No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 1 November 2015

Book your Bird Batch Ayam Merdeka

  Hari Sabtu ini Kebun Bahagia Bersama Team Members ralit belek-belek ayam batch Merdeka yang menghuni Kandang D. Yang mana dah saiz besar dipindahkan ke Kandang 2, nak biasakan di kawasan ini nanti dalam 2~3 minggu dah boleh dilepaskan. Di sini selamat sikit untuk mereka biasakan diri bila dah bebas sebab dekat dengan pagar masuk kebun. Susahlah sikit predator nak mundar-mandir menghendap mereka ni. Batch awal untuk ayam merdeka ini dah baru masuk lebih kurang 2 bulan. Rupanya batch awal ini yang dipindahkan ke Kandang 2 hanya 2 ekor jantan yang lain semua betina. Kami bercadang yang 2 ekor jantan akan disimpan sebagai induk manakala bila dah husha yang betina semuanya, 2 ekor betina sudah dipilih menjadi bakal induk dan dah diberi nama si Helang dan si Porche. Yang jantan je belum fikir namanya.
   Syukur Alhamdulillah masuk bulan November ini, Kebun Bahagia Bersama dah boleh mula bekalkan ayam kampung yang born in Kebun Bahagia Bersama. Biasalah 1st batch babies memang makanan pun pelbagai diberikan dan bukan sahaja yang ready made dari Pet Shop. Selain dari pelbagai jenis rumpai yang juga mengandungi khasiat dan bagus untuk natural antibody mereka, diberikan juga isi kelapa dalam diet mereka. Selain dari itu jutaan terima kasih dapat menerima sedekah beras yang dapat ditanak untuk kasi makan anak-anak ayam.
   Sebagai tanda kesyukuran hasil yang banyak meningkat sejak mulakan projek bela ayam untuk hasil daging dapur sendiri, istimewa untuk self-collect minggu depan iaitu samaada Sabtu atau Ahad (7/8November2015) sahaja, selagi stok masih ada kami tawarkan seekor ayam kampung dara betina dari batch Ayam Merdeka sudah diproses dengan harga RM15. Berat dagingnya kemungkinan plus minus 1 kilogram.  Kini dapat sudah kami bekalkan untuk peminat-peminat daging ayam kampung, ayam kampung yang lahir dan membesar di Kebun Bahagia Bersama.

Self-Collect Schedule untuk minggu depan :

~ 4th November 2015, Rabu malam di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh antara pukul 8:00PM~8:30PM.

~ 3rd November 2015, Selasa petang di Petronas Seksyen 13 Shah Alam berdekatan D'Kayangan antara pukul 2:00PM-2:30PM.

~ 7th November 2015, Sabtu pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 8th November 2015, Ahad pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 8th November 2015, Ahad petang di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 5:00PM~5:30PM.

~ 10th November 2015 (Hari Deepavali), Selasa pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

  Batch Awal Merdeka yang ditawarkan ini semua betina, dan daging ayam betina lebih lembut dari yang jantan, kalau yang tak biasa makan ayam kampung untuk usia 2 bulan ini, you'll be very surprised how sweet,succulent and tender ayam kampung dara betina muda. As tender as ayam daging commercial yang jual kat kedai kena suntik banyak hormone nak kasi lembut dagingnya, but tastier and healthier. As for Kebun Bahagia Bersama kids, they are spoil rotten with home-grown chicken. Not only the kids are spoil, Kebun Bahagia Bersama chicks are also spoilt with home-grown organic fruits. Bayangkan usia anak remaja ayam-ayam ini dah boleh makan fruit rare pelbagai jenis jambu macam jambu bol, pink guava, jambu batu dan jambu air sepanjang pembesarannya. Ramai dok mencari mengidam nak makan buah-buah jambu yang jarang jumpa sekarang, ayam Kebun Bahagia Bersama puas makan buah-buahan tersebut.
  Syukur Alhamdulillah dalam seminggu ini musim buah jambu bol di Kebun Bahagia Bersama. Banyak buahnya jatuh di tanah kena gigit-gigit dengan tupai. Bila Tukang Kebun semak nota tahun lepas (related posting klik sini), rupa-rupanya dalam masa yang sama dalam setahun ialah buah musim jambu bol di Kebun Bahagia Bersama. Jika tiada perubahan cuaca drastic, kemungkinan ikut perubahan cuaca dalam sepanjang tahun, antara musim buah jambu bol di Kebun Bahagia Bersama ialah nampak gayanya penghujung bulan Oktober. Moga Tukang Kebun tak lupa nak perhatikan bagaimana pula tahun depan. Salah satu lagi musim buah jambu bol ialah pertengahan tahun rasanya tapi tiada catitan formal yang Tukang Kebun buat, ingat-ingat gitu sahaja untuk tahun ini.

