kak diana.. imm ada dua jenis pokok lily ni..tp dua2 belum nak keluar bunga..hihi..
(btw imm x tahu lah apa nama dua2 nya, so imm panggil bunga lily merah n pink je hahaha..doakan dorang berbunga nnt boleh snap tunjuk ke akak, tolong bgtau id dorang haha)

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Diana,
Sebenarnya sy pun tersengih2 pg td siram pokok, nmpk ada mcm tgkai bunga dicelah2 daun fanciful finery yg dibeli Dr Kak Diana..pdhal rumpun nya masih pendek..isyh...xsbr2nya nk tggu dia bbunga.Dan sharusnya kena thn keinginan memetik bud nya utk dgoreng SBB nk tgk mcmn rupanya bunga tu dpn mata.hihi..skrg ni bkn sy je excited, husband yg tiba2 rajin siram pokok pun dok Tnya, agak2 bila pokok kcg tnh Sabah tu blh dimkn..nmpk gaya dia pun Dah mula minat amek tau psl pokok yg sy tnm.

Julie M berkata...

Assalamualikum Kak Diana,
cantiknya bunga bawang ni :)

SriKota Garden berkata...

Cantiknya

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm.

InsyaAllah akan berbunga nanti.

Salam Bahagia Nyza,

Cepat juga ya Daylily fanciful finery itu tunjukkan tangkai baru berpindah kebun. Mungkin cuaca di sana mengujakan ianya nak berbunga.

Kacang tanah nak kena tunggu berbunga dulu keluar nodes yang akan terbenam dalam tanah menghasilkan kekacang. Moga nak dekat raya adalah hasilnya.

Salam Bahagia Julie.

Julie punya dah berbunga ke?

Salam Bahagia Cikgu SriKota Garden.

Buat tukang kebun tersengih-sengih.

Hani berkata...

Salam Kak Diana,

Masih ada stok x daylily ni?atau mana² jenis yang ada..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hani,

Dah habis stok daylily.