No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 Mac 2015

Misai Kucing Ungu

  Salam Bahagia di pagi Jumaat yang mulia ini. Anak-anak mesti dah seronok sebab esok sudah bermulanya Cuti Sekolah. Ramai ke yang cuti panjang balik kampung atau melancong ketika cuti sekolah ini? Hari ini tukang kebun nak celoteh tema kucing. Anyway you can say tukang kebun ni a cat person type lah.
  
  Tahun lepas kami mula bekalkan pokok herba misai kucing yang bunga warnanya putih (info klik sini). Tahun ini Syukur Alhamdulillah Kebun Bahagia Bersama dapat mula bekalkan pokok herba misai kucing yang berwarna ungu pula. Selain dari perbezaan warna bunganya, batang pokoknya juga berwarna ungu gelap membezakan dengan pokok misai kucing yang bunga warna putih batang lebih kehijauan.

~ anak pokok herba misai kucing ungu/putih 1 bekas RM7.00 ~

  Satu hari sedang tukang kebun meronda-ronda di bahagian belakang sekali Kebun Bahagia Bersama berdekatan dengan tempat kami panggil workshop, tiba-tiba celah tingkap rumah kosong ini tukang kebun nampak ada bayang hitam yang besar. Lalu tukang kebun berjalan ke arah bayang tersebut, terkejut tengok si Hitam ni besarnya-lah sehari dua tukang kebun tertanya-tanya rasa macam tengok anak panther ke apa. Dengan badan besar sasa ni, tukang kebun syak agaknya dialah yang makan ayam gajah kacukan remaja yang paling tukang kebun suka. Rasa nak menangis bila kami mencari manalah ayam ni pergi yang kawan-kawan lain dah selamat masuk sangkar dah senja ini. Tiba-tiba dalam sangkar kosong 6, tukang kebun nampak tinggal 2 sayap bulu cantik je tinggal. Kelibat badan langsung takde, you just left me his wings. Mungkin sebab wing takde isi. Hairan kami sebab setitik darah pun takde, musang tak keluar siang-siang, kalau biawak dia telan terus jadi tukang kebun suspek kucing punya angkara. Sekarang ini dah berkawan dengan si Gelombon yang putih suci.
  Kalau jumpa real adult panther kat belakang besar macam di Sunway Lagoon ini...apa agaknya reaksi sponton tukang kebun.
  Yang ini pula black leapord. Ada perbezaan nampak di kulitnya tompokan hitam. Ada macam-macam juga Big Cats di Sunway Lagoon yang dapat ditengok. Bolehlah bawa anak-anak ke Sunway Lagoon cuti sekolah ini. Menarik jugalah Safari WildPark sana.
 Boleh juga rasa perbezaan besar singa putih dewasa dengan saiz badan kita bila duduk-duduk dekat dengan singa ini.
 Menarik juga persembahan info-info yang diberi di sana. Baru tukang kebun sedar yang mereka ini bukan albino.
  Kalau nak tengok harimau putih bolehlah lawat Zoo Negara. Harimau putih di Zoo Negara ini pun besar saiznya berbanding dengan Harimau Malaya.
 Bukan sahaja kita boleh pergi bermandi-manda di wet park Sunway Lagoon. Tempat mandi harimau ini pun best juga.
 Tigger yang tukang kebun ambil sebagai kucing angkat bulan Ogos tahun lepas (related posting klik sini) sekarang sudah menjadi seekor ibu. Kami pun agak terkejut mula-mula tak perasan yang si Tigger ini dah bunting sebab badan kecik. Malangnya anak sulong dan yang ke-tiga mati ketika dilahirkan kerana si Tigger as a first time mother tak pandai mengeran. Yang sulong keluar still born, yang ketiga hairannya pagi esok baru kena tolong keluarkan. Itupun mula-mula tak perasan tapi ada keluar kaki separuh, sebab agaknya dah lama begitu anaknya mati lemas, jadi badan separuh kering separuh basah. Istighfar sekejap, hai kalaulah manusia, nyawa ibu pun bahaya dengan proses contraction lama serta anak keluar separuh begitu hanging lama kalau tidak dibantu tarik keluar.
  So on the evening of 3rd March 2015 lahirlah member baru Kebun Bahagia Bersama warna hitam bertompok-tompok oren diberikan nama 'Panther'. Yang sulong dan no. 3 warna putih tompok oren. Betul sangkaan tukang kebun dalam perut Tigger ada 3 ekor anak kucing bakal dilahirkan. Tigger bersalin pun bawah rak kasut di sebelah pintu dapur. Mula-mula tengok yang sulong keluar tak sampai hati nak tanam terus takut Tigger sedih, bila Panther dah keluar dan Tigger distracted baru cepat-cepat pergi tanam dekat Petak 1.
   Semoga Panther live up to its name dan tolong patrol jaga pet AVIAN di belakang ya dan teman tukang kebun buat kerja di kebun ya.
  Lama juga nak tunggu anak kucing buka mata. On the 12th March baru Panther buka mata bulat besar dan seperti bayi baru pandai menyusur sikit-sikit. Kelam kabut awal bulan March ini banyak sangat anak-anak baru lahir nak kena nursing. Sekarang ini setiap kali lepas selesai packing barang-barang dekat corridor luar mesti layan 2 ekor ini. Lagipun the sound of the cat purring is a good therapy for the body sebelum tidur. Sedangkan David Beckham masa injured dulu pun nak kasi cepat sembuh, pakai therapy meow punya purring purring. No wonder ada saying Cats has 9 lives kan.

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Alahai sayangnya ayam tu menjadi korban. Kena jaga-jaga lebihlah lepas ni..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Hopefully lepas ini ada yang sempat membesar tak perlu kami tergesa-gesa nak sembelih.
Mama balik awal bulan depan dengan harapan dapatlah kami sembelih makan sama-sama nanti.