No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 17 November 2015

Asam Pedas Batang Keladi

  Selepas meronda-ronda di kebun belakang buat kerja apa yang priority sebelum hujan, teringat ada 2 pokok keladi yang sudah menceroboh tumbuh di Petak E dari Petak F. Jauh sulur keladi itu menyelit ke dalam tanah nak melompat tembok batu. Pokoknya pun lebih besar dari yang asal tinggal dari Petak F. Sambil-sambil berehat di bawah canopy pokok asam jawa, teringat pula kali ini nak cuba jenis keladi ini gunakan batangnya pula. Bila Sis Diana Rashid komen dalam posting lalu sebut pasal asam pedas timbul idea nak mencuba dengan batang keladi jenis ini.  Jenis keladi bahan experiment memasak kali ini sama dengan yang di posting minggu lepas (related posting klik sini). 
  Tukang Kebun bolehlah kira dengan jari berapa kali pernah makan batang keladi. Yang paling dalam ingatan ialah masak asam pedas yang pernah dicuba di Johor bertahun-tahun dulu. Itu bab makan batang keladi, masak batang keladi lagilah tak pernah seumur hidup ini. Lalu double confirm dengan Kak Fatima dari Rawang dulu cara penyediaan batang ubi ini. Nasib baik Kak Fatima ingatkan letak asam keping sekali semasa celur hingga empok batangnya. Sementara ada rasa adventure dalam memasak ni, dengan bantuan Pak Cik google maka taiplah 'Asam Pedas Batang Keladi' sementara tunggu batang keladinya empok.
  Antara 1st page yang keluar adalah resepi dari Bonda Puan Nur di Cetusan Rasa. Bila check bahan dan step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nur, nampak masa preparation singkat dan mudah untuk beginners. Maka Tukang Kebun pun masaklah Hari Ahad lalu dalam Sejarah my first Asam Pedas Batang Keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi. Makan dengan nasi panas pun menjadi-jadi. Jenis keladi ini memang sedap gunakan bahagian batangnya untuk dimakan buat gulai dan langsung tak gatal. Rasanya ini sudah menjadi antara lauk kegemaran Tukang Kebun dan dearest Husband. Kalau lepas berkebun masak lauk ini, mesti naik selera, nak sedia pun tak leceh dan tak ambil masa.
  Kemudian lauk sampingan ikan masin, pucuk ubi kayu yang sudah dicelur dan sambal tempoyak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Dr. Norlaili dari Saujana Utama berikan hadiah tempoyak dari Kedah. Makin membesarlah Tukang Kebun terima banyak kasih sayang. Ibu yang mengandung duduk di kawasan Saujana Utama boleh juga bersalin atau buat check-up di Klinik Dr. Norlaili di Saujana Utama yang sebaris dengan kedai Ayamas. Bolehlah sama-sama kongsi gardening tips dengan Dr. Norlaili yang juga suka berkebun dan baking. Tempoyak campur dengan cili yang telah ditumbuk bertambah lagi selera makan.
  Contoh jenis ubi keladi yang dikisahkah hari ini seperti gambar di atas. Tukang Kebun nak tegur dekat Kebun Bahagia Bersama members yang lain jika buang dalam tong kompos, jangan buang dengan plastik sekali. Boleh buat sendiri tong kompos dengan pakai tong sampah hitam di atas. Potong bahagian bawahnya. Tebuk-tebuk banyak lubang keliling dinding bekas tersebut untuk pengudaraan yang baik. Tak perlu letak penutup pun tidak apa jika risau ada mahkluk yang buat rumah di dalamnya. Mudah nak pindah-pindahkan tong komposnya dalam kebun bila dah ada kompos yang siap digunakan untuk patch tersebut, nak buat batch kompos baru letak di penjuru lain pula.
  Selepas digembur-gemburkan fresh compost boleh lihat perbezaan warnanya dengan tanah sedia ada. Ada juga nak menolong gembur tanah ambil kesempatan cari cacing ialah ayam kampung jantan putih si Shiro. Dah berapa kali terkatuk si Shiro dengan cangkul asyik menyibuk je bila Tukang Kebun menggali di kebun belakang.
  Sebelum menanam sulur-sulur keladi dari Petak E semula Jumaat lepas. Tukang Kebun mengemas rumpai di kawasan ini dengan pangkas pokok kemboja Bali separuh dari saiznya hampir botak dah tak berapa ada daun. Nak kasi cerah kawasan ini. Terima Kasih dekat Ilhan Mikhail sebelum pergi Sekolah Kebangsaan Jumaat lepas menolong Tukang Kebun angkat hasil-hasil pangkasan ke tempat bakar. Ngomel-ngomel jugalah katanya berat tapi dibuatnya juga bersama sehingga selesai sebelum Zohor.
  Kesimpulannya yang Tukang Kebun buat kali ini lepas experiment dengan pokok keladi jenis ini ialah, rasa-rasanya nilai pokok ubi ini lebih ditanam untuk kegunaan batang keladinya yang sedap dan tak gatal. Ubinya pula tak boleh dipakai terus sebab gatal kena rebus dengan air dahulu. Ubi yang muda-muda Tukang Kebun lepas rebus sehingga empok, kemudian masak dalam masak lemak putih tak de gatal. Tapi hairan semalam rebus dulu ubinya hingga empok, kemudian ingat nak buat keladi goreng. Malangnya bila lepas digoreng, ubi ni rasa gatal. Sayang sungguh rasa sebab warna ubi ini cantik bila direbus isinya putih bertukar kepada keungguan atau merah jambu. Jadi ubi keladi jenis ini Tukang Kebun tanam lebih kepada untuk batangnya. Lain kali boleh experiment ubinya buat kuih atau cara masakan lain pula. Ais Krim Keladi?
  Sebagai catatan ubi keladi ini dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tumbuh di sebelah luar Petak F dan di sebelah luar Petak 1.
  
