No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 8 September 2015

LemoNey Limau Kapas

  Salam Bahagia. Lama tidak dapat update blog seperti biasa, banyak perkara perlu diselesaikan. Untuk adik-adik yang duduk UPSR tahun ini. GambatteNe!!! Selalunya bonda-bonda yang lebih risaukan walaupun buat tenang sahaja. Pagi ini hujan rahmat pun dah turun, kelam-kabut Tukang Kebun nak ambil kain, jemur tempat teduh. Memandangkan hujan dah turun dan Tukang Kebun pun terpaksa berteduh maka bolehlah curi masa sementara masa untuk ambil Ilhan dari sekolah agama untuk buat catatan mengenai satu species citrus dalam Kebun Bahagia Bersama labelkan sebagai 'limau kapas'.

   Gambar di atas adalah cross-section buah Limau Kapas. Musim buah kali ini memang seedless. Di bawah adalah bunganya putih berseri. Waktu pagi kalau musim bunganya lebat, memang lalu sebelah pokoknya amatlah wangi. Menjadi juga sumber makanan untuk adik-beradik lebah.
  Jika pendebungaan bunganya berjaya, maka banyaklah buah yang akan membesar dalam tangkai yang sama. Dalam gambar bawah ini pun kalau kira-kira betul ada 8~9biji kut.

  Cerita-cerita lebih pasal limau kapas boleh rujuk posting sebelum ini (klik sini).
   Bulan Julai lepas, Tukang Kebun baru je trim batang-batang pokok limau kapas ini (related posting klik sini), hujung bulan Ogos dah meleret balik tangkai-tangkai limau kapas ini di tanah. Satu faktor juga buah yang makin berat menyebabkan ranting pokok-pokok ke bawah kerana kuasa gravity. Si ayam jantan remaja 'Semerah Padi' jadi model nak bandingkan saiz buah-buah limau kapas yang meriah bergantung di pokoknya. Banyak buahnya yang meleret dekat tangkai, kekadang yang buah nak masak bila ayam-ayam dok main kais-kais tanah boleh tertanggal dari pokoknya tergolek. Banyak baja unggas-unggas kasi dekat pokok limau kapas ini, jadi cepat je merimbun balik. Perhati betul-betul bawah pokok limau kapas ini ada kaki-kaki ayam tengah berteduh.
  Mari kita buat ulangkaji progress pertumbuhan pokok-pokok citrus yang Tukang Kebun alihkan lebih kurang setahun lalu (related posting klik sini). Tukang kebun tak pernah beri baja dan siram, pandai-pandai je lah mereka membesar. Pokok limau telur buaya di bawah ini nampaknya dah ada perubahan membesar juga. Kalau perhati betul-betul daun jenis limau telur buaya ini lain dari limau kapas. Pokok limau telur buaya ini kalau banyak lagi cahaya lebih cepat membesar sebab terlindung sikit dengan pokok kelapa dan pokok binjai. Big Boss pun ada pernah tegur asallah tukang kebun pergi tanam pokok limau sebelah kelapa.....erk...tengok bandingan saiz dengan model si Semerah Padi mengekor Tukang Kebun lagi.
  Yang pokok limau Tukang Kebun semai dari biji pula, kesian sadis selalu kena rempuh dengan unggas-unggas bila Tukang Kebun ke sangkar nak kasi makan waktu senja. Tapi sebab selalu kena rempuh, lebih banyak cabang-cabang pokok limau yang terbiar ini. Pokok limau yang ni pula terlindung dengan sangkar dengan pokok binjai. Ayam jantan si Semerah Padi bakal jadi induk baka kampung Kebun Bahagia Bersama not for sale, yang si Jalak boleh kami let go (seekor RM40, related posting klik sini).
  Bila diangkat pokoknya lebih tinggi sebenarnya dah. Biarlah kecik-kecik lagi dah tahan lasak. Kalau dapat species limau baru pun syok juga.
  Ambil gambar dari sudut ini bolehlah lihat perbezaan pembesaran pokok limau sebelah sangkar dan pokok limau telur buaya sebelah kelapa. Pokok limau kapas pun boleh kelihatan nun jauh di background di sana sebelah tong kompos. Ayam betina atas meja ambil peluang menyibuk buat spot check bakul tuaian Tukang Kebun bawah kanopi pokok binjai. Kalau perhatikan bayang-bayang boleh agak yang pokok-pokok limau ini tak dapat full sun sepanjang hari. Jadi ikut pergerakkan matahari nak dapatkan cahaya beberapa jam masa siang.

