No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 9 April 2015

Pisang Tembaga

 Sebelum tukang kebun mula celoteh berpanjangan, kena terus terang dulu Tukang Kebun tak berapa pasti jenis pisang merah yang ada dalam Kebun Bahagia Bersama ini species yang mana satu. Bila tanya tuan tanah pun tak berani nak confirm sebab dia kata baka yang ini diimport balik dari Sabah. Tuan tanah kata kalau dekat Semenanjung Malaysia ini biasanya pisang merah dikenali sebagai jenis pisang raja udang atau juga dipanggil Pisang Tembaga. Sebab dia bawa balik dari Borneo so Tuan Tanah also said he cannot confirm 100% yang ini baka sama di Semenanjung Malaysia atau tidak. Ada satu jenis pisang merah yang jual dekat Tamu kekadang diorang panggil macam ada bunyi tanduk kerbau ke apa tak ingat sangat samar-samar dalam memoryku. Mungkin ada pembaca-pembaca dari Sabah dapat membantu bagi panduan nama-nama jenis Pisang Merah yang dapat diperoleh dari sana.  
  Pisang merah ini masa bila dah ranum betul dah mula bertukar ke warna hijau kegelapan terbalik pula macam gambar No. 1. Pisang kuning biasa tu muda warna hijau sehingga betul ranum warna kuning keemasan pula kan. Pokok pisang ini semasa kecil pokoknya juga dah boleh dibezakan dengan batangnya berwarna merah itu (Gambar No. 2). Bila pokoknya dah besar meninggi batang pelepahnya juga berwarna kemerah-merahan (Gambar No.3). Pokok pisang merah ini jenis tinggi ya. Tapi taklah sebesar pokok pisang abu. Lebih kurang besar macam anak-beranak pokok pisang nangka. 

 Tengok dekat background gambar No. 2 macam banyak lagi kawasan nak selit-selitkan susun anak pokok pisang kan. Sudah dilaksanakan tapi habis angsa-angsa dan turkey betina dulu ratah anak-anak pokok pisang dengan rakusnya. Itu sebab tukang kebun malas nak pindahkan anak-anak pokok pisang awal-awal, biar tinggi dulu baru dipindahkan. Ini pun nak kasi lagi terang kawasan itu kena pruning pokok-pokok rambutan dahulu. Tapi pokok-pokok rambutan bulan April ini dah mula berbunga pula. Jadi kenalah tunggu sampai dah lepas musim buah pokok rambutan nanti baru dapat pruning.
  Pokok pisang merah ini masa buahnya muda sangatlah merah atau more to maroon-ish warnanya (Gambar No. 4). Buah pisang merah ini rasanya sangat manis lemak dan beraroma wangi. Masa tukang kebun duduk merantau 6 tahun dekat Jepun dulu ada juga nampak jual pisang merah. Harga sebiji pisang merah lebih mahal dari sesikat jenis pisang berangan yang dijual di supermarket Jepun. Ada sumber mengatakan di sesetengah tempat pisang merah lebih digemari dan harganya lebih mahal di Middle East. 

  Dekat tanahair kita pula ada cerita dogeng pasal ada Raja zaman dahulu kala tak benarkan makan pisang raja udang (silalah google ceritanya). Tapi tukang kebun ini jenis setianya tak macam Hang Tuah, sebab tukang kebun percaya Allah tak pernah melarang umatnya makan pisang merah ini. Cuma satu buah yang dilarang, itupun Nabi Adam tak mampu lawan godaan kena turun duduk di bumi. Ada pula hubungkait keturunan ini itu tak boleh makan buah ini. Tukang kebun keturunan Nabi Adam Syukur Alhamdulillah sedap dapat makan pisang merah. Pisang merah ini juga kandungan nutrition pun ada juga slight perbezaan dengan pisang kuning.

