No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 12 Mac 2015

Mangga Asam Boi Pertama KaliNya

 Hari ini sambung lagi diary Kebun Bahagia Bersama pada hujung minggu lepas untuk hari Ahad pula. Selepas spot check makan minum PETS AVIAN, masuk sarapan kemudian dearest hubby tolong tuaikan mangga telur batch pertama yang tak tertuai pada hari Sabtu. Kemudian sambung projek memotong rumput di belakang sebelum tinggi sangat macam dulu. Kali terakhir potong rumput di kawasan ini adalah bulan January lepas. Seperti biasa our loyal turkey and guinea fowl mengikut macam doggy.
  Kedengaran azan zohor lekas-lekas siapkan kerja sebab dearest hubby nak ke kenduri kahwin dalam sekampung. Sebelum pergi, minta tolong keluarkan beberapa anak-anak pokok nenas madu Sabah nak pindahkan ke tapak lain. Terserempak ada nanas dah mula nak berbuah. Meleretlah senyuman tukang kebun agak risau juga jika cuaca awal tahun ini tak mengujakan pokok-pokok nenas yang dah besar untuk berbuah. Kerana ada beberapa jenis nenas mula teruja nak berbuah bila ada perubahan suhu cuaca yang tetap untuk ianya mula nak berbuah. Di Kebun Bahagia Bersama ini biasanya untuk nenas madu Sabah setakat ini tukang kebun tengok musim teruja nak mula berbuah ialah 1st quarter setiap tahun. Tukang kebun harap adalah pokok-pokok nenas yang dah merimbun akan teruja juga nak naturally follow berbuah.
  Sebenarnya ini kali pertama tukang kebun merasa mangga asam boi. Itupun kena buat sendiri tunggu pokok sendiri berbuah. Dah lama tengok orang menjual di pasar. Harga pasar tempatan di Kebun Bahagia Bersama rata-rata 1 bekas RM5.00 . Jadi dearest hubby tak kasi beli suruh buat sendiri baru berbaloi nak makan ramai-ramai. Jadi tukang kebun buat 2 version, 1 pakai asam boi biasa kelabu dan 1 lagi yang berwarna merah. Dearest hubby kata patutlah meletop mangga asam boi ni. Sendiri buat rasa dah tak boleh henti-henti makan macam mana pula rasa orang otai buat mesti lagi sedap. Sebab cuma 5 bahan utama sahaja diperlukan maka tukang kebun rajinlah membuatnya, mangga muda, asam boi, garam, gula dan cili digaul bersama simpan dalam peti ais. Setelah beberapa jam boleh nikmati.
 Itupun lepas Asar baru membuatnya setelah singgah kedai on the way hantar Ilhan nak siap sedia test taekwando beli asam boi. Lepas drop Ilhan tengok dia berlatih kejap, balik rumah terus buat mangga asam boi. Kemudian pilih-pilih anak-anak pokok untuk pesanan yang perlu dipos Isnin lepas letak berhampiran bench work yang sedang kena wangian bunga akar dani di sebelahnya. Bila malam packing semua pesanan-pesanan, semerbak kuat bau bunga akar dani ni boleh merenggang bulu roma. Sekarang musim berbunga akar dani di Kebun Bahagia Bersama.

Anak pokok akar dani ada ready stok (1 pot for RM8.00).
 Lepas dah sorting pesanan anak-anak pokok bergegas pergi tengok Ilhan ambil test Taekwando, just on time baru nak mula.
 Alang-alang sambung selingan tuaian pada hari Isnin lepas. Terjumpa pula sebutir telur itik dalam kebun. Sekarang memang asparagus Mary Washington suka keluarkan pucuk=pucuk baru dari tanah minggu ini.
 Hari Isnin mencuba pula kami Nam Nam asam boi.

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bila pokok nenas dah nampakkan putiknya mestilah senyum meleret sebab macam baru ditanam dah nak berhasil... boleh buat macam mangga dgn asam boi style juga nenas tu bila dah besar. Kakak kalau dpt hmmm... semangkuk makan sendiri sampai sebu perut hihi...

Not bad Ilhan ni kan.. dah test teakwondo dah - tahniah dari auntie.

Unknown berkata...

sedapnya mangga asam boii, buah yg satu tu kaknoor tak pernah makan, sedap tak diana, rasa macam mangga ke

gina marna berkata...

sedapnyer mangga & katak puru asam boi tuuu...kat cni mangga bunganye lebat bkn main lg..maybe sbb cuaca pns sgt skrg. x sabar nk buat mangga asam boi cam Diana :)

imm berkata...

nam nam ye nama die..kite panggil buah katak puru haha..
kecur pulak liur tengok mangga asamboi akak tu..

Normala Saad berkata...

Diana..baca posting ni sambil duk kontrol air liur ni..kecur dah...hahaaa..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Senyum meleret awalnya tengok buah nenas dah muncul tapi bila dah nak 2 bulan tunggu ranum berdebar-debar berebut dengan tupai nanti.
Nanas madu sabah ini tak perlu buat apa-apa memang manis macam madu makan kalau masak betul. Berebut anak-beranak nak makan.

Salam Bahagia Kak Noor.

Ada masam manis bila masak betul buah nam nam tu Kak Noor. Tapi tekstur tak macam mangga bila masak.

Salam Bahagia Gina.

Masa bulan 2 balik Terengganu lalu macam meriah pokok-pokok mangga di sana berbunga. InsyaAllah rasanya bulan April ini mesti musim buah mangga di Terengganu. Kami pun sedang tunggu kalau ada rezeki bulan April ini adalah buat mempelam telur dapat dikait buat mangga asam boii lagi. Ramai dah menunggu request buat lagi di rumah ini.

Salam Bahagia Imm Hassan,

Imm pun dah banyak kali buatkan :).

Salam Bahagia Kak Mala.

Banyak makan asam asam ini vitamin C banyak kurang sikit batuk selsema.