  Berbalik kepada kisah mengenai ada sepokok limau kapas di Kebun Bahagia Bersama ini, memang asal-asal Tukang Kebun lepas balik dari merantau dekat Australia 4 tahun lebih, deria rasa dan bau memang 1st instinct Tukang Kebun ingatkan pokok lemon. Berbelasan tahun dah biasa membesar masa kecil dengan rasa limau nipis. Kemudian hidup merantau 10 tahun lebih di negara orang, barulah biasa dengan rasa lemon Jepun dan lemon seperti meyers di Australia memang Tukang Kebun rasa ianya lebih lemoney rasanya dari limey. Since more mind is better than 1 mind, thank you to Gardener Mr. Loong juga berikan pendapatnya dan inilah antara discussion kami.

Gardener Mr. Loong: 


Tukang Kebun:

Gardener Mr. Loong:


    Biasanya jika buah-buah berkongsi tangkai saiznya akan berbeza banding dengan 1 buah 1 tangkai, yang di atas tuaian buah-buah limau kapas dalam hari yang sama. Angka dalam segitiga memberikan info setangkai berkongsi berapa buah. Kadangkala faktor penerimaan pencahayaan juga akan memberikan saiz buah yang berbeza. Macam pokok limau kapas tu ikut sudut tangkai yang buah membesar menerima cahaya yang beza. Tambahan pula pokok tersebut sangat rimbun sebab banyak baja nitrogen diterima dari unggas-unggas. Nampaknya kena cari masa untuk buat pruning lagi pokok kapas ini bulan ini. Stok anak pokok grafted pokok limau kapas ini masih available.

~ Limau kapas grafted 1 pot RM15.00 ~
  Long weekend Hari Kebangsaan, Sabtu 28hbOgos 2015, kami mengemas deretan pokok-pokok sebelah tembok menghadap pintu dapur seperti rumpunan buloh, calathea, lipstick palm, pokok pisang bunga dan lain-lain. Baru teringat yang ada pokok citrus di belakang pokok red powder puff ini ada buahnya. Ada yang dah jatuh-jatuh masak. Kalau pokok citrus ini memang dalam golongan adik beradik lime citrus. Bau pun dah tahu, lebih mirip kepada limau nipis, mungkin limau nipis.  Walaupun pokoknya agak terlindung kerana di kelilingi oleh pokok besar seperti pokok asam gelugor, kemuning dan red powder puff ianya dapatlah juga hasilkan buah sebab tarikan lebah kepada bunga red powder puff.
 Bakul tuaian di atas dengan telur itik adalah buah limau dari pokok tersebut yang di belakang pokok red powder puff. Bau buahnya memang macam limau nipis, tekstur kulit pun seperti limau nipis. Cross section buahnya seperti gambar di bawah. Ketebalan kulit adalah lebih nipis dari limau kapas. Saiz purata buahnya juga mirip limau nipis. Manakala limau kapas pula kekadang buahnya terlebih besar dari buah limau nipis.
  Pada hari Sabtu tersebut juga dapatlah tuai buah nangka yang dah ranum atas pokok terakhir untuk musim nangka batch ini. Pokok nangka tersebut pun kelihatan sedang mula berputik bunganya semula. InsyaAllah jika ada rezeki, bolehlah ada musim nangka dari pokok ini lagi hujung tahun ini.
  Harum satu dapur bau nangka. Dapatlah Tuan Tanah merasa isi buahnya kerana ada balik sebab medical check-up.
  Selain itu kami kait juga buah kelapa muda yang tercapai. Tapi musim kali ini airnya tak manis, mungkin sebab membesar masa musim hujan kut. Tahun lepas sebab kemarau memang air kelapa manis je sampai tupai pun sanggup tebuk buah kelapa. Minggu ini pun rancak buah kelapa tua jatuh ke tanah dengan mudah.
  Yang ini jenis pokok limau yang Big Boss tanam dekat kampungnya Kiulu, Tukang Kebun ambil gambar hujung tahun lepas. Geram Tukang Kebun tengok buah-buah semua sebesar tapak tangan atau lebih besar pun ada. Big Boss kata jenis limau ini dah lama bakanya ada dari kampung asal Big Boss masa kecil pun dah ada. Apatah namanya disebut dalam Bahasa Dusun-Kadazan hari tu, macam mula dari huruf "B". Macam-macam jeniskan pokok limau ni.
 Hujung minggu ini fresh organic produce available grown from Kebun Bahagia Bersama:

~ 1 kelapa sudah kukur RM1.00 .
~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
~ 1 ekor ayam kampung sudah proses RM25.00 . 
~ 1 butir telur itik 70sen.

