No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 22 April 2015

April Ahad Ribut

  Salah satu sifat yang perlu ada dalam diri gardener tegar ialah peka dengan perubahan cuaca di dalam kebunnya sepanjang tahun. Sebab itu Tukang Kebun selalu pesan "No garden is the same". Walaupun jaraknya hanya berbelas kilometer sahaja tapi taburan hujan juga boleh berbeza. Contohnya: Kadang-kadang di Shah Alam setiap petang hujan lebat tapi kebun kami di Sungai Buloh setitik pun hujan tak singgah beberapa hari. 

  Bulan April tahun lepas punyalah kemarau memanjang. April tahun ini pula Syukur Alhamdulillah hujan kerap jugalah. Cuma cuacanya pada sebelah siang hari bahang sungguh, nanti petang hujan ribut kerap berlaku. Sehinggakan bulan April ini boleh dikatakan setiap hari Ahad hujan ribut seribut-ributnya datang di kawasan kami di sebelah petang. 2 minggu lepas ribut dah lalu kawasan kami (related posting klik sini), mengakibatkan beberapa pokok pisang tumbang. Ahad baru-baru ini pun lebih dahsyat sehinggakan pokok jenis kayu balak panjang patah seperti gambar di atas. Tukang kebun punya beloved pokok purple Apple Star jadi cushion dari rempuh terus ke tanah. Oh purple star apple patah-patah rantingnya takpelah kira natural pruning nanti lagi merimbun.

  Disebabkan ributnya senja dan Tukang Kebun sibuk packing goodies untuk dihantar keesokan harinya jadi tak perasan kayu balak ni tumbang. Keesokkan petangnya baru sempat nak tinjau keadaan sekitar kebun lepas ribut semalam sebab awal pagi dah ke Hospital Serdang untuk regular check up jantung Rayyan. Bergegar jantung tengok sampai terfikir-fikir terkena tak rumah orang sebelah ni sebab panjang kayunya. Kalau terkena nasib baik seperti tiada apa-apa kerosakkan dan mungkin sudah tolak hujung kayunya masuk ke laman kami. 

  Hai nasib lagi satu pokok pisang nangka yang sedang berbuah pun dah senget pokoknya. Yang pasti Big Boss balik nanti ternampak pokok lemon dia dah merukuk ke bumi kena hempap kayu ini belum sempat Tukang Kebun nak betulkan. Mana terdaya sorang-sorang. Nak kena tunggu weekend dulu. Sepokok pisang bantan pun tumbang, senja semalam kelam kabut kami alihkan bersebelahan pokok kuini pula.

  Sepanjang jalan utama dalam kampung ini banyak pokok-pokok tumbang kesan hujan ribut Ahad senja lepas. Intai kebun-kebun orang lain pun nasib sama banyak pokok-pokok besar yang dah tua habis tumbang macam domino.The power of mother nature. Sebab tu April ini kami cuba sibukkan diri pruning pokok-pokok yang besar. 
  Tuaian semalam petik sayur raja for dinner. Cuaca sekarang ni cepat pokoknya naik rimbun. Segar dari kebun tak perlu nak mencari sayur di kedai. Untuk yang kekurangan ruang untuk grow your own food, ini adalah jenis sayur yang boleh jimat ruang untuk idea vertical garden dan boleh tanam dalam bekas.

~ Sayur Raja / Malabar Spinach ~
1 pot for RM5.00.

Atau ambil peluang promosi '3 plants mix for RM10' di page tersebut untuk pilihan (klik sini).

4 ulasan:

Ratu berkata...

Pokok purple apple star pokok ape kak?

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Bestnye kat sana, hujan almost ke petang, kat sini, kengkadang mendung je hujannya tidak. Bila tengok buah cerry terengganu tu teringat pula dgn pokok cerry barbados yang Julie beli tempohari dari kakak, dah pun berbuah...happy sangat tengok :)

Normala Saad berkata...

sini pun ribut juga...aritu habis pokok akardani kak terkulai kebawah...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ratu.

Kita tunggu dan lihat nanti macam mana buahnya.
Bukan jenis 'epal' .


Waalaikumsalam Julie.

Sini jarang mendung, bahang.
Tapi petang nanti tetiba ribut.
Habis pokok-pokok semua rebah je di Tanah.

Wah tumpang bahagia dengar Ceri barbados Julie dah berbuah.

Salam Bahagia Kak Mala.

Nak tanam pokok-pokok tinggi sekarang challenging semua rebah ke tanah.
Yang menjalar naik pun habis patah-patah.