No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 25 Mac 2015

Progress Petak 5 March 2015

  Hari Isnin minggu ini selepas ambil Ilhan dari Sekolah Agama curi-curi masa mengemas Petak 5 yang dah lama terbiar tak cukap tenaga dan masa sebelum hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan pula nanti. Baru sedar yang pokok jambu air di Petak 7 dah mula nak masak rupanya. Musim buah kali ini pun sungguh lebat. Nak berkebun di Petak 5, Petak 6 dan Petak 7 selalu kena rancang betul-betul sebab masalah utama ialah daun-daun kering dari jambu air yang berguguran. Jadi nak kena pilih tanaman yang tinggi tak kena tutup dengan daun-daun kering tu. Petak 5 selalu kena tempias daun-daun kering tersebut.
  Beginilah keadaan Petak 5 sebelum dikemaskan dah maharaja lela rumpai tumbuh dan ada juga daun-daun kering jambu air yang jatuh berterbangan di situ. Rasanya kali terakhir kemas di situ adalah awal bulan Februari lepas. Gara-gara berserabut begini tukang kebun boleh terpijak pucuk asparagus Jersey Giant yang baru terkeluar beberapa cm dari dalam tanah. Opppssss....
  Lepas dikemaskan barulah nampak apa yang ada di Petak 5 ni kan. Ada pokok lemon Big Boss semai dari biji benih dah tinggi lebih 2 meter. Yang di belakang sekali 3 pokok Nanas Madu Sabah. Tukang kebun intai ada sepokok tu dah keluar anak-anak pokok nenas dari sulur tangkainya. Anak-anak dah keluar bilalah buahnya pula nak muncul ya. Kemudian diikuti oleh pokok-pokok terung telunjuk yang baru nak berbunga. Di antara pokok-pokok terung tersebut itu ada pokok-pokok cekur sebenarnya. Kemudian barisan tengah adalah pokok-pokok asparagus jenis Jersey Giant yang ditanam Disember lepas (related posting klik sini).
 Sekarang tukang kebun tengah tension dengan si Turkey jantan yang sedang angau-angau di lamun cinta. Dia dah perasan dalam Sangkar 4 itu ada 3 remaja anak dara turkey betina. Tak taulah mana satu dia berkenan sangat. Dulu ada si Kiki (betina dewasa warna coklat) tak minat pulak. Sekarang dah angau ini asyik duduk dekat berhampiran Sangkar 4. Turkey jantan ini tak de masalah sangat lagi, yang kawan-kawan baiknya 2 ekor mutiara tu tengah hot temper sebab Turkey jantan tu tak mau main-main dengan diorang sebab asyik dok husha si anak-anak dara turkey. Sekejap beralih-alih tempat pusing-pusing Sangkar 4 tu. Rasanya dah 2 minggu dia macam dulu. Mula-mula tukang kebun ingat si Turkey ni tengah depression ke duduk je dalam Sangkar 2. Raut muka pun lain macam je. Sebab beberapa hati tu ligat bermain dengan ayam-ayam mutiara bergaduh-gaduh macam bersabung. Ingat depress merajuk dengan ayam mutiara ke sebab kalah bermain. Jadi tukang kebun pesan dekat dearest hubby jangan marah kasar sangat dengan turkey dia macam depress je. Lalu hubby kata si Turkey tu tengah angaulah dia pun perasan si Turkey asyik tak mau keluar dari Sangkar 2 sebab dok malu-malu husha-husha anak-anak dara tu. Ya Allah ya ke Turkey  jantan kami tu dilamun cinta.

