No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 9 September 2015

Sup asin asin Suami Suka

  Masakan cukup simple untuk makan malam Rabu lepas. Tapi puas hati Tukang Kebun perhatikan semua berselera makan. Pencuci mulut buah jambu batu dari kebun juga ada. Musim hujan lebih-lebih lagi sebelah petang hingga ke malam, sesuailah masakan berkuah panas-panas. Dah lama tak masak sayur manis, tak sangka pula si suami mengidam nak sup asin-asin musim hujan ni berselera.
  Nak sediakan pun begitu mudah cuma tumis bawang merah, bawang putih dan cili burung dengan sedikit minyak zaitun dah panas. Isi air. Tunggu mendidih airnya. Kemudian masukkan daun sayur manis yang dah dilerai-lerai dari ranting dan dicuci. Kalau nak masukkan sebiji stok kiub ikan bilis atau ayam pun boleh. Kalau rajin masa menumis, tumis juga ikan bilis atau udang kering pun boleh. Masukkan sebiji telur bila nak agak dah hampir masak. Kacau-kacau. Secubit garam untuk perisa. Done. Makan panas-panas.
  Beberapa minggu ini musim buah ceri barbados di Kebun Bahagia Bersama. Abby yang puas makan hampir tiap hari. Kata Abby manis, berkerut dahi Tukang Kebun tengok Abby makan. Eloklah banyak natural vitamin C untuk Abby musim hujan ini. Boleh habis segenggam buah Ceri Barbados, Abby makan sorang-sorang sambil Panther temankan santai di lantai dapur.
  Buah mulberry ada juga berbuah cuma kekadang Tukang Kebun tak perasan. Dua minggu lepas, stok mulberry yang dah berakar, kehabisan stok. Minggu ini sudah ada stok baru untuk anak pokok mulberry yang sudah berakar. Dalam 1 bekas ada sekurang-kurangnya 2 anak pokok mulberry. Dalam bentuk keratan ada juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan untuk mulberry.

~ Mulberry sudah berakar 1 pot RM7.00 ~

~ 10 keratan mulberry RM7.00 ~
  Anak pokok sayur manis, dah sold out bulan ini. Jadi kami bekalkan dalam bentuk keratan sahaja sehingga next batch anak pokok sayur manis ready.

~ 10 keratan sayur manis RM5.00 ~
  Hari Kebangsaan lalu, ada Tukang Kebun tuai juga sayur manis dan beberapa butir telur itik juga diperolehi.  Tukang kebun tak sempat masak malam itu, jadi masukkan sahaja dalam plastik terus ke dalam peti ais. Jumaat lepas sesudah balik dari urusan jenazah arwah atuk sebelah papa Tukang Kebun, dah mandi-mandikan anak yang kuyup, Tukang Kebun keluarkan simpanan sayur manis yang dituai dari Hari Kebangsaan lalu dan masih nampak segar lagi. Lalu salah satu menu untuk makam malam repeat cara masak sup asin-asin yang suami suka. Jimat belanja bila sayur manis, cili burung dan telur dari kebun sendiri.
  Semasa Tukang Kebun sibuk mandikan anak-anak, suami yang tanak nasi dan dimasukkan sekali telur masin. Terkejut bila dibelah, rupanya telur itik kuning kembar. Hari Ahad lepas ada suami buat 25 telur itik masin lagi untuk bekalan dapur bulan depan.
  Minggu ini yang berminat nak dapatkan telur itik segar organik dari Kebun Bahagia Bersama masih available ya (sebutir 70sen). Itik-itik telur kami bebas jalan merata cari makanan dalam kebun. Habis anak-anak pisang dan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru naik dikerjakannya (nangis). Tapi kawasan itik-itik rajin melepak memang makin kurang rumpai di situ.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 9hb September 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di stesyen minyak Petronas, Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam.

6 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

cutenya abby makan cerry.....:)
diana, terung pipit tu macamana pokoknya?
kat rumah akak byk sgt buahnya, tp tak pasti itu terung pipit ke tak
masa mula tanam ingatkan terung biasa.....
macamana nak tau dia dah masak? adehhh tak pandai akak
nanti akak ambik gambar tunjuk kat blog, diana komen tau

Unknown berkata...

Wahh... suka tengok warna buah2 ceri tu... merah menawan...

Normala Saad berkata...

Diana..kalau dekat2 mau tiap minggu kak borong harvest kat kebun bahagia. Syok tengoknya..Tengok jambu Diana, kak pun duk tak sabar tunggu jambu tut merah kak berbuah. Sekarang kena beli pokok2 tut ja..boleh tanam dalam pasu dan cepat boleh makan...

carlz berkata...

Bnyk tuaian buah barbados. Buah barbados kat KBR pun berbuah lebat, jatuh ke tanah tak dimkn. Asamnya tak menahan.

Nudabuffy berkata...

Salam Diana. Ceri barbados ada yang manis ya? Nurul ada dapat anak pokok daripada makcik tapi buahnya masam, jadi lebih suka makan buah yang masih hijau. Oh ya, Nurul masih belum dapat senarai stock, mungkin salah alamat email. (Nudabufy@yahoo.com). TIA.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mieja.

Ada satu posting baru-baru ini ada tunjuk gambar terung pipit.
Pokoknya memang mudah membesar.
Bakul tuaian Tukang Kebun kadang-kadang ada tuai buahnya, boleh refer dekat situ.
Rasanya yang Kak tunjuk dekat blog tu terung pipit.

Salam Bahagia Farahhazirah.

Memang dari jauh boleh nampak buah-buah yang masak semarak menyala-nyala.

Salam Bahagia Kak Mala.

Mak Diana dah tak berapa berkenan nak tanam pokok-pokok tut lagi, dia suruh Diana semai dari biji je. Sebab masalah pokok tut ni kalau tak jaga betul bila stress masa musim kemarau tak kerap siram, anai-anai suka serang akarnya. Sebab masa awal-awal buka kebun banyak juga tanam pokok tut banyak mati tak tahan lama, dah berbuah lebat beberapa season lepas tu mati. Maintenance banyak, kalau kebun luas payah sket nak manjakan pokok tut ini.
Jadi mak kata masa muda-muda ni sabar je dulu, sempat gak nak rasa kalau umur panjang.

Salan Bahagia Carlz.

Tak tahulah kenapa Abby bagi dia kata manis.
Ada gak rasa ongsom gia tu.
Lagi ongsom lagi banyak vitamin C dia Carlz.

Salam Bahagia Nurul.

Rasanya ikut cuaca musim dia berbuah kut, adakala takdelah masam sangat.
Ada masa masam betul. Tapi memang buah yang jenis kaya dengan vitamin C macam tu ikut kajian. Belimbing buloh pun macam tu ikut cuaca ianya berbuah kandungan vitamin C juga berubah. Mungkin ada hikmah, pokok-pokok in tune dengan cuaca, mungkin ikut berapa banyak manusia perlukan vitamin C ikut perubahan cuaca yang tak menentu. Kuasa Allah SWT.
Diana ada email dekat Nurul tapi mail delivery fail tak tahu kenapa.
Mungkin Nurul boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).