  Untuk hari ini Tukang Kebun cuma buka offer 1 pek (500gram RM7.00) buah jambu bol sahaja boleh dipos pagi Isnin depan ini. Syaratnya siapa pesan di email dahulu, dia dapat. Tetapi pembayaran dah selesai malam esok (untuk Semenanjung Malaysia sahaja). Rupa tak menawan tapi isinya okay not so bad dah buntal rasa perut asyik melantak buah jambu bol for each meal macam dah mengidam lamalah. Kalau nak puas melantak makan buahnya di masa hadapan, rajinkanlah diri menanam anak pokoknya. Tukang Kebun sambil panjat tangga petik buahnya dengan wanginya dah keluar air liur dah.  Siap masa petik sorang-sorang Jumaat tengahari lepas curi masa sebelum nak hantar Ilhan ke sekolah, pesan dekat Ilhan kalau mama tak masuk rumah lagi pukul 1, ingatkan Mama panggil masuk. Petang-petang sekarang kan selalu hujan, terkejar-kejar masa kalau nak menuai mesti sebelum petang.

~ 1 bekas anak pokok jambu bol RM25 ~
 Fresh produce lain dari Kebun Bahagia Bersama yang available selagi ada:


~ Buah Ciku (1kilogram RM4).
~ Buah Cili Burung (1pek RM1).
~ Buah Canistel (1kilogram RM5).
~ Buah Mahkota Dewa (500gram RM7).
~ Buah Kelapa Muda (1 biji RM2)<Self-Collect only>.
~ Buah Kelapa Tua (3 biji RM2)<Self-Collect only>.
~ Kelapa Parut (3biji RM5)<Self-Collect only>.
~ Daun Pucuk Muda Asam Gelugor (1ikat RM1)
~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu (1ikat RM1)<Self-Collect only>.
~ Telur Itik (1butir 70sen)<Self-Collect only>
  Pokok mempelam pauh ringan/Telor juga rajin berbuah hampir sepanjang tahun untuk Tahun 2015 ini, mungkin dari air yang mengalir masa mencuci lantai tempat anak-anak ayam berteduh sebelah siang bercampur dengan tahi-nya.

~ Buah Mempelam Telor/Pauh Ringan (1kilogram RM5).

  Baru teringat ada extra lagi 2 pek (1pek 5 biji buah RM2) untuk buah katak puru pengeposan Hari Isnin ini. Siapa pesan dahulu dapat dengan syarat pembayaran diterima selewatnya malam esok.
  Mulai minggu depan juga yang berminat nak buat sayur dari buah nangka muda juga available fresh collect dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 biji buah nangka muda RM3 <Self-Collect Only>~
  Coming soon juga ialah buah pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama. Open for booking untuk setandan ataupun sesisir (RM5). Harga setandan pisang nangka akan bergantung kepada berapa sisir yang ada. Buah Pisang Nangka boleh dipos.

6 ulasan:

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Ayam tu makan daun apa Puan...

Unknown berkata...

Assalamualaikum kak Diana,

lama xsinggah, seronok betul tengok hasil KBB,.. :D jadi ayam di KBB pun dah untung sangat.. hihi

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
seronok btl tengok ayam2 kakak tu, sihat2 belaka, buah mempelam tu punyalah lebat geram tengok, mcm Julie mau petik2 je hehe...syukur alhamdulillah kak, melimpah ruah rezeki di kebun, seronok tengok ☺

Kakzakie Purvit berkata...

Baru Sabtu lepas group whatsapp keluarga kakak cakap lama tak makan jambu bol. Siap terkenang masa kecik main baling-baling biji dia kan macam guli. Kelakar tapi teringin... baguslah Dee ni semua pokok pun ada.

Unknown berkata...

jambu bol,mangga,aduh..semua buat saya terliur ni..heheh

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Fida.

Rumput-rumput liar yang dicabut masa weeding.
Edible juga ayam-ayam tu pandai pilih sorting sendiri macam bayam liar.
Kalau bagi daun pisang muda pun diorang makan.

Salam Bahagia jazzeyra.

Kalau yang hidup sampai old age maybe kut.
Yang standby untuk meat tak tau lah hehehe...

Salam Bahagia Julie.

Mempelam tahun ini lebat pula banding tahun lepas rajin berbuah.
Mungkin sebab sebelah tu porch letak anak ayam.
Bila cuci lantai yang ada tahi mereka mengalir ke arah mempelam jadi baja.

Salam Bahagia KakZakie.

Sakit juga kalau main baling-baling biji buah jambu bol ni Kak Zakie dah macam guli hehehe...

Salam Bahagia Diana Rashid.

Buah yang masam-masam bagi peminat memang terliur.