No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 8 November 2015

Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen 2015 UPM

 Seminggu yang lalu Syukur Alhamdulillah berkesempatan ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen di Universiti Putra Malaysia. Pertama kali kami ke Ekspo di UPM ini. Kalau bukan adik bongsu yang sedang ambil kursus veterinar kena jaga booth game semasa ekspo, pasti tak tahu ada program seperti ini. Kalau bukan adik dah tolong belikan dahulu dan simpan di asramanya rasa berat kaki juga nak keluar kebun. Asyik memerap je di Kebun Bahagia Bersama hehehe...ini adalah antara gerai-gerai di ekspo tersebut.
  Selepas dah spot-check gerai-gerai tersebut tengok jika ada yang menangkap minat Tukang Kebun. Barulah kami melihat pameran-pameran bertema kebun, pertanian dan penternakan dari idea-idea warga Universiti Putra Malaysia. Walaupun tanah sebesar ini pelbagai jenis kelompok tumbuhan juga boleh hidup bersama-sama. Pokok bunga ros pun ada menceriakan. Ros pun jenis bunga edible juga kan.
  Baru lepas pusing-pusing gerai, hujan pula turun, jadi kami berteduh di tempat yang dipanggil astaka orkid ni. Ada juga gerai menjual orkid. Tapi tak semeriah pilihan masa di MAHA atau FloRIA.
  Kalau ada kereta sorong tak boleh guna lagi, boleh juga kitar semula jadi tempat bercucuk tanam. Tukang Kebun ada paling kurang 3 kereta sorong dah rosak pun tak terbuat uhuks.
  Pelbagai contoh sumber bahan yang boleh dibuat kitar semula untuk berkebun. Walaupun bekas tak nampak menarik macam pasu cantik-cantik di kedai, bila ada pokok hidup yang subur dalamnya pun boleh nampak cantikkan. Kalau sekadar pasu cantik tapi tanaman macam segan nak hidup pula masih jadi nampak tak menarik di mata kan.
  Kalau mereka yang duduk di ruang yang terhad seperti balcony garden, salah satu cara nak kasi banyak lagi tempat nak tambah pokok ialah secara rak bertingkat ataupun lebih dikenali style gardening begini ialah 'vertical gardening'. Ini juga membuatkan balcony kita lebih sejuk berbanding dengan balcony yang kosong tiada tumbuhan.
  Jika mereka yang kerap memakai air-conditioner di tempat yang keluar banyak haba panas tu elok juga ada bekas air untuk menyerap haba kasi cool down sikit tanaman lain. Sebab air adalah antara benda yang dapat kapasiti menyerap banyak haba. Bila malam sejuk pula kasi pinjam haba.
  Pernah juga dapat soalan bolehkan tanam nenas dalam bekas. InsyaAllah boleh kut sebab warga UPM ada bagi demo nenas tanam dalam pasu. Begitu juga sesetengah jenis orkid tak perlu tanah nak hidup boleh je bertenggek seperti di atas tempurung kelapa bagi tempat yang tak de dahan pokok nak bagi dia menumpang hidup. Cuma nak sabar dan tunggu train akarnya mencengkam.

  Cuci-cuci mata sekejap lihat idea-idea container gardening untuk mereka yang ruang berkebun terhad dari warga Universiti Putra Malaysia.

8 ulasan:

Unknown berkata...

bestnya diana dpt idea baru dlm menanam pokok ni kan, kaknoor pun ada kereta sorong buruk, kipas buruk hehe nnt nk cari idea lepas ni

Fida Z Ein berkata...

Wah...ke Bukit Ekspo UPM yer....memang menarik idea-idea kitar semula.... semenjak tamat belajar belum berkesempatan ke Bukit Ekspo semula....
...dulu pernah kerja sambilan sebagai Pekerja Awam di sana sekejap...

Nasa Mulia berkata...

bagus idea tanam dlm bahan kitar semula tu, tak perlu keluar duit nak cari pasu lagi...

Unknown berkata...

Alhamdulillah, terima kasih kak Diana bg cadangan ttg water planting, insyaAllah akan diusahakan.. :)

Unknown berkata...

Saya suka tanaman dalam bekas kitar semula tu.. nampak cantik dan JIMAT... hehehe..

Seri7ujuh berkata...

Oohh...terkenang semasa dulu...time sekitar Bukit Expo masih lagi 'virgin' dan UPM ialah Universiti Pertanian Malaysia....

Unknown berkata...

jom diana ke blog kaknoor kejab tengok pokok yg ala dill ni mungkin diana ada jwapan nya

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Noor.

Barang-barang buruk ini boleh dikitar semula untuk digunakan dari dibuang kan.


Salam Bahagia Kak Fida.

Kami pertama kali ke Bukit Ekspo.
Itupun terlajak ikut jalan jauh terlepas tak nampak signboard.

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Jimat banyak lebih lagi baru berjinak dalam dunia berkebun.

Salam Bahagia Jazzeyra aj.

Good Luck!

Salam Bahagia FarahHazirah.

Bila subur pokoknya, bekas kitar semula pun boleh jadi cantik di mata.

Salam Bahagia Seri7ujuh.

Masih kekok lagi nak ingat yang P dah bertukar ke Putra bukan Pertanian.