No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 15 Mei 2015

Transferred Taro

  Baru sempat nak buat catatan untuk kerja kebun Sabtu lepas. Perasaan moody dan malas Tukang Kebun ni tak hilang-hilang. Sabtu lepas Tukang Kebun pindahkan pokok-pokok ubi keladi yang banyak dah tumbuh sendiri terbiar dah susah nak potong rumput dibuatnya. Kerja dah lama pending. Bibit asal ubi keladi ini, Big Boss yang tanam jadi Tukang Kebun kurang arif ini jenis ubi keladi makan apa. Bila dibelek-belek batang daunnya berwarna coklat maroon pekat dan isinya yang muda ada berwarna pinkish dekat kulitnya. Berlainan jenis dengan ubi keladi mawar yang baru dicatatkan baru-baru ini (related posting klik sini). Seperti contoh di gambar bawah boleh nampak di kawasan akar ubi cantum dengan batangnya ada nampak pinkish (lupa nak ambil gambar ubi yang dikerat). Yang tahu ini jenis ubi keladi apa, mohon tunjuk ajar.
  Lepas dah buat hard-pruning pokok rambutan dan sejenis adik beradik mangga (tak pasti pokok apa) pada minggu cuti hari buruh lepas (related posting klik sini), ada rasa semangatlah nak pindah-pindahkan bibit keladi tersebut. Tersusun supaya mesin rumput boleh lalu celah-celah di antara pokok ini. Dahulunya sebelum buat hard-pruning tempat ini memanglah gelap sampai rumput pun tak tumbuh. Nampak tu daun-daun kering je yang penuh atas tanah kitar semula jadi baja. Sekarang ni dah terang benderang kawasan ini. Bulan ini musim bunga bakung atau spider lily di Kebun Bahagia Bersama.
 Meh tengok dari sudut sini pula, bezakan sebelah sana ada rumput sini takde rumput memang takde cahaya untuk rumput bermaharajalela dulu. Antara 2 pokok ini Tukang Kebun tanam durian yang disemai dari biji Big Boss kirim tahun lepas. Jenis durian hutan dari Sabah. Antara jenis adik-beradik manga dan pokok bunga bakung tu, kami tanam pokok canistel. Sementara ada banyak cahaya ini baik manafaatkan ruang yang ada, buat penat asyik potong rumput je buat apa kan. Lepas tu ubi keladi yang Big Boss passing dekat Tuan Tanah batangnya warna hijau dah lama Tukang Kebun sumbat dalam baldi dah 2 bulan lebih baru transfer dekat sini juga. Sebab dah lama terendam ubinya pun dah kecut, jadi anak-anak pokok bibit kecil tak berapa nampak dalam gambar. Big Boss kata bibit ubi keladi dari kampung. InsyaAllah membesarlah kut walaupun nampak halus je, biasanya ubi keladi ni dengan cuaca tropika seperti di Lembah Klang ni sangat tahan lasak.
  Semoga dapat membesar bagaikan juara macam dalam clip movie Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno, ada babak Kenshin berlari-lari tiup kincir angin mainan lalu di sebelah batas ubi keladi. Lepas tu ada Tukang Kebun tersengih-sengih sorang-sorang sebab ada juga batas ubi keladi macam ini di sebelah tembok di Kebun Bahagia Bersama membesar seperti ini. Kalau di Malaysia, ubi keladi dalam Bahasa Inggeris kita diajar memanggilnya 'Yam'. Kalau di Australia ubi keladi lebih popular dipanggil 'Taro'. 
 Lets Learn Japanese: Kalau di Jepun ubi keladi dipanggil 'SatoImo'. Biasanya anak lelaki pertama kadangkala popular di Jepun bubuh panggilan 'Taro' . Jadi adalah gabungan 'Kitaro', 'Kotaro', 'Momotaro' ikut gabungan kanji yang diberikan untuk anak lelaki.
  Lepas tanam-tanam ubi keladi dan ubi kayu di situ, Tukang Kebun tolong dearest hubby mengemas dan bertukang di Sangkar 5 yang lama tak digunakan. Mula-mula kami sibuk pasang jaring-jaring semula, dulu jaringnya sudah dibuka. Kemudian cari papan-papan perabot yang boleh kitarsemula buat para-para untuk ternakan Avian ini. Dapatlah sebelah petang pindahkan anak-anak angsa, ayam belanda, ayam botak dan ayam daging di sini. Seronoklah mak dan bapak angsa boleh jenguk anak-anak mereka di sangkar ini sementara tunggu mereka membesar bagaikan juara lagi. Nampak tu asyik jenguk je anak-anak mereka dalam gambar di bawah. Ayam-ayam di Sangkar 4 pun sudah bebas mula minggu ini berjalan-jalan, habis tanaman dari petak 1 sampailah petak 7 diorang kerjakan. Pokok-pokok cili tapurak boleh botak habis mereka makan daunnya. Ubi bemban pun habis uprooted. Gitulah dugaan bila ada ternakan ini.

6 ulasan:

nasa mulia berkata...

baru jer hari tu beli telur itik, konon2 nak belajar buat telur masin dan terbuat semua, bila en.hubby tanya takde lebih ker utk buat masak lemak, alamak kena cari lagi ini..

nasa mulia berkata...

saya pun tak kenal nama2 pokok dan jenis keladi melainkan ubinya ada bulat besar, kecil atau panjang..pokok keladi yang jenis boleh makan pun tak tahu.

imm hassan berkata...

imm pun x kenal keladi..pandai makan yg dibeli kat kedai or mak bagi je..hihi

akak, kalau akak berkesempatan, boleh tak nak tahu perbezaan antara lilium dengan amarillys tak? camane nak beza pokok dorang ekk?

Yin Hasni berkata...

Selalu call abah kat kg tny jenis pokok sbb mmg tak pandai psl pokok2 ni.
Cemburunya blh membela ayam itik sendiri.
Nk tny buah canistel tu nk mkn mcm mn ya?

Julie M berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Lamanya tak merasa taro ni...dulu kat kampung senang2 je dapat..teringat masa dekat2 nak bersalin dlu, emak selalu pesan agar makan batang keladi ni buat sayur supaya senang nak bersalin :)kalo ada ruang nak juga tanam sepokok keladi di laman rumah :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Kena cari lagilah buat masak lemak, buat kari pun sedap juga telur itik.
Samalah kita bab keladi ni tak berapa mahir nak kasi nama-nama.
Puas tukang kebun belek-belek semua anggota keladi tu.

Salam Bahagia Imm,

Lilium dan amaryllis bentuk bawang dia berbeza.
Struktur daun pun beza.
Batang lilium tinggi.
Amaryllis tak de batang keluar daun-daun je dari bawang dia pastu keluar tangkai bunga.
Untuk mudah nak belek bandingkan boleh husha label archives "lilium" dan "hippeastrum (amaryllis).

Salam Bahagia Yin Hasni.

Buah canistel cara nak makan, kalau dah masak nak makan gitu je pun boleh isinya.
Untuk terperinci bolehlah husha label archives 'canistel" atau 'kuning telor" ada cerita-cerita di sana.

Waalaikumsalam Julie.

Mak Tukang Kebun suka masak ubi keladi dan beras bukit sama-sama. Bila dah masak akan dilenyek-lenyek ubinya gaul dengan nasi.
Oh batang keladi buat sayur senang nak bersalin ya, thank you for sharing.
Tengah pregnant ke sekarang Julie?