No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 10 April 2015

Ribut Petang Ahad

   Hujung minggu lepas 18 ekor itik-itik telur yang di Sangkar E telah dipindahkan ke sangkar lebih besar yang dearest hubby kemaskan beberapa minggu lalu. Sekarang ruang untuk mereka berlegar-legar sudah lebih 3 kali ganda. InsyaAllah hujung minggu ini akan testing dilepaskan pada siang hari. Sementara ini nak kasi biasa dengan kandang baru dahulu supaya mudah nak direct mereka pulang ke kandang bila dah senja. Cepatkan mereka membesar? Baru sahaja 6 minggu lebih dah besar begitu. Awal bulan March dulu masih duduk dalam sangkar nursery seperti di bawah. Minggu ini tukang kebun tumpangkan 3 ekor itik Muscovy duduk bersama-sama itik-itik telur dulu. Tengok tu Itik Muscovy yang seminggu muda sebenarnya lebih gemok dari itik telur.
  Sambil berehat dapatlah teguk air kelapa muda dari kebun. Terkejut tukang kebun bila dearest hubby kata sekarang 1 biji kelapa muda pun boleh berharga RM4. Betul ke? Tempat kawan-kawan berapa harganya? Tukang kebun ni yang jarang keluar dari kebun tak serba tahu dengan harga terkini. Sehingga hari Jumaat ini kami masih belum lagi ada bayar GST 6% lagi belum keluar beli barang yang dikenakan GST. Beli pun cuma fresh produce macam seafood dan tempe macam tu je di kedai kampung ini.
  Buah jambu air jenis ini pula sedang meriah berbuah di tepi kolam. Itik-itik kalau dah puas berenang dalam kolam bolehlah isi perut dengan buah jambu air yang banyak jatuh. Syukur Alhamdulillah pelbagai jenis jambu air dalam kebun satu persatu dapat rezeki. Kalau jenis jambu air ini panggil apa ya?
  Bila nak masuk rumah rasanya nak hampir pukul 3 kut tiba-tiba hujan ribut datang. Berlari kami suami isteri masuk rumah. Sebelah petang lepas ribut dah lepas, tukang kebun risau pergilah ke belakang nak jenguk itik-itik muscovy yang bebas berkeliaran di kebun dan itik telur yang baru dipindahkan. Adui terkejut banyak pokok tumbang macam pokok pisang, betik dan ubi kayu. Ada juga dahan-dahan pokok besar yang patah. Tapi dalam hati tukang kebun bersyukur juga, nasib baik semalam tiba-tiba niat di hati ini bertukar rasa nak pindahkan mana-mana pokok pisang yang boleh (syukur di atas hidayah diberikan oleh-NYA). Rupa-rupanya hari Ahad petang hujan ribut. Terpaksalah tukang kebun tunggu dearest hubby balik hantar Rayyan dan Ilhan ke taekwando. Dearest hubby pun kata di tepi jalan utama banyak pokok tumbang, bandaran tengah potong alih-alihkan. Nasib Sabtu memang dah banyak pindahkan pokok-pokok pisang, kalau tak lagi parah banyak yang tumbang. Jadi cuma 5 pokok pisang besar sahaja rebah all together masa ribut petang Ahad.
 Rumpun pisang ni yang kami biarkan sebab dah agak kalau usik memang rebah masa Sabtu lepas. Hari Ahad dah tumbang macam ini, sayang pokoknya terpaksalah kami pisah-pisahkan dan tanam semula. Yang ini okay lagi nak pindah 2 orang, yang pokok pisang merah matang rebah berhampiran ampaian paling seksa. Sampai dearest hubby dah nak give up tak boleh gerak tanya boleh tak potong je belah atas. Sebab tukang kebun sayangkan dia (dahlah baka rare nanti Big Boss terkilan), tiba-tiba teringat masa zaman tamadun Egypt dulu macam manalah orang-orang angkut batu besar macam monument penuh dengan hieroglyphics untuk kasi hadiah dekat kerajaan lain. Hubby kata sebab ramai orang. Tukang kebun kata mana mungkin kalau ramai orang, itu bawa batu kut ini baru batang pisang gemuk besar. InsyaAllah 2 orang pun boleh. So cuba-cubalah jadikan cangkul panjang tu as lever letak bawah pokok bila hubby dah cuba pegang ianya menegak nak masukkan dalam lubang. Sikit-sikit tukang kebun tekan cangkul tu up and down bergerak jugalah sambil husband direct batangnya nak kasi masuk lubang. Dah masuk lubang tukang kebun pula peluk batang pisang, sambil husband masukkan tanah padatkan semula. 

