No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 11 Oktober 2015

Daging Ayam Kacuk Selasih

  Hari ini pertama kali kami sembelih 3 ayam kacukan selasih betina yang berusia 2 bulan lebih. Anggaran purata beratnya selepas diproses ialah 1 kilogram. Seperti nenek moyang mereka tapi takdelah segelap ianya masih mempunyai kulit yang berwarna kehitaman. 
 Bila dibelek isi di tempat lehernya disembelih, ada jugalah berwarna kehitaman. Rasa kami tak dapat komen lagi sebab yang ini untuk tempahan hari Ahad ini.
  Akhirnya pelbagai jenis ayam yang dibela dari minggu pertama Aidilfitri tahun ini sudah selamat menjadi bekalan daging ayam organik. Hari ini 12 ekor ayam telah disembelih. Jika teringin nak rasa makan ayam kampung dara organik, Kebun Bahagia Bersama masih ada bekalan dengan harga RM25.00 seekor yang biasa telah diproses pada waktu pagi (purata berat stok terkini 1.3kilogram).
   Syukur Alhamdulillah minggu ini ada jugalah rezeki kutipan telur-telur itik dari kebun walaupun cuaca berjerebu ini. 
  Makan malam untuk hari Jumaat lepas bersama anak-anak masak sup bebola daging bersama sayur raja. Terfikir pula lain kali bila ada peluang boleh kut buat chicken meatball dari daging ayam selasih. Kalau buat sup sahaja dengan ayam seekor macam biasa dibuat dengan ayam selasih ni nampak horror pula. Tanya Ilhan teringin nak makan ke ayam selasih kacuk dia nak, tanya Rayyan pula dia tak mau. Jadi mama budak-budak ni kenalah be a little bit mischief in the kitchen. Sayang pula kalau tak makan dagingnya jika semata-mata rebus dan hirup supnya, baik cincang buat meatball atau burger.
  Kawan-kawan lain pula yang biasa makan daging ayam selasih, biasa masak bagaimana jenis daging ayam selasih ni?

7 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Suatu yg sungguh memuaskan hati..

Juls Julie80 berkata...

Assalam Sis..

takpernah pagi makan ayam selasih ni... cam ayam kpg jugak ker isi nya sis..?

Nasa Mulia berkata...

Akak tak pernah makan ayam selasih ini Diana.

Suzie berkata...

pernah mkn ...mentua masak..x igt dah rasanya....dibuat kerutup rasanya...

Unknown berkata...

kaknoor belum pernah makan ayam selasih ni diana mcm ayam biasa ke rasa nya

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Syukur Alhamdulillah memang rasa puas hati sejak diberi peluang membela ternakan secara kecil-kecilan.

Salam Bahagia Juls Julie80,

Kalau ayam selasih original bukan kulit sahaja hitam tetapi isi daging juga hitam pekat. Biasa orang suka untuk buat ubat katanya.

Salam Bahagia Kak Nasa Mulia.

Diana pun tak pernah makan.
Ini pun mula-mula sebab rasa nak mencuba tapi ada juga nak hasil dagingnya.

Salam Bahagia Kak Suzie.

Oh kalau kerutup macam sesuaikan Kak Suzie. Tak berapa perasan warna dagingnya.

Salam Bahagia KakNoor,

Diana pun tak dapat komen rasa KakNoor, Tukang Bela tak sempat nak rasa dulu sebab nak langsaikan reservation dulu.
Moga adalah hasil dari induknya untuk kami merasa pula.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mane nk tau@ kenal ayam selasih yg ori..ada org kata jari kaki ayam tu ada 5...betul ke?