  Sekarang Ayam-ayam mutiara patuk-patuk ajak keluar pun buat dunno je. Sudah kalau ayam-ayam mutiara duduk berkeliaran ikut si Turkey ini habis anak-anak pokok yang baru nak menyubur cantik keluar depan Sangkar 4 itu kena stampede dengan si 2 mutiara ini. Cemburu dengan yang anak-anak dara dalam Sangkar 4 sekarang yang hanya in Turkey jantan vision. Geramnya lah tukang kebun tengok korang ni, banyak dah pokok jadi mangsa. Cuma nak pasang fikiran positive bersabar je...kalau Turkey jantan tu dah ada pasang minat, adalah peluang nak timang-timang anak-anak ayam belanda bila yang betinanya dah matang. Bayangkan ya kita tengok manusia angau pun dah tak tahan, tukang kebun ini tiap-tiap hari kena menatap turkey jantan yang sedang angau setiap kali nak ke Sangkar 4 kasi anak-anak dara tu makan dan minum.
 Tengoklah muka si Turkey jantan yang sedang angau di sebalik pokok terung telunjuk yang baru nak berputik. Ayam mutiara pun dok menghadap pujuk ajak main berjalan-jalan. Turkey buat tak kisah sahaja. Ko duduk situ Turkey baru patahkan anak pokok tebu yang baru naik kan. Geram je tukang kebun dengan ko ni. Nasib baiklah Big Boss sayang ko. Alang-alang tukang kebun dah kemaskan Petak 5 ni, rajin-rajinlah buang baja sikit keliling pokok-pokok yang dah besar tu.

Hah ayam mutiara nanti agaknya giliran korang pula angau kut, bila yang dalam Sangkar D tu membesar.

  Beginilah pembesaran Avian PETS yang duduk di Sangkar 4 sekarang. Pembesaran anak-anak ayam daging yang dibela sejak awal bulan March ini dah 2 kali ganda saiznya. Sangat jauh bezanya pembesaran dengan anak-anak ayam kampung yang tak berapa ketara sangat. Dalam rancangan tukang kebun masuk bulan April kami tak payah beli daging ayam, memadai mula dapatkan stok ayam daging KFC dari Sangkar 4 ini. Tak tahan ayam daging KFC ini kuat makan dan tak berapa lasak seperti ayam-ayam kampung. Tukang kebun rasa bela ayam kampung lebih senang not as fragile as ayam daging. 
  Lepas kedengaran azan Zohor baru sibuk nak petik hasil-hasil dari kebun kelam kabut hujan turun dengan lebat. Sempat petik buah mulberry dari Petak 7. Kemudian daun-daun sayur raya yang melilit pagar Petak A. Kapas dikutip dari Petak 2. Biji-biji benih kapas segar available dari Kebun Bahagia Bersama bulan ini (Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00) . Anak-anak pokok kapas juga available (RM7.00 satu pot).
  Pokok-pokok terung telunjuk dari Petak 2 dah mula menghasilkan buah-buah sejak bulan lepas. Minggu ini baru dituai biji-biji benih segar terung telunjuk.

~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

7 ulasan:

Kakzakie berkata...

Senyum sendiri akak baca kisah di Turkey tu tau Dee. Sampai merajuk dan si mutiara hihi..

Sean L berkata...

Kesian ayam mutiara tu. Dumped for something younger, hahaha. Kiki je yg lonely

Juliana berkata...

masih jeles dengan kebun Diana yang best ni -- ;)

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Lebatnya buah jambu air tu...seronoknya bela ayam ni...tengok ayam2 belaan kak Diana pun dah makin membesar...bestnye..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Menarik tengok walaupun jenis ayam berbeza tapi kelakuan macam adik-beradik, kejap gaduh, kejap main sama-sama, tiap hari tido bersama.

Salam Bahagia Sean.

Sekarang ni teka-teki Si Turkey jantan berminat yang hitam atau putih. Sam kata maybe yang hitam tu kut dia berkenan.

Salam Bahagia Juliana.

Asyik fokus belakang, kebun yang depan dah jadi macam belukar.

Salam Bahagia Julie.

Lebat buahnya selalu tapi selalu tak terambil. Banyak kerja sampai terlupa.
Ayam daging tu memang dah besar sekarang dah 2 kali ganda beratnya.
Julie pun cubalah bela 1~2 ekor dulu ayam tengok cambe.

imm hassan berkata...

huhuh seronok baca kisah turkey angau..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm,

Memang angau sungguh Turkey tu sekarang dah tak mengikut tukang kebun buat kerja.