  Hai hujung minggu lepas siang hari banyak peluk batang-batang pisang. Lepas tu setiap petang bukan lagi berjogging dalam kebun bila dah senja, berlari kejar nak suruh itik-itik Muscovy tak dengar kata masuk dalam kandang. Kena main kepong-kepong. Sampai Ilhan pun lepas ambil sekolah kena ajak main kepong-kepong itik muscovy. Kekadang ada rasa tak kuasa nak biarkan je tapi nanti tidur tak lena teringat ada tak jadi mangsa Big Bad Wolf. Malam memang lena tidur awallah sekarang. Tak perlu nak ke gym, dah banyak macam-macam exercise dalam kebun tu. Hujung minggu angkat berat pokok pisang, weekdays kejar anak itik Muscovy macam nak training panjat gunung dah ni. Sampai dearest husband pun kata hai tukang kebun sekarang ni tiap malam cepatnya terlelap dibuai mimpi.
  Sebab ribut 2 pokok pisang nangka patah batangnya yang sedang berbuah. Terpaksalah cuba-cuba peram masuk rumah. Pokok ubi kayu pun sampai boleh terangkat ubinya keluar dari tanah. Terkejut juga tengok pokok ubi kayu yang belum berusia 6 bulan yang dearest hubby tanam Oktober lepas (related posting klik here) dah berisi rupanya. Makan kerepek ubi lah kami minggu ini. 

 Disebabkan petang ribut banyak pokok-pokok tumbang tak sempat nak sembelih ayam daging seperti yang dirancang. Jadi anak-anak minggu ini tak makanlah daging ayam (break record) sebab mama diorang tekad April tak beli ayam. Ilhan biasanya kuat makan ayam, sukar nak makan ikan kalau ada tulang, jadi bila ada ikan goreng, mulalah dalih nak lauk lebihan dinner semalam ada masak berlada tapioca stick sanggup ratah yang tu sebelum ke Sekolah Kebangsaan. Sekarang ni nak educate anak eat local fresh harvest, apa rezeki yang ada je jangan memilih. Apa yang ada dekat kebun tu.

~ 7 keratan ubi kayu RM5.00 ~

Atau novice gardener or not novice boleh juga mix dengan tumbuhan lain '3 for RM10' seperti dalam pilihan page ' 3 plants mix for RM10 '. 

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bila dah angin kencang tak dpt nak buat macam mana. Tapikan Dee bapak kakak kata kalau pisang patang pinggang ada buah jgn tebang dulu. Biarkan aje dia boleh terus matang di pokok walau batangnya dah terkulai. Cuma mata kita tengok memang tak sedaplah kan...

imm berkata...

Aah betul mcm kak zakie kata.. haritu pokok pisang kecik kami patah batangnya sbab x mampu nak tanggung berat buah sendiri haha..kami biarkan je(just letak pancang sikit x bagi buahnya rapat sangat ke tanah).. masak elok je buahnya..hihi

Sean L berkata...

Wow, sometimes we forget the power of Mother Nature.

Normala Saad berkata...

Kat sini pun ada ribut Diana. Angin kuat bergegar-gegar. Kak teringat kejadian puting beliung yang telah melanda Kedah sebelum ini dan kerajaan juga ada nyatakan Malaysia bersedia hadapi angin taufan ini..Ya Allah mudah2an tornedo besar tidak menghampiri negara kita....

@na berkata...

di alor setar pernah beli sampai RM5 sebijik!
tapi masa tu dah suruh potong kena la jgk byr, silapnya sbb tak tanya dulu harga...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Memang tak boleh duga the power of mother nature.
Memang mata tak sedap tengok bila terkulai gitu. Tapi dah sampai ke tanah kalau biarkan rezeki pergi ke PETS di belakang tu yang boleh capai tunggu masa je sekelip mata diorang party pisang.

Salam Bahagia Imm,

Kalau dah dekat dengan tanah tak dapat dah kat kami ni. Banyak ngap ngap selamba di belakang tu tak makan saman.

Salam Bahagia Sean.

Aiyo was so surprised when I saw big big pisang tree laying on the ground like that. Sakit pinggang nak mengangkat.

Salam Bahagia Kak Mala.

Itulah sekarang ni angin ribut kerap betul risau dibuatnya.
Banjir kilat pun risau juga.

Salam Bahagia @na.

Dekat Alor Setar boleh cecah kelapa muda RM5 sebiji ke? Dah macam minum kat resort dah tu.