Tanah bakar 1 beg RM5.00 .

Self-Collect Schedule This Week:

~ 9hb September 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di stesyen minyak Petronas, Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam.


8 ulasan:

Norish.NN berkata...

AsSalam Sis diana..
wow!! Besar betul Limau tu..1st time tgok.:-)

carlz berkata...

Dulu jenis limau besar tu ada tanam dan puas mkn buahnya tp dh ditebang. Syg betul.

Normala Saad berkata...

Eii..geram tengok telor ayam...dan lain2 harvest tu..fresh lagi..

Unknown berkata...

Salam Diana,

Menariknya tentang limau kapas ni. Ada lagi jual anak pokoknya?

Oh satu lagi, Diana ada mention Lemon meyer. Saya first time makan lemon Meyer masa di New Zealand. Sangat suka, jadi, saya bawa balik beberapa biji buahnya ke Malaysia. Then, saya ada semai beberapa benihnya and ada lah 2 pasu yang saya belum transplant. Nak tanya, Diana ada tak tanam pokok lemon Meyer? Kot-kot ada tips tanam. Agak2nya kalau semai dari seeds, ada harapan ke buahnya akan sama? And also, berapa lama ya ambil masa untuk berbuah? Hehe.. sorry, melalut pulak ke topic Lemon Meyer.

Regards,
Azila

Bunda_nora berkata...

Menjadi juga limau kapas tu walaupun berbeza saiz... sedangkan pokok limau purut bunda yang satu2nya tu belum pernah memberi hasil cemerlanguntuk bunda....

Baru2 ni buah nya berbunga dan berputik lagi lebeh sepuluh biji....last2 ditimpa hujan...angin ...hujan...tinggalh beberapa biji dan pengakhirannya luruh semua tanpa sempat membesar dipokok...

Sedehhh...

Fida Z Ein berkata...

Sekarang say di Johor...bila tengok nangka tadi...teringat kerepek nangka...sedap juga...

Suzie berkata...

diana...nak lah juga limau kapas tu...limau purut dah dekat 3 tahun x besar2....cukanan dah 2x berbuah tanam hari yg sama....

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Memang saiz jumbo buahnya.

Salam Bahagia Carlz.

Adeh sayang dah kena tebang.
Mungkin boleh cari pengganti tanam semula.

Salam Bahagia Kak Mala.

Telor ayam biasanya letak dalam incubator.
Bila incubator penuh baru kami offer telur ayam kampung dekat pelanggan tetap.

Salam Bahagia Sis Azila.

Anak pokok limau kapas grafted ada ready stock.
Lemon Meyer pun bukannya true lemon, a part lemon, a part tak ingat either Orange/Mandarin.
Untuk buah citrus, kalau biji bercambah keluar sepokok je biasanya tak sama dengan parent asal, jadi possibility citrus lain. Kalau sebiji ada attached beberapa pokok, ada possibility salah satu dalam tu clone maknya.

Salam Bahagia Bunda_nora.

InsyaAllah ada rezeki lain.
Kekadang tak dapat kita control mother nature, kena redha jelah.
Kami pun kadangkala begitu juga, berbunga banyak tapi tak melekat pengaruh cuaca yang tak menentu.

Salam Bahagia Sis Fida.

Belum ada kesempatan nak merasa kerepek nangka.
Nak kena rasa dulu baru motivasi tu datang hehehe...
Tapi elok juga buat kerepekkan tahan lama, kalau fresh ini berapa hari je tahan dalam peti ais.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Pokok cukanan dia tut sebab tu cepat berbuah.
Mungkin ada possibility limau purut dari benih, ambil masa nak tumbuh. Tapi lebih tahan lama pokoknya. Pokok limau kekadang bila lambat tumbuh, lambat berbuah, tapi bila dah sampai usia ready berbuahnya. Lebat bukan main lagi. Pastu tak berhenti-henti berbuah dan tak manja nak dibelai kemudian. Dia dah puas kumpul tenaga.
Pokok limau kapas ada ready stock.