No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 4 April 2015

KingFisher March 2015

  Hari Sabtu ini mari kita jalan-jalan ke KingFisher rumah terbaru Big Boss sambil buat sedikit flashback apa yang dapat dituai pada hujung March lalu di sana. Pemandangan di sebelah rumah yang sebenarnya sewerage (loji) banyak bangau mencari rezeki nak alas perut agaknya.
  Kundur atau Gorouk dipanggil dalam Bahasa Dusun-Kadazan juga sudah beberapa kali dituai yang ditanam oleh cucunya Ilhan. Yang paling mengejutkan Big Boss ialah keratan ubi keledek yang diminta dari gerai menjual Madu di Nabalu semasa kami menuju ke Ranau bersama-sama yang baru ditanam 3 bulan sudah pun menghasilkan ubi. Seronok Big Boss sambil nak ke depan buang sampah tengah fikir nak sarapan apa sekali ternampak macam ada ubi tersembul keluar sedikit keluar dari tanah. Baru 3 bulan sudah ada hasil, terus Big Boss gali, cuci dan stim untuk breakfast. Tak sangka jenis keledek yang diambilnya adalah baka jenis cepat menghasilkan ubi (Mama jangan lupa kirim sikit keratan ya bila ada siapa balik Semenanjung ni).
 Sekarang sudah beberapa lamanya kemarau di sana, bunga-bunga yang sedang menceriakan kebun KingFisher Big Boss. 

  Keratan suratkhabar myMetro mengenai acara tahunan tangkap Kelah di kampung Big Boss, yang ada kami buat posting juga lalu (klik sini).

  Hari ini tukang kebun nak kongsi anime Jepun yang banyak moral value juga boleh didapati di sini bagi pencinta alam dan menarik juga ada babak-babak berkaitan gardening macam novice gardener bermula perlahan-lahan belajar nak grow your own food. Tukang kebun punya personnel opinion rasa this is a beautiful story about a mother's love banyak pengorbanan nak besar-besarkan anak-anak. Terima Kasih Mama (Big Boss) besarkan kami dengan penuh kasih sayang banyak impian sendiri dikorbankan atau kena pending. Bahagianya duduk di komuniti yang saling bantu-membantu. 

 Semasa malam Jumaat lepas Ilhan dan Rayyan sudah tidur sambil Abby teman tukang kebun dan dearest hubby packing biji benih baru tiba-tiba auto-play cerita ini tertengok pula sampai habis. Malam ini tak tahu nak buat apa sambil beriadah dengan keluarga tak perlu keluarkan duit bolehlah tengok movie free ini di YouTube. Tiket wayang pun naik RM3 kan dari RM14 sekarang RM17. 

4 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

camtu kena pergi tengok wayang hari rabu jerlah ...ladies nite, murah sikit tapi wayang lama.

Unknown berkata...

dah bertahun2 tak tengok wayang, dan rasa nya dah time macam ni tak teringin dah nk tengok wayang heee

Normala Saad berkata...

Bestnya tangkap ikan kelah sebanyak itu...geram tengok...ramai kata isinya sedap. Kak belum pernah makan lagi ikan ini...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia,

Oh sekarang kalau ladies nite tak boleh tengok yang latest ya. Tak tau pun sebab dah tak dapat nak pergi tengok ladies nite.

Salam Bahagia Kak Noor.

Lagi seronok reka masak-masak Kak Noor. Diana pun jarang dah nak pergi tengok masa pun tak de. Bila wayang yang teringin nak tengok tu pun tak tertengok-tengok sampai dah tunjuk keluar DVD dah. Adalah insan baik hati upload dekat YouTube.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ikan ni memang sedap Kak Mala.
Diana dapat merasa kalau sepupu tangkap kongsikan, memang buat sup je pun dah manis isinya.
Nak beli memang tak mampulah Diana ikan kelah ni.