No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 17 April 2015

Cherry Season

  Minggu ini nampaknya musim buah Ceri Terengganu ataupun juga dikenali sebagai Perupok. Selain dari Ceri Terengganu buah nadir yang lain juga masih musim buahnya minggu ini ialah buah Katak Puru. Tuaian pucuk mulberry semalam tukang kebun campur je sekali dengan kari ikan bawal.
   Semasa musim bunga Ceri Terengganu, bunga-bunga yang kembang mekar juga menjadikan pokoknya kelihatan menarik sebagai pokok hiasan juga. Pokok Ceri Terengganu jenis yang renek, bila buahnya masak menyala-nyala merah warnanya. Isi buahnya rasa lemak manis. Yang tak biasa makan buahnya kopek dulu kulitnya. Sebab kulitnya ada rasa kelat-kelat sikit, yang dah biasa makan selalunya gentel-gentel dulu kulitnya sebelum masuk mulut.

 Info selanjutnya mengenai Ceri Terengganu boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 anak pokok Ceri Terengganu RM10.00 ~

  Nampaknya batch Itik-itik telur yang lahir pada November 2014 dah mula nak belajar bertelur. Ini kali kedua Tukang Kebun jumpa telur itik di Sangkar 2 hari ini tempat mereka tidur pada waktu malam. Minggu ini pun pokok-pokok asparagus masih rancak mengeluarkan tunas-tunas baru untuk dituai. Hari ini nak digali keluar bawang berlian nak jadikan bahan dalam sup untuk hilangkan angin dalam badan.
 Hujung minggu ini rancang nak tuai apa dari kebun?

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak nak tanyalah Dee. Buah ceri Terengganu tu pokoknya besar ke kecik? Boleh tanam dlm pasu? Kakak terpikat pulak:) Kalau besar susah sikitlah...

Sebenarnya kakak tak pernah jumpa.

imm berkata...

walaupun husband orang terengganu, dia tak kenal ceri terengganu ni hahaha..imm lagi la tak kenal ☺

carlz berkata...

Simpankn sy satu pot ceri terengganu ni.

falraisi berkata...

Eeei geramnya tengok buah ceri tu...merah menyala. Kalau boleh tanam dalam pasu syok jugak kan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie,

Pokok Ceri Terengganu yang ada dalam kebun jenis rendang pokoknya.
Tapi kalau pokok nam nam boleh tumbuh berbuah dalam pasu besar, InsyaAllah Ceri Terengganu yang batangnya tak sebesar nam nam pun boleh juga cuba tanam di dalam pasu.
Nak kena rajin pruning kalau buat ala bonsai mesti menarik juga.

Salam Bahagia Imm.

Menyala-nyala tau buah yang masak. Kalau masak betul tu cepat kena rembat dek burung.

Salam Bahagia Carlz.

InsyaAllah tapi postage ke Sabah sekarang pricey sikit tau.

Salam Bahagia Falraisi,

Kalau nam nam boleh tanam dalam pasu, InsyaAllah Ceri Terengganu boleh dicuba juga.