No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 5 November 2015

FireBird

  Lama dah Kebun Bahagia Bersama tak masukkan jenis tumbuhan heliconia dalam senaraikan. Jadi hari ini kami masukkan jenis Heliconia stricta 'FireBird' dalam catalogue Kebun Bahagia Bersama. Siap tadi pergi comfirm lagi sekali ketinggian berdiri sebelah 'FireBird'. Top bunganya tak lebih tinggi dari bahu Tukang Kebun. Setakat ini antara jenis heliconia yang sedang Kebun Bahagia Bersama bekalkan yang jenis 'FireBird' paling renek. Jadi sesuai juga untuk ditanam dalam pasu juga. Sebagai bunga segar dipotong untuk hiasan juga tahan lama. 
  Warna bunganya sangat terang kemerahan orange. Agaknya sebab itu dipanggil 'FireBird' dengan ada hujung tajam macam mulut burung agaknya. Heliconia 'Firebird' sukakan keadaan cahaya full sun/partial shade/ light shade. Sekarang ini dah masuk musim hujan di kawasan Semenanjung Malaysia lebih mudah nak pindahkan tanam rhizomenya tak perlu siram dah.

~ 1 set rhizome Heliconia stricta 'FireBird' RM10.00 ~
  Disebabkan Heliconia stricta ini jenis renek ataupun dikatakan dwarf, ianya juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis heliconia. Heliconia 'FireBird' letak di bahagian depan, manakala yang jenis tinggi letak di belakang. Bila tengok keadaan yang masih kucar-kacir di bahagian ini berikan idea pula tengok si Lobster claw bermanjaan dengan "FireBird'. Musim hujan ni semua naik begitu cepat, tak done 2 tangan ni nak mengejar kemaskan. 

 Sehingga 15hb November 2015 ada promosi untuk Heliconia Lobster Claw iaitu 3 set rhizome RM10.
  Boleh juga digandingkan dengan Heliconia Guyana di mana mempunyai ketinggian hampir 2 kali ganda tangkai bunganya berbanding dengan FireBird. Guyana bagi duduk di belakang, manakala firebird di hadapan menghadap ke arah matahari. Jadi nampak ada heliconia bersaiz beza berbunga memenuhi deretan tersebut. FireBird is fun for the kid sebab bunganya close dengan paras eye-contact mereka untuk menikmati dan explore.
  Syukur Alhamdulillah ini adalah tuaian Kebun Bahagia Bersama hari ini yang sempat dituai sebelum masuk rumah nak sediakan lunch Ilhan Mikhail sebelum pergi ke sekolah. Ada juga buah belimbing besi, buah jambu batu, buah jambu bol, buah ciku dan setandan pisang nangka. Untuk self-collect hujung minggu ini buah pisang nangka available yang boleh dapatkan dalam bentuk sisir atau tandan (masih ada tandan pisang nangka yang boleh dituai).

Antara fresh produce yang available untuk self-collect hujung minggu ini:

~ Buah Pisang Nangka Sesisir RM5.
~ Buah Ciku SeKilogram RM4.
~ Buah Canistel/Kuning Telor SeKilogram RM5.
~ Buah Katak Puru 5 biji RM2 (Limited).
~ Buah Jambu Bol 500gram RM7 (Self-Collect Sunday only bergantung kepada jasa baik haiwan/Limited).
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3 (Limited).
~ Buah Nangka Muda 1 biji RM3.
~ Buah Kelapa Muda 1 biji RM2 (Self-Collect Sunday or Deepavali only).
~ Buah Mempelam Telor/Pauh Ringan RM5.
~ Telur Itik sebiji 70sen.
~ Kelapa Kukur 3 biji RM5.
  Untuk Pucuk Daun Assam Gelugor minggu ini dah habis kena petik tinggal yang kecik-kecik je nak kena tunggu besar sikit dulu. Jadi baru perasan atau teringat masa meronda tadi ada pokok gajus dekat dengan tempat koyak kelapa kasi makan ternakan. Jadi kita tukar pula ulam minggu ini iaitu cuba pula pucuk daun gajus yang juga mempunyai pelbagai khasiat.

~ 1 ikat pucuk daun gajus RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun ubi kayu RM1.00 .

  Syukur Alhamdulillah dan jutaan Terima Kasih atas sokongan projek bela ayam kampung Kebun Bahagia Bersama, hari ini kami tutup order untuk batch ayam kampung awal merdeka (related posting klik sini) sebab semua ayam dah fully booked untuk self-collect hujung minggu ini.


   Antara kesalahan Ilhan Mikhail dalam peperiksaan Matematik hujung tahun. Mama nak buat muka serius pun tak boleh, nak tergelak pun ada. Dia keliru tu dengan teragak-agak pecahan atau perpuluhan so to be safe kononnya buat titik dalam bentuk pecahan. For someone who is overcoming 'Language Disorder', Ilhan is doing well bolehlah catch up with school studies. Tapi banyaklah soalan atau words dia tak faham bila balik dah mama Ilhan kena jadi walking dictionary. Susah juga nak jelaskan sebab kita sendiri nak fikir macam mana nak terangkan dengan mudah. Strange but True, macam Rayyan dan Abby tak pernah pula bertanya apa maksud sesuatu words, they learn it as a duck takes to water. But not Ilhan, he has tu visualise. On the other hand, visual memory dia kut. 

   Keputusan peperiksaan Ilhan hujung tahun not as good as pertengahan tahun. Rasa macam tak dapat Top 10 je tengok markahnya. Tapi Mama Ilhan puas hatilah juga sebab periksa kali ini memang langsung tak bersama-sama fokus, I let him studied on his own nak tengok how he can fare with his studies on his own. Kelas tambahan pun tak hantar. Ilhan tak boleh duduk diam, kalau dah bosan mulalah mengekor Tukang Kebun dekat luar walaupun dah bagi ingatan jerebu-jerebu ni duduk dalam rumah boleh belajar lagi. Untuk bulan ini rasa small happiness, not only Ilhan can catch up with his studies (takdelah ketinggalan sangat) tapi in term of other living skills he is accumulating it by himself. Anak-anak ayam stage yang baru lepas lahir, Ilhan yang jaga makan dan minum. Siap yang anak-anak ayam tak survive pun Ilhan pergi gali kubur sendiri tanam. First thing to do lepas balik sekolah kebangsaan pasang kelambu anak-anak ayam. Balik sekolah agama antara tugasan Ilhan ialah isi air dalam bekas-bekas air ayam. Petik buah-buah cili keliling rumah pun bolehlah bantu Tukang Kebun. Takdelah focusing on school work sahaja but learning many other things as well.

3 ulasan:

Etuza Etuza berkata...

asalam bahagia nya banyak tanaman anda, hebat sekali blog ni ya green hand

Fida Z Ein berkata...

Banyak juga koleksi heliconia....di rumah saya sekarang tak ada lansung....di kampung ada satu....ada juga beli heliconia yang ketot tapi dah pupus...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Etuza Etuza.

Takde lah green sangat.
Syukur Alhamdulillah ada juga rezeki dari kebun yang dapat dirasai.

Salam Bahagia Kak Fida.

Takdelah banyak koleksi heliconia ini banding dengan orang lain.
Cuma mana kawasan yang sesuai dia pandai jaga diri sendiri.