No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 27 Mac 2015

Home-Made Frozen Sengkuang Popiah Stock

  Hari Rabu lepas sambil mengemas Petak 1, tukang kebun tengok ada beberapa pokok sengkuang yang dah macam habis riwayat disemai biji benihnya macam sekitar bulan November ~ Disember tahun lepas rasa-rasanya. Masa bulan lepas ada kemarau seketika kerana malas menyiram, pokok-pokok sengkuang di situ sudah tidak kelihatan beberapa subur tapi dibiarkan sahaja oleh tukang kebun kerana tak cukup tenaga dan masa. Biasanya tanaman sengkuang di belakang kebun selalu diabaikan. Sengkuang kalau terlampau nampak subur pun bahaya juga ia jadi malas nak berubi, mulalah ia seronok nak merimbun hijau dan berbunga-bunga. Ingatkan tiadalah ubinya dengan usianya baru linkungan 4 bulan dan pokoknya seperti segan nak hidup tak merimbun. Terkejutlah juga bila tengok nasib digali tangkai-tangkai pokok sengkuang yang dah nampak habis riwayat ada pula rezeki ubinya walaupun baru 4 bulan rasa puas hati dengan saiz seusia muda begitu. Sengkuang adalah tumbuhan yang bukan gila baja ya untuk mendapatkan hasil ubi dengan cepat.
  Kerana selalu dibiarkan Petak C dalam semak kadangkala tukang kebun tak perasan ada Asparagus Jersey Giant yang boleh dituai. Bulan ini dah mengemas sikit bolehlah nampak pucuk-pucuk baru yang keluar dari tanah untuk dituai. Perbezaaan Jersey Giant dan Mary Washington adalah tips spearnya di mana Jersey ada kemerah-merahan manakala Mary berwarna keputih-putihan tips spearnya.
  Hari keesokkannya Syukur Alhamdulillah ada team members Kebun Bahagia Bersama mempunyai semangat nak buat Home-Made stock frozen popiah sengkuang dengan hasil tuaian dari kebun. Tukang kebun jadi pemerhati sahaja. Bagus juga ini memberikan idea masa bulan puasa akan datang pun boleh buat frozen stock lagi untuk berbuka puasa dan juadah ketika masa raya. Save budget dan save masa tak kelam-kabut. Bulan ini pun ada sudah beberapa lokasi tukang kebun semai biji-biji benih sengkuang yang dah lepas sorting yang reject punya juga bercambah dengan baik.
  Bulan ini Kebun Bahagia Bersama ada tuai batch baru fresh sengkuang seeds available. 

~ Approximately 15 fresh sengkuang seeds 1 packet RM3.00 ~

Bulk seeds on offer for March 2015 only : 100 sengkuang seeds for RM10.00 .

4 ulasan:

Kakzakie berkata...

Semua yg ditanam menjadi. tak jaga pun hasilnya memuaskan. Sampai boleh buat frozen popia lagi. Untung!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kakzakie.

Bukan semua ditanam menjadi. Tapi sengkuang ni memang tumbuhan mudah hidup dengan cuaca kita. Serangan serangga pun hampir tiada. Untuk yang baru dalam dunia gardening sesuai cuba tapi nak kena bersabar beberapa bulan sebelum gali hasil.

Juliana berkata...

Diana, berapa bulan ye utk masa yang diambil bagi dapatkan sengkuang yang boleh dimakan kalau tanam sendiri?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Juliana.

Tengok keadaan pertumbuhannya macam jenis tanah, cahaya dan air juga.
Kalau requirement mantap dalam 4~6 bulan pun dah berisi.