No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 18 September 2015

Mickey Mouse

  Bagaimanakah agaknya bunga warna kuning ini boleh dapat nickname sebagai pokok 'Mickey Mouse' character tikus jantan yang menaikkan nama Disney awal-awal. Pokok yang nama botaninya 'Ochna kirkii'  ini berasal dari benua Africa. 
  Pokok yang mempunyai bunga warna kuning bersaiz sederhana ini sangat mudah tumbuh di cuaca iklim tropika. Pembesarannya juga amat pesat. Boleh juga ditanam dalam pasu dan dibongsaikan bagi yang rajin. Ada juga pokok mickey mouse ini sudah pernah berbunga di dalam pasu. Rajin berbunga sepanjang tahun. Warna bunga yang kuning itu menjadi tarikan serangga penghisap madu seperti lebah dan rama-rama.
   Salah satu tarikan pokok bunga Mickey Mouse ini ialah apabila kelopak kuningnya gugur, seakan ianya bertukar baju menjadi bunga warna merah. Padahal transformation ke seakan bunga warna merah ialah sebenarnya bahagian dalam Bahasa Inggeris dipanggil 'Sepal'. Seperti magic pokok bunga ini seperti dari menghasilkan bunga-bunga warna kuning bertukar kepada bunga-bunga warna merah. Perubahan yang boleh kelihatan pada pokok yang sama iaitu perbandingan antara Gambar No.2 dan No. 4 di bawah.
  Apabila kelopak asal bunga kuning telah gugur, bahagian belakang kudup bunga iaitu sepal akan bertukar ke warna merah, kemudian kantung pemegang biji benih akan terbentuk mengelembung, menghasilkan biji-biji benih yang melekat di bahagian luaran kantung.
  Beginilah rupa bentuk biji benih hijau yang muda terbentuk, menjadi kegemaran burung-burung sebagai makanannya juga. Bagaikan bintang keluarkan tahi bintang hehehe....
  Pokok Mickey Mouse ini tahan lasak apabila ianya dah sesuaikan diri dalam kawasan yang bakal dihuni. Keperluan air pun tidak banyak. Boleh hidup di kawasan penerimaan cahaya yang banyak hingga kurang cahaya. Bagi budaya orang Vietnam pokok ini adalah simbol 'Luck' semasa perayaan Tahun Baru mereka.
  Kenapa diberikan nickname 'Mickey Mouse'. Bila benihnya bertukar warna hitam, tengok kedudukan 2 benih yang tinggal kekadang ianya dikatakan nampak seperti telinga Mickey Mouse. Kali ini tak sempat nak cari antara ranting-ranting pokoknya nak ambil gambar so Tukang Kebun leave it to your imagination ya.

~ 1 pot pokok Mickey Mouse RM10 ~

5 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Mickey mouse ni memang cantik, esp bunganya yg unik tu, color pun cantik! x sabar Julie nak tunggu pokok bunga mickey mouse yg Julie beli dari kakak tahun lepas tu berbunga, :)

Normala Saad berkata...

bunga ni akan betul2 jadi mickey mouse bila biji yang hijau tu jadi hitam..hehee...

@na berkata...

betui la kak mala, sangat unik sekali...Subhanallah

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Bila dah matang mula berbunga, tak putus-putus bunganya sepanjang tahun Julie. Musim kemarau pun tahan bila dah besar pokoknya.

Salam Bahagia Kak Mala.

Dok asyik sibuk tak sempat belek-belek mencari yang dah jadi Mickey Mouse hehehe....

Salam Bahagia @na.

Banyak bonus, bunga sebenar warna kuning, kantung benih bertukar merah pun nampak macam bunga. Jadi multi-color tree.

Unknown berkata...

Macam mana nk beli pokok, boleh pos?