No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 Mac 2015

Katak Puru Asam Boi

  Semalam lepas hantar Ilhan ke sekolah kebangsaan, tukang kebun buat projek Katak Puru Asam Boi untuk Abby. Tak disangkakan Abby yang sweet tooth ni suka pula Katak Puru Asam Boi, yang batch sebelumnya Abby yang perabiskan. Katak Puru Asam Boi nak kena perap lama sikit baru kick.
   Penghujung bulan March ini kembali semula musim Katak Puru. Tahun lepas sebab kemarau banyak tak berapa melekat buahnya walaupun pokoknya berbunga. Syukur Alhamdulillah tahun ini seperti revenge lebat buahnya kali ini. Pokok katak puru ini tak tinggi pokoknya mudah je nak petik buah-buah yang tumbuh di dahan.

~ Anak pokok katak puru 1 pot RM10.00 ~

  Awal pagi tengok sinki dapur banyak Kak Miz tuai buah katak puru untuk si Abby. Faham sangat dah mama Abby kekadang lupa nak pergi jenguk tengok ada buah katak puru yang masak atau tidak. Bagi hint buat Katak Puru Assam Boi untuk si Abby lah ni dah selesai dihiris-hiris bila kembali dari hantar Ilhan ke sekolah.
  Malam sebelumnya hujan lebat sungguh tapi siang keesokkan harinya rasa panas pula tak larat nak habiskan masa di luar lama-lama. Jadi capai-capai jelah apa yang ada dari kebun seperti pucuk dan buah mulberry, jambu air, kapas, kacang kelisa dan roselle. Ada juga Mary Washington asparagus yang boleh dikorek keluar.
Reward gardeners lain berbudi pada tanah hujung minggu ini apa?

5 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

baru tau ada nama buah katak puru ke diana?? apa rasa dia tu masak ke? tapi mmg bentuk dia sebijik cam katak puru kan

Suzie berkata...

sedapnya buah katak puru ...saya kadang makan cicah garam je...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor,

Kekadang orang panggil buah nam nam.
Rasa masam manis bila masak.

Salam Bahagia Suzie.

Rasa masam-masam dia lain dari buah pelam kan.

Carlz Jafran berkata...

masih ada stok tak anak benih katak puru?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz.

Yang ini ada stock.