 Tukang kebun keturunan nabi Adam, dan agama-agama lain seperti Christian ataupun yang percaya kepada kitab-kitab yang Allah wahyukan kepada Nabi tertentu all of us adalah keturunan Nabi Adam. Paling tukang kebun takut kalau kita asyik-asyik bermegah sebut pasal keturunan darah ini itu kita lupa yang semua sama sahaja asal keturunan Nabi Adam. Sama bangsa pun kekadang bergaduh sebab masing-masing berpuak-puak kata keturunannya lebih baik. Zaman sekarang pun kita masih dapat tengok perkara ini berlaku tak aman negara-negara tersebut seperti di Afrika dan Timur Tengah tak habis nak berpuak-puak padahal spesies sama. Moga kita percaya tak kira bangsa, keturunan, pangkat dan darjat, kita semua adalah sama (we're equal). 

 ~ Pisang Merah / Pisang Raja Udang/ Pisang Tembaga ~
1 moist bare-rooted tunas anak pokok RM15.00 .

11 ulasan:

Unknown berkata...

Saya pun tak berapa pasti Tukang Kebun, di Labuan ni banyak pisang kuning saja.

~aSHa~ berkata...

xpernah dgr n tgk lagi pisang mcm ni
first time

salam ziarah tukang kebun

@na berkata...

memang bestla baca post KBB ni sentiasa ada info menarik yang terselit dgn tazkirah simple yang sangat mudah dihadam...
tahniah KBB..

Nasa Mulia berkata...

bapak saya dulu ada tanam....kami panggil nama pisang bandu...

imm berkata...

x pernah tengok live lagi pisang merah ni huhu..

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Lamanya tak 'jumpa', rindulah pulak! Pertama kali ni Mak Aji lihat pisang warna macam ni secara 'live'. Selama ni dok tengok kat FB, macam percaya, x percaya je sebab warnanya agak luar biasa.

Seri7ujuh berkata...

terbalik pula ye...yg muda merah, dah masak hijau...kalau pisang udang tu yg masak merah..yg muda makngah tak pernah tengok. Kalau pergi janda baik, mesti nak beli pisang udang kat bukit tinggi tu...sedap...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Tengok warna pisang tu pun sdh cukup menyelerakan...

suka suka berkata...

Pernah nampak pisang ni di pekan Nabalu... foto dah terbenam.. tak ingat kat mana..

Norish.NN berkata...

Salam Diana,
I m silent reader of ur blog.1st time jmpa Pisang Raja Udang ni mse visit Sbh area Ranau jual tepi2 jln. 1st time jugk mkn. Kalo ikut keturunan (mcm citer dlm google) mmg tk bole.Tp,like u said kita kn ank Adam. Mse mkn tu i niat..its just pisang yg tk memudaratkn..sb tk beracun so i try.Sdp u...lemak..happy dpt jugak mkn pisang yg unik color merah ni :-)
Boleh i order via pos?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jazzeyra aj,

InsyaAllah suatu hari nanti terserempak pisang merah juga, ada kekadang musimnya.

Salam Bahagia Asha,

Terima kasih sudi berkunjung.
InsyaAllah suatu hari ada peluang rasa pisang merah.

Salam Bahagia @na,

Syukur Alhamdulillah kalau bukan sekadar rambling-rambling yang tak berfaedah.

Salam Bahagia Nasa Mulia.


Panggil pisang bandu juga ya.
Terima kasih berkongsi ilmu.

Salam Bahagia Imm Hassan,

InsyaAllah, itsuka mikakeru.

Salam Bahagia Mak Aji,

Lama tak dengar khabar dari Mak Aji juga.
Diana pula pertama kali tengok dekat Jepun dulu yang tak silapnya import dari negara Panama atau Philippine.

Salam Bahagia MakNgah.

Sebab dalam kebun ini ada beberapa rumpun pisang merah. Takut ada baka yang berlainan. Sebab ada juga yang masak pokoknya memang merah sahaja macam pisang raja udang.

Salam Bahagia Julie.

Memanggil-manggil terasa nak makan kan.

Salam Bahagia Kak Mar.

Tukang kebun singgah pekan Nabalu hari tu tak nampak mungkin tiada petani yang turun jual pisang merah masa tu.

Salam Bahagia Norish NN.

Good to know you have a pleasant surprise eating your first red banana. Orang dulu memang gemarkan mitos, generasi sekarang banyak mula fikir about facts.
Kalau anak pokok pisang boleh dipos.