   Sebab Tukang Kebun dah buat penyelidikan dalam dapur untuk ubi keladi jenis ini, maka bolehlah jadi bekalan Pasar Kebun Bahagia Bersama untuk fresh produce bahagian batangnya.

~ 1 ikat batang keladi jenis ini RM1.00 ~
Tested by Tukang Kebun.
   Ahad lepas malam pula dearest husband manjakan isteri dengan masakan Jepun pula dengan apa bahan yang ada. Nasi campur dengan rebung, sup miso dan ikan mackeral masak dengan miso.

  Shiawase desu.....

14 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

wah dianaasa asam pedas batang keladi mmg tk dpt tolak ni, tambahan digndingkan dgn ikan masin dan sambal tempoyak waduhhh sama2 lah kita membesar dgn mkanan sedap ni kannn

Fida Z Ein berkata...

Asam pedas memang kegemaran.... cuma saya tak tahan pedas sangat.... (Rajinnya memasak)

ct aju berkata...

sedapnya...batang keladi n ubi keladi mmg sedap...asam pedas plak tu...ubinya buat pengat...perghhhh

farahhazirah berkata...

terliur tengok asam pedas batang keladi tu.. ayam tu comel... haha... saje je tu.. nak glamor2... haha..

Yaati Nor berkata...

waduh saya buat tong kompos tp tak lubangkan..patut la memanjang air penuh je..kena buat lubang la ari ni..heheheh

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor.

Set lauk begini memang susah nak control makin bertambah makan makin membesarlah kita.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Fida.

Lama duduk dekat Sabah macam orang Sabah tak tahan pedas sangat ke hehehe....jangan marah ya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia CT Aju.

Terima kasih bagi idea pengat ubi keladi. Belum pernah cuba lagi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Farahhazirah.

Ayam tu manja sangat. Pergi mana mengekor je. Nak cari chance dapat makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Yaati Nor.

Kalau ada lubang di atas tong kompos, tapi di bawah takde air hujan masuk jadi bertakung.

suka suka berkata...

Keladi goreng sangat akak suka... tak tahu jenis apa yg boleh goreng... beli yg dah goreng memang akak sorang yg makan..yg lain tak gemar.. rasa lemak2 gitu

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

Tukang kebun juga masih belum mahir dalam memasak jenis keladi ni.
Baru nak explore dunia ubi keladi.

Nur-nba berkata...

Terima kasih kerana sudi mencuba resepi di blog saya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikgu Nur-nba,

Terima kasih kerana sudi kongsi resepi dengan kami.
Memang sedap.