No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Jun 2015

Puasa Ramadhan Hari Ke-3

   Setelah hari sudah cerah, dearest hubby dah kasi makan ternakan semua, dapatlah rezeki tuai setandan pisang nangka. Tukang Kebun baru perasan yang pokok pisangnya pada senja hari sebelumnya patah akibat buah-buah yang sarat sudah mula masak. Ingat nak pergi tuai lepas dah selesai dengan binatang ternakan kasi masuk dalam kandang. Tapi ada itik telur yang degil tak masuk-masuk terpaksalah berkejaran nak paksa si degil ini masuk kandang sambil Ilhan tolong berdiri kepong arah lain. Lepas berjogging terlupa pula si pisang nangka. Bila berbuka puasa baru teringat, lalu pesan dekat dearest hubby esok secepat mungkin tolong tuai, takut leher angsa tu macam boleh capai dekat bahagian bawah tandan. Memang betul ada kesan gigitan sikit di sebelah bawah tandan. Sebahagian dari pisang nangka ini pun sudah ada bertuan, InsyaAllah pagi Isnin Tukang Kebun akan pos yang telah membuat tempahan.

  Yang berminat untuk offer Pasar Ramadhan Kebun Bahagia Bersama minggu pertama boleh juga dapatkan butiran offer tersebut di posting sebelum ini (klik sini).

   Atau sesisir pisang nangka RM5 (self-collect).
  Kelmarin ada Tukang Kebun cerita nak merumput di satu sudut di Kebun Bahagia Bersama yang dalam semak untuk buat kebun mini nenas (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah niat tersebut dah tertunai hari ini, sempat juga menanam beberapa anak pokok nenas di situ. Banyak lagi ruang bila dapat curi masa akan diisikan dengan beberapa tumbuhan minggu depan. 
  Sesudah merumput dearest husband kait-kait tandan kelapa yang sudah tua di atas pokok sebab stok makanan kelapa tua boleh habis. Kalau tak dikaitkan nanti pokok pun malas nak berbunga. Dapat jugalah basahkan tekak masa supper dengan air kelapa muda juga. Bolehlah untuk hari ini sebiji seorang lagipun ada beberapa jenis minuman pilihan masa berbuka puasa dah. Tukang Kebun pula sibuk prepare untuk tempahan self-collect sebelah petang kemudian. Hari ini ada pesanan untuk bibit-bibit bawang berlian, customer kata untuk ubat. Stok Bawang Berlian dah tak banyak jadi yang masih fikir-fikir panjang dan belum confirm lagi, kalau Tukang Kebun terpaksa cancel order mohon maaf ya. Bulan ini memang bawang berlian penerimaan pesanan paling banyak, Tukang Kebun pun dah tak tau nak gali keluar bawang berlian dekat mana lagi dah.
  Sambil-sambil merumput hari ini, pokok-pokok ubi kerinting diberi hard pruning sampai nak takat lutut Tukang Kebun. Pucuk-pucuk muda diambil dan duduk dalam peti ais dulu. Belum ada idea nak masak apa. Hari ini dapat jugalah tuai adik beradik citrus macam limau kapas dan limau kasturi. Hari pertama berbuka dengan air teh limau kapas, hari ketiga berbuka puasa pula dengan air teh limau kasturi. Kebelakangan ini suka buat air ada citrus rasa refreshing sikit. Cili padi pun tengah banyak, jika ada masa ingat nak buat sambal belacan je esok dengan kutip-kutip ulam sahaja. Ayam goreng hari ini pun ada baki, esok sambung buat masak merah je lah.
  Sempat juga buat masak berlada simple dengan tempe, ikan bilis, kacang panjang tuai hari ini dan ubi kayu. Sorry tak nampak menarik sebab selalu ambil gambar masih duduk atas kuali, tak cukup masa nak hias-hias. Masa sangat limited. Biasanya pukul 6 petang memang dah mula kena exit keluar dari dapur kejap sebab nak uruskan ternakan pula, lepas ternakan nak kena uruskan Abby pula. Hari sekolah pula kalau bulan puasa ini lagi awal kena exit dapur pukul 5:30 dah kena ambil Ilhan dari sekolah. Sahur pagi puasa ketiga semangat masak macaroni goreng udang, masak banyak ada lebih lagi boleh sambung sebagai sampingan untuk sahur pagi keempat pula.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Ramadhan Diana. Hehe bawang dayak jadi hot sejak kebelakangan ini lepas viral di facebook katanya boleh buat ubat sakit bengkak kelenjar payu dara. Saya pun teringin nak buat koleksi tapi tunggu cari tempat dulu nak tanamnya hehe

Gina berkata...

Blog tentang kebun .. menarik.

Tadi pagi 4 jam berada di kebun. Belajar mencintai tanaman..

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Gardener Ayu.

Tukang Kebun pun agak-agak ada viral dekat laman sosial mengenai bawang dayak buatkan pesanan dalam inbox for bawang dayak bulan ini extraordinary.
Bawang dayak boleh duduk dalam pasu gak tak pakai ruang.

Salam Bahagia Gina.

Indah sungguh puisi syair nya.
Banyak ilham boleh dapat bila berada di kebun.